✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 44

3.9K 377 33
By peachjeons

Yeoreum memandang kanak-kanak yang sedang bermain riang di taman permainan hospital. Bangku yang berada ditepi taman permainan itu menjadi pilihannya untuk menenangkan hati yang sedang dilanda pelbagai rasa. Kecewa, benci, sakit hati, sedih, semua ada.

Yeoreum termenung jauh, memikirkan hubungan dia dan Jeon Jungkook yang mungkin sudah berakhir. Entahlah, dia tidak pasti apakah status hubungan mereka sekarang ini. Kekasih? Dia sendiri tiada jawapannya.

Lamunan panjangnya diganggu dengan huluran secawan air kopi dihadapan mukanya.

Figura seorang lelaki yang tinggi, menyapa matanya.

"Oh, Doktor Kim." Sapa Yeoreum dengan senyuman palsu. Secawan air kopi kini bertukar tangan.

"Termenung jauh nampak." Perli Taehyung bersama senyuman. Tanpa dipelawa, jejaka itu melabuhkan punggung disebelah Han Yeoreum.

"Tak adalah." Yeoreum ketawa kekok. Air kopi disisip perlahan.

"Betulke tak ada apa-apa? Dari tadi saya tengok awak termenung, mengeluh. Ceritalah, mungkin saya boleh tolong." Kata Taehyung lembut. Matanya memerhati kanak-kanak yang sedang berlari riang.

"Masalah saya berat. Tak mungkin Doktor Kim boleh tolong selesaikan masalah saya." Yeoreum membalas perlahan. Cawan kertas air kopi digengam erat.

"Kalau awak pendam, masalah awak akan lagi berat tahu sebab awak pikul sorang-sorang. Kalau awak kongsi, kuranglah sikit rasa terbeban tu." Nasihat Taehyung.

Yeoreum mengeluh. Mungkin jika dia berkongsi masalah, dia akan rasa lebih tenang.

"Saya nak batalkan perkahwinan saya." Luah Yeoreum.

Mata Kim Taehyung membulat. Batalkan?!

"Batalkan? Bukan perkahwinan awak dah nak dekat ke?" Soal Kim Taehyung. Dahinya turut berkerut dengan masalah Han Yeoreum.

"Nak buat macam mana. Itu saja jalan yang terbaik untuk saya dan dia." Yeoreum menunduk. Gadis itu menghembus nafas panjang. Penat dengan masalah yang datang tanpa henti. Penat memikirkan jalan penyelasaian akan masalahnya.

"Awak rela?" Duga Taehyung.

Yeoreum menggeleng perlahan.

"Awak masih cintakan dia?" Tanya Taehyung lagi.

Tidak menunggu lama, Yeoreum mengangguk. Gila, mana mungkin Yeoreum mampu membuang nama lelaki itu dalam masa satu hari? Diberi satu tahun pun, mungkin tidak mencukupi baginya untuk menghapus sepenuhnya nama lelaki itu daripada hati dia.

"Saya memang tak tahu apa masalah awak dan dia. Tapi apa yang saya mampu adalah nasihatkan awak. Buat keputusan jangan terlampau terikut-ikut kata emosi. Fikir dahulu sebelum ambil sebarang keputusan. Jangan disebabkan masalah kecil, awak hancurkan masa depan awak dan dia." Matang Doktor Kim berbicara. Bukan selalu sisi matang Doktor Kim menunjukkan diri. Selalunya main-main sahaja percakapannya. Tidak nampak keseriusannya dimana.

Yeoreum memandang Kim Taehyung lama. Kata-kata nasihat yang keluar dar mulut lelaki itu dihadam dengan sebaik-baiknya.

"Tapi kalau dia memang tak mahukan saya?"

"Sekurang-kurangnya awak cuba dan bukannya mengalah sebelum memperjuangkan hak awak." Taehyung menepuk-nepuk bahu Yeoreum.

Lelaki itu bangun lalu berdiri dihadapan Yeoreum membuatkan gadis itu terpaksa mendongak.

"Hari ni saya bagi awak cuti separuh hari. Pergi selesaikan masalah awak dan dia." Kata Taehyung dengan lagak Pengarah Hospital.

"Kalau Tuan Pengarah tanya?"

"Pandai-pandailah saya kelentong dia. Awak tu bukannya fokus sangat kerja hari ni. Termenung je kerja." Perli Taehyung sebelum melangkah pergi.

Yeoreum melakar senyuman tipis. Mungkin dia patut dengar penjelasan dari Jeon Jungkook.

🍁

Y

eoreum memandu keretanya ke mall yang berhampiran dengan hospital.

Kereta dipakir berhati-hati lalu gadis itu melangkah keluar. Mungkin dia patut belikan sesuatu pada Jeon Jungkook sebagai tanda maaf.

Yeoreum melangkah masuk kedalam mall, kedai jam tangan yang berada ditingkat dua dituju.

"Selamat datang." Sapa pekerja yang bertugas di kaunter kedai itu. Yeoreum membalas dengan senyuman manis.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal pekerja itu ramah.

"Boleh saya tengok latest model jam tangan untuk lelaki?" Tanya Yeoreum.

"Boleh, sekejap saya ambilkan." Pekerja itu mengambil salah satu jam tangan yang terletak di dalam rak kaca.

"Kalau kekasih cik seorang yang simple, saya rasa jam tangan model ini paling padan dengan kekasih cik." Pekerja itu menghulurkan seutas jam tangan bertali coklat gelap kepada Yeoreum.

Yeoreum tersenyum. Cantik. Mungkin Jeon Jungkook suka dengan jam tangan ini.

"Saya beli yang ini." Yeoreum membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Jam tangan itu dihulurkan kembali kepada si pekerja untuk dibungkus.

