✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

225K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 40

4K 358 43
By peachjeons

Yeoreum memulas tombol pintu wad Jungkook perlahan-lahan. Kepalanya dijengulkan sedikit, memerhati gelagat Jungkook yang sedang termenung merenung permandangan bandar Seoul.

"Aishhh, kekoknya nak panggil dia." Yeoreum berkata didalam hati. Kelopak mata dipejamkan sebentar. Janganlah Jungkook mengamuk tak tentu pasal nanti, takut juga dia jika Jungkook membaling segala benda kearahnya. Nanti dengan katil-katil sekali dia angkat!

Yeoreum berdeham perlahan.

"Umm, awak okay?" Yeoreum menyoal dengan teragak-agak.

Jungkook hanya berdiam diri. Soalan daripada Han Yeoreum dibiar sepi. Hatinya agak terusik dengan kelakuan gadis itu sebentar tadi. Bukan niatnya untuk mempertikaikan kesetiaan gadis itu, tapi entahlah. Dia agak terikutkan perasaan sebentar tadi.

Dari ekor matanya, dia dapat melihat gadis itu sedang memegang pinggangnya bersama dahi yang berkerut. Jujur, dia tahu gadis itu dilanggar oleh katil pesakit yang ditolak oleh jururawat tadi. Tetapi egonya yang setinggi Gunung Everest atau mungkin lebih tinggi telah menguasai dirinya! Dibiarkan sahaja Yeoreum yang sedang menahan kesakitan tanpa berpaling walaupun sedikit.

Yeoreum hanya melihat Jungkook yang sedang berdiam diri. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk tenangkan diri, fikir gadis itu.

"Kalau macam tu, saya keluar dululah. Kalau ada apa-apa, panggil saja mana-mana nurse dekat sini." Yeoreum berkata perlahan. Kaki diatur menghala ke pintu keluar.

"Maaf." Sepatah ayat itu mampu menghentikan kaki Han Yeoreum dari terus melangkah. Badan kembali dipusing menghadap Jeon Jungkook.

"Eo?" Yeoreum berkerut dahi.

"Maaf sebab marah awak tiba-tiba tadi." Jungkook berkata perlahan. Matanya masih memandang permandangan Seoul. Membelakangi gadis yang dia cintai.

"Ah, tak apa. Salah saya sebenarnya tadi." Gadis itu menggosok perlahan belakang tengkuknya.

Jungkook mengambil tongkat ketiaknya lalu melangkah menghampiri Han Yeoreum. Pasti gadis itu masih dibelenggu rasa bersalah. Lihat sahaja dari riak wajah gadis itu, Jungkook tahu yang hati Yeoreum masih dihurung rasa serba salah.

"Awak tak salah. Saya yang terlebih emo dan ego tadi. Bukannya saya tak percayakan awak, saya percaya awak sangat-sangat sebenarnya. Cuma tadi saya tak suka tengok lelaki tu pegang-pegang bakal isteri saya." Jungkook mencebik. Rasa nak hempuk je kepala Doktor Kim tadi. Sedap-sedap dia saja sentuh-sentuh HAK orang.

Yeoreum ketawa mengekek.

"Janganlah guna bakal isteri. Gelilah saya dengar."

"Biarlah, biar semua orang tahu yang Han Yeoreum hak milik peribadi lelaki kacak yang bernama Jeon Jungkook." Jungkook mendabik dadanya. Tak padan dengan kaki bersemen!

"Masuk keranda angkat sendiri nampak." Yeoreum memerli Jungkook. Lelaki itu hanya tersengih.

Jungkook mendakap Yeoreum erat. "Mian."

Yeoreum hanya tersenyum. Syukur hal ini tidak dipanjangkan.

"Cikgu Jeon!" Seorang gadis membuka pintu wad Jungkook secara mengejut. Siapa lagi jika bukan Kim Jineul.

Yeoreum melepaskan pelukan mereka. Jungkook mendengus perlahan. Masa-masa macam inilah gadis itu mahu menganggu moment manis dia dan Yeoreum.

"Kau buat apa dekat sini?" Yeoreum menyoal Kim Jineul.

Jineul hanya mendengus.

"Suka hati akulah nak buat apa pun dekat sini. Ni bukan hospital bapak kau pun." Balas Jineul sinis. Sakit matanya melihat kemesraan diantar Yeoreum dan Jungkook.

"Okay fine." Yeoreum mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda berserah diri. Dia tidak mahu memulakan perang mulut diantara dia dan Jineul.

Jineul melempar senyum sinis.

"Kau tak ada kerja ke duduk sini? Dah kaya sangat sampai sanggup makan gaji buta?"

"Kalau ya pun, aku yang makan gaji buta and bukannya kau. Sekurang-kurangnya aku tak menganggur macam kau dan tak menghabiskan duit bapak. Opss, bapak tiri." Giliram Yeoreum pula memberi balasan pedas.

"Kau- -" Muka Jineul merah menahan marah.

"Apa, aku apa? Hey, kau jangan ingat aku tak tahu yang kerja kau cuma menghabiskan duit papa aku ya. Aku tahu semuanya lah. Kau ni memang jenis yang tak tahu malukan? Tak sedar diri. Kau buat duit papa aku macam duit kau!" Balas Yeoreum dengan nada tinggi. Geram hatinya dengan sikap Jineul yang tidak sedar diri.

"Sekurang-kurangnya papa lebih sayangkan anak TIRI dia daripada anak KANDUNG dia sendiri." Jineul mengangkat keningnya. Cuba menyemarakkan lagi api yang membakar hati Yeoreum.

