✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 30

4K 387 83
By peachjeons

Yeoreum melabuhkan punggung diatas kerusi diberanda biliknya. Peristiwa seminggu yang lalu dimana dia meminta untuk memutuskan pertunangannya dengan Jeon Jungkook masih segar dalam ingatannya.

Selama seminggu, dia langsung tidak melawat lelaki itu dihospital. Ada juga Puan Han bertanya kenapa dia tidak melawat tunangnya, namun dia hanya berdiam diri.

Entahlah, dia bagaikan sudah tawar hati dengan lelaki itu.

Perasaan cinta masih ada namun rasa sakit hati mengatasi segala-galanya.

🍁

Puan Han melangkah untuk membuka pintu tatkala lonceng rumahnya ditekan.

"Siapa pula yang datang?" Soalnya didalam hati. Jarang sungguh rumahnya menerima tetamu pada waktu petang begini.

"Eh, Puan Jeon." Sapa Puan Han bersama senyuman manis. Ingatkan siapa tadi, rupa-rupanya Puan Jeon yang yang datang ke rumahnya.

"Maaf kalau saya menganggu masa Puan Han dengan Yeoreum pada waktu petang begini. Tapi, saya betul-betul mahu berjumpa dengan Yeoreum." Kata Puan Jeon bersama senyuman kelat. Walau apapun yang terjadi, dia mesti pujuk gadis itu. Sudah seminggu gadis itu menyebunyikan diri dan seminggu juga Jungkook berdiam diri.

"Puan Jeon masuklah dulu. Saya panggilkan Yeoreum sekejap."

"Terima kasih."

Puan Han melangkah menaiki tangga buat kesekian kalinya. Ramai pula orang hendak bertemu anak gadisnya hari ini.

"Yeoreum, Puan Jeon nak jumpa kamu." Kata Puan Han diluar bilik Yeoreum.

Yeoreum membulatkan mata tatkala kata-kata mamanya bermain ditelinga. Puan Jeon datang? Takkanlah dia sudah tahu yang Yeoreum ada masalah dengan anaknya?

Pantas dia turun dari katil lalu membuka pintu biliknya.

"Mama biar betul?!" Soalnya tiba-tiba.

Puan mengurut dada. Terkejut dengan terjahan anak gadisnya.

"Betullah. Dia ada dekat bawah sekarang tengah tunggu kamu. Cepat turun. Tak sopan biarkan tetamu tunggu lama-lama."

Yeoreum hanya mengangguk. Dia menghantar mamanya yang berlalu pergi dengan pandangan mata. Dada di bahagian kirinya disentuh. Ya tuhan, kenapa dia berdebar sangat sekarang ni?

Yeoreum menarik nafas dalam. Mungkin Puan Jeon datang sebab rindukan dia? Atau mungkin sekadar datang melawat sahaja.

Yeoreum menuruni anak-anak tangga perlahan. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar apa yang difikirnya tidak menjadi kenyataan.

Figura Puan Jeon yang sedang duduk di sofa diruang tamunya menyapa mata. Buat kesekian kalinya, Yeoreum menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Ibu." Panggil Yeoreum. Sudah terbiasa dengan panggilan ibu yang diminta oleh Puan Jeon untuk memanggilnya dengan panggilan itu.

"Yeoreum." Puan Jeon bangun lalu memeluk Yeoreum erat. Lega hatinya apabila Yeoreum mahu berjumpa dengan dirinya. Risau juga jika gadis itu tidak ingin bersua muka dengannya.

"Kenapa ibu nak jumpa Yeoreum?" Soal Yeoreum berkerut dahi tatkala Puan Jeon merungkai pelukan.

"Ibu nak tanya Yeoreum. Kenapa tak datang jenguk Jungkook dekat hospital hari ni? Dia rindukan kamu." Kata Puan Jeon. Rambut Yeoreum yang separas bahu diusap lembut. Walaupun dia sudah tahu penyebab Yeoreum tidak datang melawat Jungkook, dia tetap mahu bertanya.