Setelah membayar, beg kertas bertukar tangan.

"Terima kasih." Ucap Yeoreum lembut.

"Sama-sama. Sila datang lagi." Kata pekerja itu bersama senyuman.

Yeoreum melangkah keluar dari kedai itu. Namun langkahnya mati tatkala dirinya terserempak dengan perempuan yang paling dia benci. Tetapi apa yang mengejutkan dia, Jeon Jungkook turut berada disamping gadis itu.

"Han Yeoreum, buat apa dekat sini?" Tegur Jineul. Tangannya memeluk lengan Jungkook tanpa segan. Jungkook mempamerkan riak tidak selesa.

Yeoreum hanya memandang lengan Jungkook yang dipeluk Jineul lalu melarikan pandangannya.

"Saja jalan-jalan. Cuci mata." Balas Yeoreum malas. Muak dengan muka Kim Jineul.

"Taknak tanya ke aku buat apa dekat sini dengan Cikgu Jeon?" Soal Jineul tanpa malu.

Yeoreum menjeling lalu mendengus perlahan. Kalau orang tak tanya tu, orang tak nak tahu lah tu apa yang dia buat disini. Menggedik tak tentu pasal nak suruh orang tanya.

"Kau buat apa dekat sini." Soal Yeoreum tanpa nada dan terpaksa.

"Cikgu Jeon ajak aku beli cincin kahwin kami. Dia kata, dia tak sabar nak jadikan aku milik dia. Tengok ni, cantikkan? Tapi ni cincin tunang, cincin kahwin kami tak siap lagi. Ditempah khas tahu." Ujar Jineul panjang lebar sambil menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin perak.

Jungkook hanya menunduk. Tidak berani bertentang mata dengan Yeoreum.

Yeoreum menarik nafas panjang lalu mengukir senyuman palsu.

"Baguslah kalau macam tu."

"Oh ya, sebelum aku lupa." Jineul membuka tas tangannya lalu mengeluarkan sekeping kad.

Yeoreum hanya memandang kosong.

"Ini kad jemputan perkahwinan aku dengan my baby. Jangan lupa datang tau. Kan dulu aku dah pernah cakap yang aku akan naik pelamin dengan Cikgu Jeon. See, semua akan jadi kenyataan tak lama lagi." Jineul tersenyum sinis. Sengaja ingin membakar hati Han Yeoreum.

Yeoreum menyambut huluran kad itu. Dipegangnya tanpa dibuka.

"Aku mungkin tak datang kot. Biasalah doktor, orang bekerjaya, bukannya boleh cuti sesuka hati. Ramai pesakit yang aku kena rawat. Lainlah macam kau yang duduk rumah goyang kaki menghabiskan duit mak bapak. 24 hours tak sibuk rasanya. Baguslah tu, lepasni habiskan duit si suami pula ya. Jadi papa kedana pun tak apa rasanya, papa aku yang baik hati boleh tanggung kau dan Jungkook. Biasalah, muka tak malukan tumpang harta orang." Perli Yeoreum pedas sebelum melangkah pergi. Sempat dia menjeling Jungkook lalu melanggar bahu lelaki itu kasar.

Jineul mendengus. Kurang ajar!

"Yah, Han Yeoreum!" Panggil Jineul kuat.

Jungkook menarik tangan Jineul.

"Dahlah, buat malu je." Kata Jungkook keras namun hanya dihiraukan oleh Jienul.

"Kau sebenarnya cemburukan dengan aku sebab aku yang akan kahwin dengan Cikgu Jeon? Sebab tu kau menggila tak tentu pasalkan?"

Yeoreum mengulingkan matanya. Siapa yang menggila tidak tentu pasal? Dia atau Jineul? Dasar perempuan tidak sedar diri!

"Kau cermin diri kau ya. Siapa yang menggila tak tentu pasal? Kau ke aku? Sebelum cakap tu fikir. Jangan sampai mulut busuk kau tu malukan diri kau sendiri!" Kata Yeoreum lalu melangkah pergi, meniggalkan Jineul yang sedang panas. Kad yang berada ditangannya dikoyak lalu dibuang kedalam tong sampah.

"Dah, jom balik. Buat malu je." Jungkook menarik lengan Jineul kasar. Geram dengan sikap Kim Jienul.

"Kenapa cikgu diam je masa Yeoreum hina saya? Sepatutnya cikgu pertahankan saya daripada dimalukan oleh Han Yeoreum!" Bentak Kim Jineul.

Jungkook melepaskan tangan Jineul kasar.

"Awak yang malukan diri awak sendiri! Awak tahu tak, tak sedar lagi ke?!" Jerkah Jungkook lalu meninggalkan Jineul. Pandai-pandailah perempuan tu balik sendiri.

Jineul menghentak-hentakkan kakinya.

"Cikgu Jeon, Cikgu Jeon! Arghh, semua tak guna!" Jeritnya sendirian. Mata yang memandang dihiraukan. Pada masa ini, hanya amarah yang menguasai diri.

"Aku akan balas balik apa yang kau dah buat pada aku Han Yeoreum."

TBC

Guyss, nak beritahu ni👉👈..sya nk hiatus..mid year exam next week. Jadi moh la kito fokus ulangkaji💔..kite jmpa lps mid year exam tamat.ahahahaa..prdana menteri baru guys😎

Continue Reading

You'll Also Like

76.9K 4.7K 27
aku ingat walaupun kahwin paksa rumah tangga akan indah. tapi aku salah, rumah tangga aku musnah. disebabkan suamiku yang ego, park jimin. "kau nak...
2.1K 198 12
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
23.7K 1.1K 5
Imagine your life with Jeon Jungkook.
190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...