Jungkook hanya berdiam diri. Tidak tahu apa yang harus dia lakulan. Mahu menghalang takut dilempar keluar tingkap hospital pula. Kesudahannya, dia hanya menggaru kepala. Nasib baiklah wadnya kedap bunyi.

"And kau fikir harta papa akan jatuh ke tangan kau? Kau silap Kim Jineul, kau silap. Nama kau Kim, bukan Han." Yeoreum pula melakar senyuman sinis. Suka hatinya melihat wajah keruh Jineul.

"Dah, dah. Awak berdua boleh senyap tak? Bingit telinga saya dengar awak berdua bergaduh." Jungkook mengambil keputusan dengan berdiri diantara dua gadis itu. Baik dia halang sebelum perang mulut mereka berdua berlarutan.

"Dah Yeoreum, awak pergilah kerja. Saya boleh jaga diri." Jungkook melempar senyuman tipis.

"Halau?" Yeoreum memandang Jungkook tajam.

"Mana ada halau. Saya takut ketua awak marah nanti."

Jineul menjeling. Awak saya awak saya, geli!

"Okay, saya pergi dulu. Jaga diri."

"Okay." Jungkook mencium pipi kanan Yeoreum. Menaikkan lagi kebenciaan Jineul.

Yeoreum melangkah ke muka pintu. Hatinya agak risau untuk meninggalkan Jungkook dengan Jineul. Gadis itu bukannya boleh percaya sangat. Tetapi dia kuatkan juga hatinya. Dia percaya Jungkook setia.

Hilang sahaja kelibat Yeoreum dari pandangan mata Jineul, dia mendakap Jungkook erat.

"Saya rindu cikgu." Kata Jineul manja.

Jungkook menolak bahu Jineul perlahan.

"Apa masalah awak ni?" Jungkook berkerut dahi. Kalau Yoereum nampak kejadian tadi, pasti gadis itu akan salah faham.

"Apa masalah saya? Masalah saya ialah cikgu! Cikgu tak pernah kisah langsung yang hati saya selalu terluka sebab cikgu. Cikgu tak pernah hargai sedikit pun cinta yang saya bagi pada cikgu. Kenapa cikgu lebih memilih Han Yeoreum? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya dia?!" Jerit Jineul. Sungguh dia sakit. Sakit hati dengan semua perkara yang berlaku. Salahkah dia untuk mencintai lelaki yang berdiri dihadapannya ini? Kenapa lelaki ini langsung tidak nampak akan keikhlasannya?

"Cinta tak boleh dipaksa Kim Jineul." Kata Jungkook. Bukannya dia tidak kasihan dengan gadis itu. Dia kasihan. Teramat kasihan. Tetapi dia tidak boleh melakukan apa. Dia langsung tiada hati pada gadis itu.

"Tapi cikgu boleh ajar hati cikgu untuk cintakan saya macam dulu."

Jungkook menggeleng. "Tak boleh Jineul. Saya cintakan Han Yeoreum."

"Cikgu jangan lupa, cikgu pernah berjanji dengan saya yang cikgu tak akan tinggalkan saya."

"Itu enam tahun dulu Kim Jineul. Enam tahu dulu." Jungkook memicit dahinya. Kenapa gadis ini tidak pernah menyerah kalah?

"Saya bukan jenis manusia yang lupa pada janji. Sekali orang berjanji pada saya, saya akan pegang sampai mati. Sampai saya mati Cikgu Jeon." Jineul melangkah pergi. Pintu wad Jungkook dibuka lalu dihempas kuat. Melepaskan rasa geram yang sudah lama terbuku dihati.

Jungkook dihambat rasa bersalah. Terasa dirinya bodoh kerana berani menabur janji kepada sesiapa sahaja.

Lelaki itu mengeluh panjang. Apa pula masalah yang akan datang melanda hubungan dia dan Yeoreum? Adakah Kim Jineul terlalu nekad berpegang pada janji sehingga sanggup menghancurkan hubungan dia dan Yeoreum?

🍁

Jineuk melangkah bersama wajah yang masam mencuka. Han Yeoreum yang sedang berdiri di tepi kaunter jururawat dituju.

"Yah." Panggil Jineul kasar.

Yeoreum mengangkat keningnya. "Mwoya?"

"Kau memang tak sedar diri. Perampas!" Jerit Jineul. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan.

"Eh Kim Jineul. Jaga sikit adab kau ya. Sini hospital, bukannya club malam yang kau bebas untuk menjerit dan melalak." Tegas Yeoreum.

"Kau dengar sini ya, aku akan rampas balik Jungkook. Kau pegang kata-kata aku." Kata Jineul lalu melanggar bahu Yeoreum kasar. Fail yang sedang dipegang oleh Yeoreum jatuh menghempas lantai.

Yeoreum mendengus.

"Gila."

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

221K 13.1K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
1.9K 231 11
" 𝓘𝓼 𝓽𝓱𝓮𝓻𝓮 𝓪𝓷𝔂𝓽𝓱𝓲𝓷𝓰 𝔂𝓸𝓾 𝓷𝓮𝓮𝓭 𝓯𝓻𝓸𝓶 𝓶𝓮 , 𝓼𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 ? " A Kim Taehyung Short Story . 30 Dec 2019 [ C ]
45.3K 7.4K 30
•도서관• C O M P L E T E ❝ kau tahu tak , banyak gosip yang aku dengar , library sebelah sekolah tu berhantu weyhh ! ❞ layanan pustakawan itu menjadi ta...