✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 42

3.6K 360 43
By peachjeons

Yeoreum melangkah keluar dari rumah Tuan Han bersama air mata yang membasahi pipi. Sungguh dia tidak menyangka yang Jeon Jungkook lebih memilih Kim Jineul berbanding dirinya. Buktinya, lelaki itu langsung tidak mengejarnya apatah lagi menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.

Yeoreum memasuki keretanya lalu pintu kereta dihempas kuat. Stereng kereta dijadikan tempat melempaskan segala amarah dan kekecewaannya terhadap Jeon Jungkook.

"Bodoh, bodoh! Jeon Jungkook bodoh!" Yeoreum menghentak kasar stereng keretanya. Air matanya yang mengalir dibiar tanpa diseka. Biar, biar dia lepaskan segala-galanya. Segala kesakitan yang dicipta oleh lelaki yang bernama Jeon Jungkook.

"Kau tipu aku. Kau tipu aku buat kali yang kedua!" Tepik Yeoreum. Tangannya masih setia menghentak stereng kereta.

Terasa dirinya bodoh kerana terlalu mudah memberikan peluang kedua buat lelaki itu. Terasa dirinya bodoh kerana mempercayai segala kata-kata manis yang diluahkan oleh lelaki itu.

Kepalanya direhatkan diatas stereng kereta namun air mata masih setia menemani hatinya yang terluka.

Bunyi ketukan pada cermin kereta Yeoreum hiraukan. Hanya tangisan sayu dari dirinya yang mengisi kesepian.

Ketukan pada cermin keretanya masih tiada henti membuatkan dia mengangkat kepalanya. Wajah yang terpapar diluar kereta menambahkan lagi rasa amarah yang menguasai diri.

"Han Yeoreum, kita perlu berbincang!" Tepik Jungkook dari luar. Suara cuba dikuatkan agar Yeoreum dapat mendengar kata-kata yang akan keluar dari mulutnya.

"Tinggalkan saya sendirian!" Jerit Yeoreum pula.

Jungkook masih setia mengetuk cermin tingkap gadis itu bahkan dia cuba untuk membuka pintu kereta Yeoreum namun hampa, ianya dikunci oleh Han Yeoreum.

"Tolong dengar penjelasan saya. Tolonglah keluar Yeoreum, saya merayu." Rayu Jungkook. Walauapapun, dia harus menjelaskan perkara yang terjadi pada gadis itu. Jujur, dia juga tidak mampu hidup tanpa gadis yang bernama Han Yeoreum.

Yeoreum menyeka air matanya kasar. Pintu kereta dibuka lalu dia berdiri tegak dihadapan Jeon Jungkook.

"Saya minta maaf." Pinta Jungkook. Dia cuba mengapai jemari gadis itu namun ditepis kasar oleh Yeoreum.

"Maaf? Semudah itu awak ungkapkan kata maaf? Awak penipu Jeon Jungkook. Awak penipu!" Yeoreum menumbuk kasar dada bidang Jungkook. Jungkook tidak menghalang dan hanya membiarkan. Dia tahu bahawa gadis ini terlalu terluka dengan keputusannya.

"Saya tahu saya bodoh."

"Saya tahu saya lelaki yang tak guna."

"Saya tahu saya tak layak untuk bersama dengan perempuan sebaik awak."

"Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak."

"Saya tahu saya tak sempurna." Jungkook berkata perlahan. Air mata cuba ditahan dari jatuh membasahi pipi. Dia lemah kerana cinta. Dan dia bodoh kerana mensia-siakan cinta Han Yeoreum.

Yeoreum meraup rambutnya lemah.

"Kenapa awak buat saya macam ni Jungkook?" Soal Yeoreum lemah.

"Saya minta maaf." Pinta Jungkook lagi.

"Maaf awak tak mengubah segala-galanya Jungkook. Maaf awak tak berguna. Hati saya dah tawar dengan semua kata-kata awak. Hati saya dah tertutup untuk lelaki yang bernama Jeon Jungkook iaitu awak." Kata Yeoreum sebelum nelangkah menjauhi lelaki itu.

Jungkook hanya berdiri statik. Menghadam segala kata-kata yang terluah dari mulut gadis itu.

"Tahniah diatas perkahwinan awak dengan Jineul dan terima kasih untuk segala-galanya." Ucap Yeoreum membelakangi Jungkook. Dia melangkah masuk kedalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu keretanya meluncur laju meninggalkan Jungkook yang masih berdiam diri.

