Line Between

Bởi rayyanika

2.9K 15 1

This story has been posted in my previous wall (which is I take it down before)...and if you already read it... Xem Thêm

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
99
100
101
102
103
104
105

82

23 0 0
Bởi rayyanika

Plastik keledek dan jagung mutiara mentah bertukar tangan.  Faizul ukir senyum semeweh pada wanita manis yang sedang berdiri di hadapannya.  "Ole-ole dari Cameron." Terus melebar senyum pada wanita kecil molek berkasut tinggi itu. Amboi malam-malam pun pakai kasut lima inci. Nak praktis jadi ratu cantik ke apa?

"Ni tak tahulah bila baru I sempat masak.  Minggu depan dah audit."  Nada sedih cuba meraih simpati.  Sungguhlah dia penat.  Orang lain masih sibuk beraya sakan, dia dah kena bertapa di pejabat.  Walaupun berada dalam company kecil yang sangatlah sejahtera dan harmoni, tapi bila audit nak datang terus ada satu rasa tak sanggup nak masuk kerja. Mana tidaknya kalau kena masuk kerja pukul tujuh pagi, ini dah sepuluh malam pun masih bertapa di office. Tadi Faizul mesej nak berjumpa, risau esok tak sempat nak bertemu mata kerana dia nak terus bertolak balik selepas subuh. Digagahkan juga curi masa seketika demi lelaki ini yang dah susah payah bawakan kiriman dia.

"Rebus je kat office.  Ini balik pukul berapa ni?"  Mata menyoroti wajah penat gadis berkemeja putih berselendang hijau yang jelas monyok tiada langsung sinar ceria di hadapan mata itu.  Terbit pula rasa kasihan bila difikirkan akan penat beban kerja yang ditanggung.  Malah dia sendiri pun masih penat tak beragak.  Semalam turun dari Cameron dia terus lapor diri di HKL untuk seminar separuh hari.  Penatnya tak usah kata, seperti nak tidur setahun terus rasanya.  Dah habis seminar ingatkan nak terus berjumpa, sekali nak hulurkan jagung mutiara dan keledek madu yang dikirim tuan punya badan depan mata. 

Niat yang pada mulanya bila habis seminar nak terus berjumpa, risau jagung mutiara masak sendiri kepanasan dalam kereta lama-lama. Tapi gadis manis ini ada urgent video conference pula.  Dan rancangan yang bertukar mendadak kepada nak lunch bersama-sama pada hari ini juga terpaksa dibatalkan bila Faizul terheret pula ke IJN untuk program Erat Kasih Penderma.  Dah terbawa ke malam hari baru kedua-duanya ada masa nak mencelah untuk mengubat rindu sedikit.

"Kejap lagi mungkin, atau terus pajamas party atas tu kali."  Mata dijeling pada tingkap kaca hitam aras dua bangunan rumah kedai yang disewa jadi pejabat. Kalau tengok pada keadaan haru-biru kat atas tu mungkin dia tak balik terus rasanya.  Lebih baik sengsara di hari pertama dari hari-hari terakhir sebelum auditors datang. 

Sebelum ini tidak pernah pula audit datang sekali harung semua department begini. Selalunya ikut bahagian, satu-persatu department kena mengikut jadual berkala. Tapi kali ini dia datang sekali lalu je nak settle semua. Sesak dada kalau fikir lama-lama. Jadilah semua orang pun stress menyinga pantang ditegur apa-apa.

"Dah dinner?"  Baru terfikir perihal makan malam gadis manis yang berdiri monyok depan mata ini.  Tadi Faizul dah kenyang hasil melantak nasi campur sebaik sahaja keluar dari IJN.  Pada mulanya sebu juga perut sibuk menelan segala imej anatomi manusia yang dilayang depan mata hampir seharian berada di IJN, hilang terus selera makan bila teringat. Tapi dek kerana difikirkan esok nak memandu jauh di pagi hari terpaksa juga dia telan tanpa perasaan nasi campur dari kantin IJN. Dari tak ada perasaan jadi bertukar pada tidak perasan dia dah bertambah untuk kali kedua.

Kepala diangguk lemah. "Tadi dah makan Maggie cup."  Iya, pantri mereka dah kehabisan makanan.  Hatta sekeping biskut tawar Hup Seng itu pun sudah habis. Rasanya tak ada sesiapa pun perasan creamer dari coffee machine dah bertukar jadi serbuk pemanis.  Sweetener.  Mungkin mak cik cleaner tersalah refill.  Tapi kalau tengok dari riak semua yang elok sahaja menelan tanpa perasaan, malaslah juga dia nak bising complaint ke apa.

Faizul lepas nafas dalam. "Jom kita pergi makan dulu.  Anywhere yang dekat-dekat ni je." Faizul pandang mata bulat gadis di hadapan yang pantas menggeleng akan ajakannya.

