✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 32

4.1K 395 59
By peachjeons

p/s : abaikn typo pliss😂

Yeoreum tersenyum sambil memandang pantulan dirinya di muka cermin. Sebentar tadi Jungkook mengajaknya untuk keluar berjanji temu, katanya sudah lama tidak keluar bersama. Tanpa berfikir panjang, Yeoreum memberi kata setuju. Teringin juga melakukan night date bersama lelaki itu.

Bukan senang mahu keluar bersama lelaki itu, selalunya Jungkook lebih memilih untuk keluar bersama Kim Jineul berbanding dirinya.

Lipbalm berperisa strawberi dioleskan nipis dibibir merah jambunya.

Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Yeoreum pantas melangkah menuruni tangga.

"Yeoreum nak keluar ke malam-malam macam ni?" Soal mamanya yang sedang duduk di sofa diruang tamu.

"Haah, Yeoreum nak keluar dengan Cikgu Jeon."

"Jangan balik malam sangat. Tak elok." Nasihat Puan Han.

Lega hatinya apabila Yeoreum dan Jungkook berbaik semula. Risau juga jika mereka berdua benar-benar ingin menamatkan hubungan mereka berdua. Tapi syukur, Jungkook dan Yeoreum tidak memilih jalan itu sebagai kunci kepada jalan penyelesaian masalah mereka.

"Okay ma. Yeoreum pergi dulu." Yeoreum memeluk Puan Han lalu menciun pipi kiri Puan Han sekilas.

"Hati-hati."

"Ya!"

Yeoreum melangkah keluar dari perkarangan rumahnya. Keluar sahaja dari pintu pagar kecil rumahnya, figura seorang lelaki yang tinggi menyapa mata. Siapa lagi jika bukan Jeon Jungkook si kekasih hati.

"Cikgu Jeon." Panggil Yeoreum.

Jungkook yang sedang melihat telefon terus mengangkat wajahnya.

"Dah siap?" Soalnya bersama senyuman manis. Coat panjang di badannya dibetulkan.

Coat panjang yang berwarna hitam itu sungguh padan apabila dikenakan di badan tegap Jeon Jungkook, sedikit sebanyak Yeoreum tergoda.

"Dah." Yeoreum mengangguk. Pipinya sedikit memerah apabila senyuman manis tidak lepas terukir dibibir Jungkook.

"Jom." Jungkook menghulurkan tangan kanannya. Sebelah keningnya diangkat bersama senyuman kacak.

Yeoreum terkedu. Darah merah menyerbu muka. Sungguh dia malu.

"Umm, jom." Gadis itu menyambut huluran tangan Jungkook dengan gugup.

🍁

Yeoreum melemparkan pandang keluar tingkap kereta tatkala Jungkook memberhentikan keretanya dihadapan sebuah kedai serbaneka. Takkan nak date dalam kedai serbaneka?

"Cikgu nak buat apa dekat sini?" Soal Yeoreum pelik. Jungkook yang sedang membuka tali pinggang keselamatan dipandang.

"Rahsia." Kata Jungkook.

Yeoreum mencebik. Lantas dia turut membuka tali pinggang keselamatannya.

"Eh, awak nak pergi mana?" Soal Jungkook pula.

"Ikut cikgu lah." Yeoreum mengulingkan matanya keatas.

Jungkook tersenyum.

"Tak payah. Biar cikgu yang pergi sorang. Awak duduk diam-diam dalam kereta dan jangan lupa kunci dari dalam. Bahaya." Nasihat Jungkook. Tangannya menyerabutkan rambut depan Yeoreum perlahan lalu melangkah keluar dari kereta.

Buat kedua kalinya Yeoreum mencebik. Baguslah, ajak orang keluar lepastu tinggal orang sorang-sorang dalam kereta.