Jungkook jatuh terduduk. Dia sedar, dia telah melepaskan kebahagiannya. Impiannya untuk membina istana bahagia bersama Han Yeoreum hancur musnah.

"Aku memang tak layak untuk dia." Kata Jungkook perlahan.

🍁

Y

eoreum meneguk wine anggur rakus. Dia cuba melupakan semua perkara yang terjadi dengan air yang memabukkan itu. Yoongi yang berada disebelahnya hanya memandang simpati. Tidak pernah dia melihat sahabat baiknya itu tertekan seperti ini.

Yeoreum telah menceritakan segala-galanya pada Yoongi sebelum dia hanyut dalam dunianya. Dunia dimana nama Jeon Jungkook hilang dari hidupnya.

"Yeo, sudahlah tu. Kau dah mabuk teruk ni." Nasihat Yoongi. Gelas kecil yang berada dipegangan gadis itu cuba dirampas Yoongi.

"Aku tak puas lagi." Balas Yeoreum bersama mata yang tertutup rapat. Sesekali dia ketawa kecil, sesekali dia menangis sayu.

"Bukan ni cara untuk kau lupakan masalah kau Yeoreum. Jumpa Jungkook, dan bincang. Itu cara yang sepatutnya." Kata Yoongi perlahan. Mungkin cuba memujuk teman akrabnya itu supaya berhenti dari meneguk air yang memabukka itu.

"Shhhh, jangan sebut nama lelaki tak guna tu. Aku benci." Yeoreum meletakkan jari telunjuknya pada bibir merah jambunya.

Yoongi mengeleng perlahan. Yeoreum memang dah hanyut dalam dunianya sendiri.

"Dia tipu aku Yoongi. Dia tipu aku." Adu Yeoreum. Gelas kecil dihentak kasar diatas meja pub yang tersedia didalam kelab malam itu.

"Mesti Jungkook ada alasan kenapa dia tipu kau." Nasihat Yoongi lagi.

Yeoreum ketawa sinis.

"Alasan? Alasan apa? Aku tak cukup bagus untuk dia? Aku tak cukup cantik untuk dia?" Kata Yeoreum bersama tawa kecil. Dia memegang kepalanya yang terasa pening namun wine anggur yang terhidang dihadapannya masih diteguk berkali-kali.

"Han Yeoreum, cukuplah!" Yoongi merampas gelas yang berada dipegangan Yeoreum kasar.

"Bagi balik Yoongi. Aku nak lupakan dia!" Jerit Yeoreum.

Yoongi menggeleng. "Kau dah mabuk ni Yeoreum. Mari aku hantar kau balik." Yoongi menarik tangan Yeoreum.

"Bagi balik Yoongi. Kau tak kesiankan aku ke? Hati aku sakit, aku nak lupakan dia. Aku nak lupakan rasa sakit ni." Balas Yeoreum bersama mata yang kuyu. Dia menepuk-nepuk dadanya. Sesekali air matanya terlihat jatuh membasahi pipinya yang kemerah-merahan.

"Jom kita balik." Yoongi memapah Yeoreum.

"Menyusahkan aku lah kau ni." Kata Yoongi tanpa sedar.

Yeoreum menghentikan langkah.

"Aku menyusahkan? Mungkin sebab tu Jungkook tinggalkan aku." Kata Yeoreum perlahan. Matanya berpinar-pinar akibat pening yang melampau.

"Tak, bukan tu maksud aku. Aku- -" Yoongi cuba menjelaskan maksud sebenar kata-katanya.

"Tak apa, aku tahu aku menyusahkan sebab tu Jungkook tinggalkan aku." Balas Yeoreum bersama tawa palsu. Yoongi menggaru-garu kepalanya. Parah, parah.

"Dah diam. Aku hantarkan kau balik. Nanti aku call orang suruh ambil kereta kau." Yoongi memapah Yeoreum sehingga ke keretanya.

"Aku boleh balik sendiriiiii." Yeoreum menolak-nolak tangan Yoongi yang sedang memegang bahunya.

Yoongi menjeling. "Kalau aku biar kau drive sendiri, alamaknya kau end up atas katil hospital." Perli Yoongi. Pintu kereta dibuka lalu badan Yeoreum diletakkan ke atas seat disebelah pemandu. Pintu keretanya ditutup perlahan.

Telefon bimbit yang tersemat elok didalam poket seluar ditarik keluar. Nombor seseorang dihubunginya.