"I tak ada selera.  Lepas audit ni I nak ambil cuti panjang, pergi Bandung. Nak rehat minda."  Kendur sedikit bahu yang tadi tegang bila terfikirkan planning self vacay ke Bandung. Borang cuti dah isi, tunggu Chen approve je.  Selalunya Chen tak pernah berkira, tapi tak tahulah kali ni kot dia datang angin timur tenggara.  Doa je banyak-banyak harap Chen tak kedekut signature.

Faizul senyum senang.  "Nanti belikan I pisang sale."  Sengaja dia nak mengusik gadis manis yang masih muncung bibir monyok kepenatan.

"Okay.  Kalau I jadi pergi nanti I belikan."  Akhirnya senyumnya terus melebar pada bibir. Bagus betul Faizul, langsung tidak melarang sebarang kebebasan yang dia miliki. Bak kata Faizul, mereka masih belum terikat dengan apa-apa hubungan.  Jadi belum masanya untuk Faizul ikat kakinya atas satu nama minta izin.

"You pergilah naik.  Kalau dah lewat sangat jangan balik, tidur sini je."  Faizul pandang matanya dalam-dalam.

"Okay.  You esok drive safe."  Tangan diangkat separas dada.  Melambai pada Faizul yang tegap berdiri sebelah Hilux putih yang diparking melintang belakang keretanya. Langkah terus dibuka nak mendaki tangga kecil sebelah restoran masakan panas yang dah gelap-gelita. Rata-rata kedai kawasan sini ditutup jam lapan. Kerana orang kebanyakan memang jarang nak datang makan kalau dah malam hari, melainkan staf pejabat yang berderet di aras dua yang selalu jadi pelanggan setia. Pejabat-pejabat di atas ini pun paling lewat jam sembilan dah bersusun kunci pintu. Hanya pejabat mereka sahaja masih kekal aktif, itupun kerana takutkan auditor yang akan berkunjung lagi seminggu.

Faizul senyum segaris pada sosok tubuh yang lemah menjinjit plastik jagung dan keledek pada kedua-dua belah tangan.  Kasihan pula kena bekerja sampai tengah malam.  Mata dibawa berlari pada lampu Seven Eleven yang terang menyala di hujung bangunan.  Tangan diseluk dalam poket mencari telefon bimbit yang tidak pasti dia selit di mana.  Meraba-raba tangan mencari dah mengalahkan Uzair pula. Tangan diseluk dalam poket belakang slack yang dipakai. Ada pun. Kaki dibawa melangkah pada Seven Eleven yang confirm buka 24jam 7hari.

Pintu kaca tinggi Seven Eleven itu ditolak dari luar. Berdenting alarm sensor di atas kepala. Budak lelaki baya Amirul yang tekun menjaga kaunter terus angkat kepala dan menghadiahkan senyuman manis padanya. Protokol. Senyum dibalas balik. Bakul kecil sebelah rak komik dijinjit pada tangan kiri. Satu persatu rak yang bersusun dalam kedai dia terokai. Apa yang berkenan mata terus disambar ke dalam bakul di tangan tanpa berfikir dua kali. Setelah puas memilih, Faizul berdiri sejenak depan peti ais tinggi yang berisi segala macam jenis minuman.

Mata meneliti sejenak, sekadar timbang-tara akan isi bakul di tangan yang hampir penuh.  Cadbury Bar, Vochelle Almond bar.  Kit-Kat, Kinder Bueno.  Done.  Bun pelbagai inti juga dibelek sekali lagi, risau tak sempat habis dimakan dah sampai tarikh luput pula. Bliss yogurt dua botol. 100+ dua botol. Faizul capai juga dua paket Dutch Lady strawberry lalu disusun dalam bakul bersama makanan yang dah ikut bertambah.

Akhirnya Faizul capai beberapa mangkuk microwave-heated-food yang bersusun dalam peti sejuk beku sebelah kaunter. Cukuplah mungkin. Senyum dihadiahkan pada adik yang jaga kaunter. Teringat waktu dia dan Uzair kerja part-time dahulu. Beginilah rupanya. Sangatlah naif.
Malam-malam jangan tengok CCTV, pantang larang semua staf cawangan 7E tempatnya bekerja. Padahal bukan ada apa-apa pun. Dia dan Uzair pernah cabar diri tenung monitor CCTV selama sejam. Alhamdulillah tiada yang aneh pun terjadi selain dari pintu peti ais terbuka dan tertutup sendiri.

"Enam puluh tiga ringgit tiga puluh sen bang."

Not ungu seratus bertukar tangan. Dan baki nilai lebih kecil pula dipulangkan. Faizul tarik pintu kaca 7E dengan dua plastik biodegradable besar gedabak dijinjit tangan.  Telefon bimbit di tekap pada telinga sambil melangkah ke kereta yang dia double parking tidak jauh depan sana. Nasiblah tak ada kereta yang nak keluar. Kalau tak makan maki-hamunlah dia malam-malam begini. Parking kereta pun tak betul.

