✔ Tunang Paling Sweet + jjk

By peachjeons

224K 22.4K 3.2K

Memang tidak pernah dibuat orang, cikgu bertunang dengan anak murid sendiri. Dah gila ke?! Lagi-lagi ini buka... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
Teaser
CHAPTER 33
CHAPTER 34
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
Epilogue
SPECIAL CHAPTER 😘

CHAPTER 22

3.3K 395 70
By peachjeons

Jineul melangkah masuk ke sekolah dengan senyuman. Akhirnya dapat juga dia berjumpa Jungkook. Matanya melilau mencari kelibat Jungkook dipagi hari. Biasanya lelaki itu akan tiba disekolah pada jam 7.15 minit pagi.

Jineul mengerling jam tangannya. Sudah pukul 7.20 minit pagi, pasti Jungkook sudah sampai disekolah.

Kakinya mengorak langkah ke tempat letak kereta bagi para guru. Sebuah senyuman terukir di bibir tatkala kelibat kekasih hati bermain di ruang mata.

"Cikgu Jeon!" Panggilnya. Gadis itu berlari anak ke arah Jungkook lalu memeluk lelaki itu erat. Rindu!

Jungkook ketawa kecil. Terkejut juga dia tadi kerana tiba-tiba sahaja ada orang memeluknya. Rupanya Kim Jineul si kekasih hati.

Tangan besarnya mengelus lembut rambut panjang Jineul.

"Rindu sangat ke dekat cikgu?" Usiknya manja.

Nasib baiklah tempat letak kereta bagi para guru sunyi sahaja. Tidaklah dia tertangkap sedang bercinta dengan pelajar sendiri.

"Rindulah. Kitakan lama tak jumpa." Jineul merungkaikan pelukan. Terlepas rasa rindu dihati tatkala menatap wajah kacak Jeon Jungkook. Terasa dirinya bertuah kerana memiliki lelaki sekacak Jeon Jungkook. Dalam diam, dia berbangga kerana Jungkook memilih dirinya.

Jungkook tersenyum kecil. "Cikgu pun rindu. Rindu nak makan dengan awak. Rindu nak berbual dengan awak. Rindu nak usik awak." Jungkook mencuit hidung Jineul manja.

Jineul tertawa kecil. Sungguh pandai Jungkook menceriakan harinya.

"Cikgu pergi dulu ya. Nanti lambat pula masuk kelas." Kepalanya Jineul digosok perlahan.

"Jakkaman." Jineul memegang tangan Jungkook yang ingin berlalu pergi.

Jungkook mengangkat keningnya. "Apa?"

"Petang ni, kita keluar?"

Jungkook tersenyum. "Ok, nanti pukul lima petang cikgu datang ambil awak dekat rumah."

🍁

"Bahh!" Kejut Yeoreum pada Yoongi yang sedang berjalan seorang diri di koridor kelas.

"Tak terkejut." Kata Yoongi dengan wajah kosong.

"No fun la kau Yoongi." Yeoreum menumbuk bahu Yoongi perlahan. Yoongi memang sukar untuk diajak bergurau senda dengan sesiapa sahaja dipanggil hari. Almaklumlah, masih dalam mood tidur.

"Petang ni keluar jom." Ajak Yoongi.

Yeoreum mengelengkan kepalanya. "Tak bolehlah. Aku ada kelas dengan Cikgu Jeon petang ni."

"Kelas kau kan start pukul lima petang. Sempat lagi aku rasa kalau kita lepak dekat kedai serbaneka lepas balik sekolah. Lama tak lepak dengan kau. Rindu." Adu Yoongi. Mulutnya sengaja dimuncungkan dan tangan digabungkan bersama tanda merayu, berharap agar Yeoreum setuju.

"Tak bolehlah. Aku ingat nak buatkan dia kimbap. Sedap juga makan sambil belajar." Terang Yeoreum. Semalam sebelum tidur, dia memang ada merancang untuk membuat kimbap. Kata Halmonie Jeon, kimbap adalah salah satu makanan kegemaran Jungkook. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengambil hati Jungkook.

"Kalau macam tu tak apalah." Yoongi menguis-nguis kakinya.

"Apa kata kau join kelas aku dengan dia?" Cadang Yeoreum. Bagus juga kalau Yoongi ada bersama, tidaklah sunyi sahaja nanti.

Yoongi mengeleng perlahan. "Tak naklah aku kacau kau dengan Cikgu Jeon."

"Mana ada kacau."

"Ceh, macamlah aku tak tahu yang kau nak berdua-duaan dengan Cikgu Jeon." Usik Yoongi.

"Mana ada!" Pangkah Yeoreum.