Yoongi menunggu seketika sementara panggilannya diangkat. Harap-harap lelaki itu masih belum tidur.

"Hello?" Balas seseorang pada talian.

"Saya nak jumpa dengan Cikgu Jeon malam ni juga di Cafe S'Mores." Kata Yoongi lalu mematikan talian. Telefon disimpan kembali lalu dia melabuhkan pungung di tempat duduk pemandu.

Yoongi menatap Yeoreum yang tidur lena disebelahnya.

"Aku akan lakukan apa sahaja demi kebahagian kau."

🍁

Yoongi bergegas ke Cafe S'Mores selepas menghantar Han Yeoreum. Dia terlambat sedikit kerana disoal siasat oleh Puan Han. Risau wanita tua itu tatkala melihat Yeoreum dipapah oleh Yoongi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Alasan Yoongi hanya satu, Yeoreum mabuk kerana tertekan dengan bebanan kerja. Syukur wanita itu tidak menyoal lebih lagi.

Pintu cafe dibuka lalu kelibat Jeon Jungkook dicari. Kakinya melangkah laju tatkala dia berjaya mengecam lelaki yang dia cari.

"Cikgu Jeon." Sapa Yoongi. Dia duduk berhadapan dengan Jungkook.

"Ada apa awak nak jumpa cikgu?" Soal Jungkook pelik. Memang jarang benar dia berjumpa dengan Yoongi selepas lelaki itu menamatkan zaman persekolahannya.

"Saya ada perkara nak bincang. Pasal Han Yeoreum." Luah Yoongi tanpa selindung.

Jungkook mengangguk perlahan. "Kenapa dengan dia?"

Yoongi tersenyum sinis.

"Cikgu tanya kenapa dengan dia? Apa kata cikgu tanya diri cikgu dulu apa yang cikgu dah buat pada dia." Kata Yoongi sinis. Wajah Jungkook Yoongi renung tajam. Muda atau tua belakang kira.

"Awak tak faham Yoongi. Cikgu tersepit diantara cinta dan simpati." Luah Jungkook. Nafasnya dihembus panjang.

Yoongi menggulingkan anak matanya.

"Kalau cikgu ikhlas cintakan dia, cikgu akan lebih memilih cinta berbanding simpati."

Jungkook terdiam lama. Kata-kata Yoongi cuba dia fahami.

"Yeoreum terseksa Cikgu Jeon. Dia mabukkan diri dia semata-mata nak lupakan kesakitan yang cikgu lakarkan pada hati dia. Sumpah, dia tak pernah mabuk sebelum ni dihadapan saya. Ini kali pertama saya lihat keadaan dia seteruk itu." Jujur Yoongi. Dia juga tidak sanggup melihat keadaan rakannya itu.

"Mabuk?" Jungkook menyoal sekali lagi.

Yoongi hanya mengangguk.

"Saya harap cikgu fikirkan kata-kata saya. Cinta atau simpati, itu pilihan cikgu. Cikgu tahu apa yang terbaik untuk cikgu. Jangan kerana kaca, cikgu lepaskan permata." Yoongi menepuk-nepuk bahu Jungkook sebelum melangkah pergi.

Jungkook menyandarkan badannya pada kerusi. Wajahnya diraup kasar.

"Aku tak mampu hidup tanpa Yeoreum. Tapi aku dah anggap Jineul macam adik aku sendiri." Jungkook berkata perlahan.

Dia pening dan rungsing. Manaka harus dia pilih? Cinta atau simpati?

TBC

Playboy terlebih hot kita smbung esk...krangn bm tk siap lg duhhh😭😭 krja addmath msih bersarang😭😭Esk klas tmbhn bio😭😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

21.8K 2.2K 13
Cuba kau bayangkan malaikat maut jatuh cinta . Started: 14/11/2019 End:19/11/2019
76.9K 4.7K 27
aku ingat walaupun kahwin paksa rumah tangga akan indah. tapi aku salah, rumah tangga aku musnah. disebabkan suamiku yang ego, park jimin. "kau nak...
129K 6.9K 60
"Saya minta maaf sebab selalu lukakan hati awak , saya selalu pedulikan perasaan awak selama ni . Im sorry , sayang" - Jeon Jungkook
90.2K 5.1K 29
"i love you " " please don't say that again " "but I really love you " " I said STOP" read this story kalau nk tahu dgn lebih lanjut k cawwww