✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 26

3.3K 378 175
By peachjeons

p/s- abaikan typo. Saya trlmpau mls untk double check😅


"Ibu dengan ayah baliklah. Yeoreum boleh tolong jagakan Cikgu Jeon." Yeoreum memegang bahu Puan Jeon yang masih duduk ditepi katil Jeon Jungkook. Dari petang tadi lagi P7an Jeon tidak menjamah apa-apa makanan walaupun Tuan Jeon ada membelikannya makanan. Katanya tiada selera.

"Tak apa, ibu boleh jaga Jungkook. Kamu baliklah Yeoreum, kamu mesti penat." Balas Puan Jeon perlahan.

"Awak, mari balik. Sejak tadi awak tak makan. Awak nampak lemah sangat sekarang ni. Jungkook tak apa-apa, dia akan sedar nanti. Kita balik dan esok kita datang lagi ya." Pujuk Tuan Jeon. Risau hatinya apabila si isteri asyik bersedih sejak tadi walaupun telah disahkan yang Jungkook akan sedar tidak lama lagi. Biaslah, Puan Jeon seorang ibu. Apa yang dirasa atau dialami oleh anaknya pasti memberi kesan pada hidupnya walaupun sedikit.

"Betultu Yeju. Mari kita pulang. Saya yakin yang Yeoreum boleh jaga Jungkook memandangkan Jungkook tunang dia." Pujuk Puan Han pula.

Puan Jeon berfikir sejenak. Memang tubuhnya perlukan rehat. Kepala pula asyik berasa pening sahaja mungkin kesan daripada tidak menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi.

"Baiklah. Yeoreum, kamu jaga anak ibu baik-baik ya. Dia saja yang anak yang ibu punya di dunia ini." Puan Jeon mengusap pipi Jungkook dengan penuh kasih saya. Matanya turut dipenuhi demgan manik manik jernih tatkala tersentuh kesan lebam yang menghiasi wajah puteranya.

"Yeoreum janji, Yeoreum akan jaga Cikgu Jeon baik-baik." Kata Yeoreum bersama senyuman. Sedih dia melihat keadaan Puan Jeon. Lemah sahaja pergerakan dan tutur bicaranya.

"Terima kasih Yeoreum." Senyum Puan Jein lemah.

"Biar saya yang temankan Yeoreum." Jineul mengangkat tangannya bersama senyuman kekok.
(p/s-ok sya thu anda smua nk bunuh sya.)

"Tak perlu, saya okay jaga Jungkook sendiri." Yeoreum mengeleng kepalanya pantas. Penyibuk betul perempuan ni, tak tahu malu ke?

"Yeoreum, biarlah Jineul temankan kamu. Nanti kalau ada apa-apa dia boleh tolong. Lagipula kamu tu perempuan, bahaya kalau bersendirian." Nasihat Tuan Han.

"Mana ada sendiri, Cikgu Jeon kan ada." Yeoreum menunjuk kearah Jungkook yang masoh terbaring. Tolonglah, dia tidak mahu Jineul menemaninya, nanti tak pasal-pasal dengan Jineul sekali masuk hospital.

Tuan Jeon tertawa kecil. "Jungkook masih lemah. Takkan kamu nak suruh dia berlawan sekali lagi pula."

Yeoreum terdiam. Nampaknya ramai yang menyokong Jineul kali ini.

"Biar Yeoreum seorang sajalah yang jaga Jungkook. Kenapa mahu libatkan Jineul atau perempuan lain pula? Biar saja tunang dia yang jaga. Saya yakin Yeoreum mampu jaga diri." Tindas Puan Jeon setelah lama berdiam diri. Sungguh dia rasakan sesuatu yang tidak kena pada gadis yang bernama Kim Jineul ini. Bukan dia membenci tetapi entahlah, hatinya berasa tidak suka apabila berada rapat dengan gadis itu.

"Awak ni, bahayalah kalau Yeoreum tinggal sorang-sorang. Nanti kalau jadi apa-apa, bakal menantu kesayangan awak juga yang kena." Perli Tuan Jeon manja.

Puan Jeon menjeling suaminya. Ada benar juga. Dia tidak mahu Yeoreum menerima nasib yang sama seperti Jungkook. Dengan hati yang berat, terpaksalah dia membenarkan Kim Jineul untuk turut serta menjaga Jeon Jungkook bersama Han Yeoreum.