Yeoreum mengeluarkan telefon bimbitnya. Bosan juga jika duduk didalam kereta tanpa membuat apa-apa. Aplikasi instagram ditekan lalu dilayari tanpa rasa minat.

Yeoreum mendengus. Lama pula Jungkook keluar.

10 minit kemudian, Jungkook kembali dengan sebuak beg plastik. Yeoreum mencuri pandang.

"Apa tu?"

"Rahsia." Jawab Jungkook sambil menghidupkan enjin kereta. Pasti gadid itu teramat bengang dengan dirinya sekarang ini.

"Huh, semua nak rahsia." Yeoreum menyilangkan tangannya tanda protes.

Jungkook hanya mengukir senyuman. Biarlah semua ini menjadi tanda tanya pada gadis itu dahulu.

"Nak pergi mana ni?" Soal Yeoreum buat kesekian kali. Dari tadi tak sampai-sampai. Takkan Jungkook nak bawa dia lari kut.

"Rahsia." Jungkook tersenyum mengejek. Menambahkan lagi tahap kebengangan gadis itu terhadap dirinya.

"Fine!" Degus Yeoreum. Wajah Jungkook dijeling tajam. Semua benda nak rahsia.

Jungkook ketawa suka. Suka melihat wajah bengang Yeoreum.

🍁

Jungkook memberhentikan keretanya dihadapan sebuah pantai. Handbreak ditarik lalu tali pinggang keselamatan dibuka.

"Turunlah." Katanya pada Yeoreum.

Yeoreum mengerutkan dahinya. "Pantai?"

"Iyup. Hari ni kita date dekat pantai." Jungkook mengangkat kedua-dua belah keningnya. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar.

Yeoreum terdiam. Ikutkan sahajalah apa yang Jungkook mahu hari ini. Lantas dia keluar dari kereta mengikut jejak langkah Jungkook.

Mereka berdua berjalan beriringan diatas pasir yang memutih dipesisir pantai.

"Kita duduk sinilah." Kata Jungkook. Dia melabuhkan punggung di atas pasir yang halus diikuti Yeoreum tanpa soal. Jika disoal, pasti jawapan 'rahsia' yang akan diterimanya.

"Kenapa cikgu ajak saya keluar hari ni?" Yeoreum memandang Jungkook yang berada disisinya.

"Salah ke kalau nak ajak tunang sendiri keluar?" Jungkook menatap mata Yeoreum pula.

Yeoreum mencebik. "Tak salah. Tapi selalunya cikgu keluar dengan Jineul. Kenapa tak ajak dia saja?"

Jungkook mengukir senyuman hambar.

"Hari ni cikgu nak keluar dengan tunang kesayangan cikgu." Usik Jungkook pula. Hidung kecil Yeoreum dicuitnya perlahan.

Yeoreum menampar tangan Jungkook perlahan. Suka-suka saja main hidung orang.

"Yeoreum." Panggil Jungkook perlahan. Rambutnya beralun lembut akibat ditiup angin malam.

"Ya?" Yeoreum memandang lelaki itu.

Wajah Jungkook mendekati wajahnya dengan perlahan-lahan. Yeoreum terkedu. Ya Tuhan, apa kena dengan Jungkook malam ni.


Yeoreum memejamkan matanya. Wajah Jungkook begitu dekat dengan wajahnya sehingga haruman badan lelaki itu menyapa rongga hidungnya.

Tiba-tiba dia terasa sesuatu benda dipakaikan dibahagian lehernya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tanganya menyentuh lembut bahagian lehernya.

Yeoreum memandang Jungkook dengan mata membulat.

"Apa ni?" Tangannya masih setia memegang rantai berloketkan permata putih.

"Hadiah." Balas Jungkook ringkas. Matanya memandang rantai yang dibelinya. Cantik sungguh apabila dikenakan dileher gadis itu.

"Kenapa bagi saya?"