"Hello.  Assalamualaikum."  Meleret suara halus di sebelah sana talian.

"Walaikumsalam. Turun sekejap.  I ada barang nak bagi."  Tangan yang menjinjit plastik dibawa menekan butang unlock kereta.

Dahi berkerut segaris. "Tadi you dah bagi?"  Lupa ke apa?  Mata jatuh pada plastik keledek dan jagung yang diletak atas meja kosong sebelah kubikelnya. Berharap ada yang perasan dan bertanya lalu rajin nak tolong rebus atau kukuskan di pantri.

"Tertinggal." Senyumnya meleret. Pintu kereta ditarik dari luar. Mata terus jatuh pada paket strawbery yang bersusun atas seat belakang. Ini sebenarnya Uzair punya. Dia lupa masukkan dalam peti ais balik dari HKL semalam. Nasiblah strawberry segar dari ladang itu tidak layu kepanasan dalam kereta yang diparking di IJN seharian hari ini.  Risau juga jadi kuncup lemau.

"Okay sekejap."

Telefon bimbit diletakkan atas dashboard kereta. Lengan kemeja dilipat hingga ke bawah siku. Rimas berkemeja dari pagi hingga ke malam.  Tali leher yang tadi kemas pada kolar baju sudah dibuang entah terselit di mana-mana dalam kereta. Rimas menjerut tekak.  Mata tertancap pada gadis manis yang terkedek-kedek berlari anak padanya. Stiletto lima inci hitam tadi sudah berganti selipar jepun biru gelap. Badan pun dah bersarung cardigan kelabu kain kait.  Dah macam bersedia nak tidur office nampak gaya ni.  "You transformed."  Senyum segaris.

Mata dijuling ke atas. "Sejuk sangat atas tu."

"Ini." Plastik 7E dihulur ke depan. "Buat makan kat atas."  Plastik besar yang penuh bermacam jenis makanan itu bertukar tangan.  Badan dipusing ke belakang. Dua paket strawberry segar dari ladang dimasukkan ke dalam plastik jernih lalu dihulur pada gadis di hadapan yang masih setia menunggu.  "Ini sebenarnya Uzair yang kirim. Tapi I terlebih beli, so rezeki youlah."  Bukan terlebih banyak pun. Malah Uzair pun tidak beritahu berapa banyak yang dia mahu.  Sekadar berpesan 'Belikan aku strawberry fresh'.  Dan dia mengangguk berjanji.

"Jay tak marah ke you bagi I ni?"

"Banyak lagi." Pintu kereta diluaskan bukaannya. Dua pasang mata jatuh pada paket strawberry yang bersusun atas seat kereta gaya pengedar strawberry je. Senyum terus meleret lebar. "Dah. Pergi naik." Arah Faizul dengan senyum yang tak lekang dari bibir. Maaflah Uzair aku cilok strawberry kau sikit.

"Thanks."  Plastik di tangan diangkat depan muka. Bukannya dia tidak boleh pergi sendiri 7E yang sekadar beberapa tapak dari pintu pejabat mereka. Cuma bila ada yang prihatin dengan makan minum dia sebegini, hati jadi mudah tersentuh. Sangatlah tersentuh sampai berbunga-bunga pula. "Thank you." Makin lebar senyum yang diukir bibir.

"Damia." Faizul pandang wajah manis depan matanya. "Take care." Senyum lebar.

"Aye aye chief." Mengekek Damia gelak dengan tangan penuh. "Eh jap! You bagitahu Jay pasal kita eh?" Mencerlung matanya tajam memanah mata Faizul.

Faizul ukir senyum nipis segaris herot pada bibir. "No laa. You buat gaya tak kenal dia." Uzair tu semua benda dia tahu. Faizul peluk lengan di dada. "Can you please don't be too casually dengan dia?" Faizul pandang wajah Damia, cuba nak mengusik.

"Why?" Berkerut dahi berlapis.

"I cemburu."

"Jerk!"

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

201K 17.8K 70
Sequeal of 'Home To You' can be read stand alone. ©️All Right Sereved by me @deliciouspeach__ (writer_maira)©️ 25 years have passed and everything i...
39.2K 1.9K 46
The Rajputs well known as the most powerful and devil's for the people who tries to messed up with them people got goosebumps just by listening to th...
209K 12.2K 43
The feeling of being abandoned by one's own family was not unknown to Aadhira. She hates her family for abandoning her when she was only a newborn, l...
Alina Bởi ihidethisapp

Tiểu Thuyết Chung

1.5M 37.5K 75
The Lombardi family is the most notorious group in the crime world. They rule both the American and Italian mafias and have many others bowing at the...