Yeoreum kekal membisu. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada Puan Jeon.

Puan Jeon mengeluh perlahan.

"Ibu tahu kamu ada masalah dengan Jungkook. Ibu tahu Yeoreum. Tapi kamu tak boleh macam ni sayang. Kamu kena jumpa Jungkook dan selesaikan masalah kamu berdua. Masalah tak akan selesai kalau kamu mengelak macam ni dan perpisahan bukan jalan yang terbaik Yeoreum." Nasihat Puan Jeon.

Sungguh dia sayangkan pertunangan ini. Dia tidak rela jika pertunangan anaknya dan Yeoreum terputus begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga. Dia sayangkan Yeoreum. Sayang seperti anak sendiri.

"Yeoreum tak tahu nak cakap apa ibu. Tapi yang pasti, Yeoreum masih terasa dengan dia."

"Ibu tak salahkan kamu kalau kamu layan Jungkook macam tu. Tapi jangan hukum dia Yeoreum. Dia seksa diri dia sendiri Yeoreum, dia tak nak makan ubat selagi tidak dipaksa. Ibu tak sanggup tengok dia macam tu." Air mata mula mengalir daripada mata Puan Jeon. Sayu hatinya apabila teringatkan Jungkook yang amat susah untuk menjamah makanan mahupun sedikit apatah lagi ubat-ubatan yang harus diambilnya.

"Ibu, jujur Yeoreum masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Cikgu Jeon. Selepas semua yang jadi, Yeoreum rasa dah tawar hati dengan dia." Jujur Yeoreum meluahkan perasaannya.

"Yeoreum, tolonglah ibu. Ibu merayu. Ibu sayangkan Yeoreum dan ibu tak sanggup lepaskan Yeoreum. Tolong ibu Yeoreum, ibu tak sanggup tengok anak ibu macam tu." Rayu Puan Jeon.

Hati Yeoreum tersentuh dengan luahan Puan Jeon. Bukannya dia tidak sayangkan Jungkook, dia amat menyayangi lelaki itu. Hatinya masih terluka, lukanya masih basah dan berdarah. Bagaimana dia dapat memaafkan lelaki itu pada waktu begini?

"Yeoreum nak ibu melutut, ibu sanggup melutut." Puan Jeon memegang lututnya lalu perlahan-lahan ingin melutut dihadapan Yeoreum.

"Puan Jeon!" Tepik Puan Han. Dia memegang bahu wanita itu, menghalangnya dari terus melutut.

"Jangan buat Yeoreum macam ni ibu." Sayu Yeoreum bersuara. Sungguh dia tidak menyangkan Puan Jeon senekad ini.

"Yeoreum, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Ibu tak tahu apa masalah kamu dengan dia tapi jumpa dia dan bincang, sayang. Jangan ambil keputusan terburu-buru Yeoreum. Jumpa dia ya, sayang." Pujuk Puan Han. Sungguh dia tidak tahu yang anak gadisnya mempunyai masalah dengan Jungkook. Dia fikir Yeoreum hanya malas untuk melawat Jungkook. Tidak pernah menyangka masalah seserius ini.

Yeoreum menutup matanya lama. Apa keputusan yang harus dia ambil sekarang. Tinggalkan lelaki itu atau teruskan segala-galanya yang telah dirancang sejak awal?

Yeoreum menghembus nafas perlahan. Dia harus sanggup menanggung keputusan yang diputuskan oleh dirinya semdiri. Sampai bila dia harus bersembunyi seperti pengecut?

"Baik, Yeoreum akan jumpa Cikgu Jeon."

"Terima kasih Yeoreum, terima kasih sangat-sangat." Puan Jeon memeluk Yeoreum erat. Lega hatinya kerana Yeoreum berlembut hati.