"Baiklah. Tetapi kalau dalam bab bersihkan badan Jungkook, biar Yeoreum yang lakukan. Saya tidak izinkan perempuan lain sentuh anak saya mahupun jururawat." Puan Jeon memberi syarat. Matanya melirik kearah Kim Jineul seketika. Dia tidak rela badan anaknya disentuh oleh perempuan lain melainkan perempuan itu ialah Han Yeoreum.

Jineul menundukkan wajahnya. Sungguh dia terasa hati dengan sikap dingin Puan Jeon terhadap dirinya.

Sebenarnya ada sebab kenapa Puan Jeon dingin terhadap gadis itu. Minggu lepas, Puan Jeon secara tidak sengaja terlihat Jungkook berjalan bersama Kim Jineul. Dia yakin yang dia tidak salah lihat. Gadis itu ialah Kim Jineul dan bukannya Han Yeoreum. Walaupun dia tidak mengetahui apa status hubungan Jungkook dengan Jineul, hatinya didatangi perasaan tidak suka tatkala melihat gadis ini.

"Ibu jangan risau. Yeoreum yang akan jaga Cikgu Jeon. Yeoreum janji." Yeoreum menjeling Jineul sejenak. Tidak takutkah gadis ini jika rahsia diantara dirinya dan Jeon Jungkook akan terbongkar? Tidak tahukah dia yang dia telah membuat pilihan yang salah? Bukannya Yeoreum tidak nampak reaksi Puan Jeon tatkala Jineul menawarkan diri untuk menemani Yeoreum. Yeoreum juga tidak pasti kenapa Puan Jeon bersikap dingin dengam Kim Jineul. Adakah Puan Jeon telah tahu sesuatu?

"Baiklah, ayah dengan ibu balik dulu." Tuan Jeon meminpin tangan sang isteri.

Puam Han turut bangkit dari duduknya bersama Tuan Han. Sempat juga dia menjeling Tuan Han tajam kerana mengikutnya berdiri.

"Mama pun nak balik juga. Kamu jaga diri ya." Puan Han mencium dahi Yeoreum seketika.

"Biar saya hantarkan awak." Tuan Han menawarkan dirinya. Mungkin cuba untuk merapatkan jurang diantara mereka.

"Tak perlu. Saya boleh balik sendiri. Awak urus sahaja keluarga awak. Saya tidak mahu dilabel 'orang ketiga'. Perkataan 'orang ketiga' ditekan sedikit. Entah kepada siapa Puan Jeon tujukan. Seusai berkata, Puan Jeon melangkah pergi.

"Wow."

Yeoreum terkedu. Pertama kali dia melihat mamanya sedingin itu. Dah tahu dah sekarang ini daripada siapa dia warisi sikap dingin itu.

"Wow?" Tuan Han memandang Yeoreum pelik. Tiba-tiba sahaja perkataan itu keluar dari mulut anak gadisnya.

"Tak ada apa-apa. First time tengok mama macam tu." Yeoreum tersenyum kecil. Boleh pula dia sebut perkataan itu pada waktu hening ketika ini.

"Oh. Kalau begitu papa balik dulu. Kamu berdua jaga diri." Tuan mencium dahi kedua-dua puterinya lalu melangkah pergi.

Setelah kelibat Tuan Han tidak kelihatan, Yeoreum melabuhkan punggungnya disisi Jeon Jungkook.

"Tak ada kerja ke datang sini?" Soal Yeoreum sinis.

Jineul mengukir senyuman hambar. "Saya cuma mahu temankan awak sahaja."

"Teman? Oh please, kau buat macam aku tak tahu niat asal kau." Yeoreum menjulingkan matanya keatas. Menyampah dengan jawapan yang diberi oleh Kim Jineul.

Jineul hanya berdiam diri. Dia tidak berani membuka mulut kerana dia tahu bahawa itu hanya menambahkan lagi api kemarahan Han Yeoreum.

"Kau tak nampak reaksi ibu Cikgu Jeon tadi? Dia tak sukakan kau. Kenapa kau masih terhengeh-hengeh nak jaga Cikgu Jeon? Atau kau sengaja nak bongkar rahsia ni? Nak buat ibu bencikan Cikgu Jeon dan aku?" Yeoreum menyembur Kim Jineul. Apa yang ada didalam hatinya diluahkan ketika itu juga.