"Nae nae. Yang penting aku tak join petang ni. Lain kali ya kita keluar. Aku dah bagi chance ni, baik kau guna betul-betul untuk tambat hati tunang kesayangan kau tu." Usik Yoongi bersama sengihan nakal. Dia sudah bersedia untuk membuka langkah kerana dia tahu yang Yeoreum akan meletup tidak lama lagi.

"Yah Min Yoongi!"

🍁

"Sorry lambat." Ucap Jineul selepas melangkah masuk kedalam perut kereta Jungkook.

"Tak apa." Jungkook tersenyum manis.

Dalam perjalanan mereka, Jungkook hanya berdiam diri. Selalunya lelaki inilah yang paling banyak bercakap dan bergurau senda dengannya.

"Kenapa cikgu diam je hari ni?"

"Cikgu rasa macam cikgu ada lupa sesuatu." Jungkook mengerutkan dahinya. Memang dari tadi dia rasa macam ada sesuatu yang dia lupa. Tapi apa ya? Lupa tutup pili air dalam bilik air ke?

"Mainan perasaan saja tu. Cikgu jangan risaulah." Jineul menggosok bahu Jungkook perlahan. Cuba mengurangkan resah dihati Jungkook.

Jungkook melemparkan senyum pada Jineul. Namun hatinya tetap berasa resah. Ya tuhan, apa yang dia lupa ya? Janganlah itu perkara yang penting.

🍁

"Siap." Yeoreum menghidangkan pinggan yang berisi kimbap diatas meja berkaki pendek diatas gazebo dihalaman runahnya.

Dia tersenyum kecil melihat hasil masakannya. Harap Jungkook suka nanti.

Jam ditangan dikerling seketika. Sudah pukul 5:10 minit petang. Yeoreum melilaukan mata keluar pagar, mencari kelibat kereta Jungkook. Sepatutnya Jungkook dah sampai pada waktu begini.

Dia melabuhkan punggung diatas gazebo. Sebelah tangannya menongkat dagu dan sebelah lagi bermain dengan pensil.

"Mana Cikgu Jeon ni?" Rungut gadis itu perlahan. Matanya mengerling jam ditangan buat kedua kalinya.

5:30 petang.

Mungkin dia tengah on the way. Kata Yeoreum dalam hati. Dia cuba berfikir positif. Biasalah manusia, bukannya selalu menepati masa.

Wajahnya bertukar mendung. Takkan dia lupa pula.

Tunggu punya tunggu. Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Yeoreum memandang sayu kimbap yang terhidang dihadapannya.

Sedang asyik dia mengelamun, seseorang menepuk bahunya.

Lantas dia memalingkan muka. "Cikgu Jeo--oh, mama."

Wajahnya yang ceria bertukar sayu kembali.

"Jungkook tak datang ya?" Soal Puan Han lembut.

Yeoreum mengeleng perlahan. "Tak."

Puah Han tersenyum manis.

"Dia sibuk kot. Mungkin dia ada hal yang harus diselesaikan." Tangannya mengelus rambut panjang Yeoreum. Bukannya dia tidak perasaan wajah kecewa anak gadisnya.

"Mungkin."

"Kamu boleh tolong mama?"

"Tolong apa mama?" Soal Yeoreum.

"Temankan mama pergi mall. Handbag mama dah koyak. Nak beli yang baru"

"Okay. Tunggu kejap tau. Yeoreum nak tukar baju." Yeoreum bangun dari duduk. Kimbap juga tidak lupa diambilnya. Letak dalam peti sejuk sahajalah, boleh makan malam ni.

"Mama tunggu dalam kereta." Bahu anak gadisnya ditepuk perlahan.

🍁

"Kita nak buat apa dekat mall ni Cikgu Jeon?" Soal Jineul berkerut dahi.

"Dating lah. Kita makan-makan, shopping." Senyum Jungkook.

Jineul hanya mengangguk. Tidak pernah lagi Jungkook mengajaknya pergi ke mall, selalunya kalau mereka merancang untuk bertemu, mereka akan pergi ke cafe atau taman.

"Jom?" Jungkook mengengam tangan Jineul bersama senyuman. Bukannya selalu mereka keluar bersama, jadi dia perlu menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin.

"Jom."

🍁

"Yeoreum, mama nak pergi toilet sekejap. Kamu tunggu dalam kereta ya." Kumci kereta diserahkan pada Yeoreum.

Yeoreum hanya mengangguk. Telefon dikeluarkan dari poket lalu melayari laman sosial sambil melangkah. Jangan ingat dia tiada laman sosial walaupun dia tidak mempunyai ramai kawan.

Sedang asyik dia melihat telefonnya, seseorang merepuh badannya membuatkan telefonnya jatuh ke lantai.

Dia merengus kasar. Tangannya mengambil telefonnya yang jatuh.

"Saya minta maaf." Kata seorang lelaki dihadapannya. Yeoreum yang masih duduk mencangkung mengangkat wajahnya.