🍁

Yeoreum berdiri dihadapan pintu bilik Jungkook. Kata Puan Jeon, Jungkook sudah dibenarkan pulang dua hari yang lalu kerana lukanya sudah beransur sembuh.

Sebentar tadi, mamanya menghantar dia ke rumah keluarga Jungkook namun terpaksa pergi setelah menurunkannya dihadapan rumah keluarga Jeon. Katanya ada kerja yang harus diselesaikan.

Yeoreum berdiri pegun dihadapan bilik tunangnya. Nafas berat ditarik lalu dihembus perlahan. Tenang Han Yeoreum, kau buat macam biasa je.

Tok tok!

Yeoreum mengetuk pintu bilik Jungkook lalu membukanya perlahan-lahan.

"Jungkook taknak makan ibu." Kata Jungkook tanpa memandangnya. Lelaki itu terbaring diatas katil dengan muka yang dipalingkan menghadap jendela bilik. Memerhati burung yang sedang berterbang riang dan bebas.

Yeoreum mengetap bibir. Benar kata Puan Jeon. Jungkook langsung tidak mahu menjamah makanan.

"Cikgu Jeon." Yeoreum memanggil lelaki itu perlahan. Jaraknya antara katil Jungkook lebih kurang tiga meter.

Jungkook memalingkan muka tatkala suara yang amat dia rindui bermain di telinga. Matanya membulat tatkala figura yang tunggu-tunggu muncul dihadapan mata.

"Yeoreum." Mulutnya memanggil gadis itu.

Kakinya melangkah menuruni katil lalu menghampiri gadis itu. Badan kecil itu dipeluknya erat.

"Maafkan cikgu Yeoreum." Ucap Jungkook ikhlas. Sungguh dia rindukan gadis itu.

Yeoreum memejamkan matanya didalam dakapan lelaki itu. Dia juga rindukan Jungkook.

Mereka merindui satu sama lain tanpa mereka sedar.

"Cikgu dah sihat?" Soal Yeoreum setelah pelukan mereka berdua dirungkai. Wajah lelaki itu ditatapnya puas.

"Dah, cikgu dah sihat lepas jumpa awak. Cikgu rindukan Yeoreum."

Senyuman nipis terukir dibibir Yeoreum. Tidak sangka dia dapat mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Jeon Jungkook.

"Baguslah." Balas Yeoreum pendek.

"Maafkan cikgu Yeoreum, cikgu terlepas cakap hari itu. Cikgu tahu cikgu bodoh. Cikgu pentingkan diri sendiri. Cikgu tak fikir perasaan orang yang berada disekeliling cikgu." Luah Jungkook. Matanya berair sedikit tanda dia amat menyesali perbuatannya.

"Yang dah lepas kita biarkan lepas. Yeoreum dah maafkan cikgu. Cikgu jangan mogok makan lagi lepas ni tahu. Kesian ibu risaukan cikgu." Yeoreum mengusap pipi Jungkook perlahan. Sungguh dia sayangkan lelaki ini.

Jungkook memegang tangan Yeoreum yang sedang mengusap pipinya. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu.

Chup!

TBC

Anda smua masih bernyawa?😂😂😂😂

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 85 11
2 tahun sudah berlalu, Adeeb Naufal bekerja sebagai seorang cikgu mengaji di kampungnya. Adeeb juga bekas penceramah di masjid atau surau kampung hal...
24.5K 3.3K 33
"3 years I have been waiting for you, 3 years I changed myself into a real man that you always wanted. The truth is i really love you Nuna and i like...
1.9K 231 11
" 𝓘𝓼 𝓽𝓱𝓮𝓻𝓮 𝓪𝓷𝔂𝓽𝓱𝓲𝓷𝓰 𝔂𝓸𝓾 𝓷𝓮𝓮𝓭 𝓯𝓻𝓸𝓶 𝓶𝓮 , 𝓼𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 ? " A Kim Taehyung Short Story . 30 Dec 2019 [ C ]
190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...