"Tak, bukan itu maksud saya. Saya tiada niat untuk hancurkan hubungan Cikgu Jeon dengan Puan Jeon, mahupun hubungan awak dengan ibunya." Jineul menahan air matanya. Hatinya terluka dengan kata-kata Yeoreum yang dilemparkan buat dirinya.

"Habistu sebab apa? Sebab cinta?" Yeoreum menyoal sinis.

Jineul berdiam diri. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dibalasnya.

Yeoreum menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Sungguh dia beremosi ketika ini.

"Pagi esok, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau baliklah dengan apa sekalipun. Mahupun dengan jalan kaki atau bas, aku tak kisah. Yang penting, aku tak nak tengok muka kau." Bicara Yeoreum dingin.

"Faham?"

"Fa-faham." Jawab Jineul dengan tergagap-gagap.

"Good, kau tunggu sini. Aku nak pergi beli makanan dekat kafeteria. Kau masih ingatkan apa yang Puan Jeon pesan?" Yeoreum bersuara dingin.

"Ingat." Jineul menundukkan kepalanya.

"Okay. Kau nak makan apa?" Tanya Yeoreum acuh tidak acuh. Walaupun dia bencikam Jienul, dia masih ada sedikit rasa kesian pada gadis itu.

Jineul melakar senyum kecil. "Apa-apa saja."

Yeoreum mengangguk lalu melangkah pergi. Perutnya yang sedang berbunyi cuba ditahan seketika.

Hilang sahaja kelibat Yeoreum dari pandangan mata, Jineul menghampiri Jeon Jungkook yang sedang berbaring lemah. Setitik air mata jatuh membasahi pipi.

"Saya lega cikgu tak apa-apa." Katanya perlahan. Tangannya yang ingin mengusap pipi Jungkook, cuba ditahan. Niat dihati dikuburkan tatkala amaran Puan Jeon bermain dihati.

"Nampaknya ibu cikgu tidak sukakan saya. Saya tahu dia lebih sayangkan Han Yeoreum. Daripada pandangan matanya, saya tahu yang dia amat berharap agar hubungan cikgu dengan Yeoreum berkekalan selama-lamanya. Berdosakah saya kerana telah merampas cikgu daripada Han Yeoreum?" Jineul menyoal Jungkook yang masih belum sedarkan diri.

"Saya tahu saya tidak layak untuk mendampingi lelaki sempurna seperti cikgu. Saya tidak secantik dan sebaik Han Yeoreum. Sikap dingin dan acuh tidak acuh pada dirinya membuatkan dia istimewa dimata sesiapa saja. Walaupun dia dingin, masih terselit kelembutan didalam diri dia. Buktinya dia tetap mengambil berat pasal saya walaupun dia membenci saya. Tetapi salahkah saya jika saya mencintai cikgu? Salahkah saya jika saya menagih cinta daripada seorang lelaki bernama Jeon Jungkook?" Jineul menahan sebak didada. Air mata yang turun laju membasahi pipi, diseka perlahan. Dia menutup mata seketika. Nafas panjang ditarik lalu dihembus perlahan.

"Sejujurnya, saya tidak nampak hala tuju hubungan kita, Cikgu Jeon."


TBC

Tetiba rasa kesian pula dengan Jineul ni. Haih. Nmpknya jalan cerita dh trpesong dr idea asal nih😂. Ok, start ahad minggu depan, bukn ahad esk tau, sya dh start exam Tov. Kalau ada msa sya try updt time minggu exam. Kalu tkx, raya cina lah ye😅. Exam 2 weeks tau.😁

Continue Reading

You'll Also Like

22K 2K 16
'→complete←' + Benarlah, cinta boleh membutakan kita. " Saranghae Park Jimin. " - Choi Ae Ra " Jjebal.. jangan cintakan saya. " - Park Jimin P/s : Fi...
1.2K 63 10
2 tahun sudah berlalu, Adeeb Naufal bekerja sebagai seorang cikgu mengaji di kampungnya. Adeeb juga bekas penceramah di masjid atau surau kampung hal...
90.2K 5.1K 29
"i love you " " please don't say that again " "but I really love you " " I said STOP" read this story kalau nk tahu dgn lebih lanjut k cawwww
190K 19K 26
+Semuanya kisah tentang anak pertama kita. Terima kasih sebab bertahan selama 9 bulan, Saya sayang awak❤ 27/8/2017; 5 In Short Story🌸 31/8/2017; 4 I...