"Cikgu Jeon?" Yeoreum berkerut dahi. Dia buat apa dekat sini? Takkan ada urusan dalam mall pula.

"Cikgu Jeon buat apa dekat sini?"

"Umm, cikgu--" Jungkook menggaru tengkuknya.

"Eihh, Yeoreum." Sapa Jineul yang baru tiba bersama senyuman. Mungkin baru pulang dari tandas.

Yeoreum menjeling.

"Patutlah tak datang ajar saya. Keluar dating rupanya." Yeoreum tersenyum sinis. Mati-matian dia ingatkan Jungkook ada hal. Rupa-rupanya..

"Ajar?" Jungkook mengerutkan dahinya.

"Ya Tuhan, cikgu lupa." Jungkook menepuk dahinya. Yaishh, pabo Jeon Jungkook. Mesti Yeoreum marah benar dengan dirinya tika ini. Sudahlah dia tidak datang kerana keluar dengan Jineul, mesti gadis itu semakin panas hati.

"Memanglah cikgu lupa, saya bukan penting bagi diri cikgu." Yeoreum melangkah pergi. Matanya yang berair cuba disembunyikan dari pandangan mata Jungkook.

"Awak tunggu sekejap ya." Kata Jungkook pada Jineul. Pantas kaki mengejar Yeoreum yang sudah jauh dihadapan.

"Han Yeoreum." Jungkook mengapai lengan gadis itu namun ditepis kasar.

"Apa?!"

"Cikgu minta maaf. Cikgu betul-betul lupa. Cikgu tak sengaja." Rayu Jungkook. Tangannya masih mencuba untuk memegang tangan gadis itu namun Yeoreum mengelak.

"Maaf? Cikgu tahu tak, saya buatkan kimbap untuk cikgu? Tapi cikgu tak datang. Saya ingatkan cikgu ada hal penting, tapi rupa-rupanya cikgu keluar dengan dia."

"Maaf." Jungkook menunduk. Baru dia ingat yang dia ada kelas dengan Yeoreum. Rupanya inilah perkara yang dia lupa. Sudahlah gadis itu buatkan dia kimbap, pasti Yeoreum kecewa dan marah benar dengan dirinya.

"Saya tak kisah cikgu nak keluar dengan dia dan saya tak nak ambil kisah pun. Cikgu pentingkan diri cikgu sendiri. Saya dah tolong cikgu, saya dah bertunang dengan cikgu tapi apa yang cikgu balas? Cikgu tak balas apa-apa. Cikgu tak sanggup korbankan masa cikgu demi saya. Bukankah kita dah berjanji untuk saling tolong-menolong?" Luah Yeoreum. Dia cuba menahan air matanya yang akan pecah pada bila-bila masa sahaja. Dia tidak mahu kelihatan lemah dimata Jungkook.

"Yeoreum." Sekali lagi Jungkook ingin memegang tangan Yeoreum.

"Jangan sentuh saya." Tepis Yeoreum. Pantas kakinya berlari pergi. Tidak sanggup lagi menghadap muka Jungkook. Hatinya cukup terluka dengan perlakuan Jungkook.

Jungkook mengeluh. Kenapa dia bodoh sangat. Pasti Yeoreum terasa hati dengan kelakuannya. Dapat dia lihat betapa kecewanya gadis itu sebentar tadi. Memang benar dia pentingkan diri. Gadis itu sudah berkorban untuk bertunang dengannya, tapi dirinya sendiri? Langsung tidak berkorban untuk Han Yeoreum.

TBC

Umm, saya akn updt pd hari jumaat or sabtu. Sbb sya dh f5..x boleh main phone selalu sbb nnt tkut kena rmpas 😭so...masa cuti lah ya saya updt..

Continue Reading

You'll Also Like

75.8K 5.9K 32
-❝Jungkook - ah ~♡ ❝Aku sayang kau .❞ ❝ 2019 Short Story ❞
184K 25K 23
Tiada siapa yang berani dekati Jeon Jungkook. Hanya seorang gadis sahaja yang mampu jinakkan lelaki segarang itu. Start : 22/9/2018 Status: Completed...
124K 21.9K 32
Kerja yang dipinta, bahaya yang menyusul. Awas, jangan biar dia hembuskan oksijeon. Photo for cover: Credit to rightful owner on pinterest. /Canva De...
1.9K 231 11
" 𝓘𝓼 𝓽𝓱𝓮𝓻𝓮 𝓪𝓷𝔂𝓽𝓱𝓲𝓷𝓰 𝔂𝓸𝓾 𝓷𝓮𝓮𝓭 𝓯𝓻𝓸𝓶 𝓶𝓮 , 𝓼𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 ? " A Kim Taehyung Short Story . 30 Dec 2019 [ C ]