"Sebagai tanda terima kasih dan tanda maaf. Cikgu tahu yang cikgu banyak buat salah pada awak. Nanti kalau kita berpisah, awak boleh tengok rantai tu kalau rindukan cikgu." Kata Jungkook perlahan.

Yeoreum terdiam tatkala perkataan 'berpisah' terluah dari mulut lelaki itu.

Yeoreum meletakkan kepalanya dibahu Jungkook.

"Terima kasih."

Jungkook tersenyum. Tangannya mengusap rambut gadis itu bersama senyuman.

"Sama-sama."

Yeoreum tersenyum hambar. "Tinggal tiga bulan lagi tempoh pertunangan kita. Cepatnya masa berlalu."

Jungkook menghembus nafas perlahan. Baru dia sedar yang tempoh perjanjian mereka hampir tamat. Bersediakah dia untuk mengakhiri semua ini?

"Awak nak tamatkan semua ni?" Soal Jungkook.

Yeoreum mengeluh. "Bukankah semua ini memang akan berakhir? Cikgu dah jumpa gadis yang cikgu cari selama ini. Bukankah cikgu mahu bersama dengan Jineul?" Yeoreum menyoal perlahan bersama senyuman tipis.

Giliran Jungkook pula mengeluh. Dia tidak tahu. Dia tidak pasti. Dia tidak pasti sama ada dia mampu untuk melepaskan Han Yeoreum. Dan dia tidak tahu sama ada dia sanggup atau tidak menyakiti hati Kim Jineul.

Soalam Yeoreum dibiarkan sepi. Bunyyi ombak menghempas pantai menjadi lagu ditelinga mereka.

"Jom makan." Jungkook membuka mulut. Beg plastik yang dibawanya diambil.

"Makan? Mana ada makanan." Yeoreun memandang sekeliling. Tak nampak pula gerai yang ada berdekatan dengan pantai ini.

"Cikgu ada beli snek tadi dekat kedai." Jungkook mengangkat beg plastik yang berada disisinya.

Yeoreum mendengus. "Ni lah yang rahsia sangat?"

Jungkook mengangguk sambil ketawa. Kelakar apabila Yeoreum membuat reaksi muka menyampah.

"Dah, cepat makan." Jungkook meletakkan satu plastik makanan ringan diatas riba Yeoreum.

Tanpa banyak soal, Yeoreum membuka plastik makanan ringan tersebut. Makanan ringan pun makanan ringanlah. Kalau perut dah lapar, semua benda dia telan.

"Cikgu dah gemuklah." Yeoreum menolak pipi Jungkook yang penuh dengan makanan dengan jari telunjuknya.

"Sibuk." Jungkook menjeling. Makanan ringan disuap kedalam mulut tanpa henti.

"Macam ayah gajah." Sambung Yeoreum lagi. Tangannya masih setia menolak-nolak pipi kembung Jungkook.

"Yah!" Marah Jungkook. Plastik makanan ringan dihempasnya. Lengan baju disinsing kasar, sedia menyerang Yeoreum.

Yeoreum pantas berdiri. Sudah tahu yang Jungkook mahu mengamuk. Baiklah dia mengambil langkah seribu terlebih dahulu.

Jungkook mengejar Yeoreum yang masih ketawa suka. Seronok mengejek lelaki itu. Selalunya dia sahaja yang diejek.

"Cikgu dapat awak, awak tahulah nasib awak Han Yeoreum!" Tepik Jungkook.

Yeoreum masih setia berlari. Biarlah dia menikmati suasana seperti ini dahulu sebelum mereka berpisah. Biarlah semua ini menjadi memori indah buat dirinya kelak.

TBC

Konflik bkl tiba😎

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 219 13
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
24.5K 3.3K 33
"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like...
76.9K 4.7K 27
aku ingat walaupun kahwin paksa rumah tangga akan indah. tapi aku salah, rumah tangga aku musnah. disebabkan suamiku yang ego, park jimin. "kau nak...