"Hei! Jangan nak buat tak endah ya.Siapa izinkan kau untuk baca fikiran aku hah! Apa lagi yang kau tak beritahu aku! Cakap cepat!"marahnya dengan hidung kempis nak hilang sabar.

Kaiser hanya memejamkan mata, berbuat tidak dengar akan pertanyaan Diane. Bukannya dia saja-saja dengar apa yang Diane fikirkan.  Dah nama pun secret knight...tak ada yang dia boleh lakukan mengenainya. Terima je la.

Sikap acuh tidak acuh Kaiser mengundang marah Diane. Hal itu hanya membuatkan gadis itu berang lalu memukul dada itu dengan buku yang dipegang.

BUK!Terbuka luas terus mata Kaiser kerana sebu dek pukulan itu.

Sambil mengerengkot memegang dada, Kaiser terbatuk."Uhuk!"Sakit bhai!

Diane berdengus puas hati. Rasakan!

Bengang punya pasal Kaiser pun bangun dari situ lalu bersila menghadap Diane dengan marah. "Woi! Kau kenapa! Sakit tau tak!" Kaiser menjerkah dengan kening berkerut sewaktu memandang Diane dengan kening mencerlung. Suka hati betul!

"Hmph!"Diane silangkan tangan ke dada sewaktu palingkan kepala ke kanan. "Habis tu aku cakap dengan kau, kau buat tak tahu je siapa suruh." kata Diane dengan muka bercemberut masam. Ingat dia tak pandai marah ke!

"Dah kau tu banyak soalnya siapa suruh." sentap Kaiser dengan jengkel.

Diane palingkan muka semula ke Kaiser dengan kening berkerut.Tanya aje pun. Bukannya kena keluarkan duit ke apa. Lantak situ, nak tanya jugak! "Jadi selama ni sepanjang aku bersama dengan kau, kau boleh tahu apa yang aku fikirkan?"tanyanya lagi.

Sambil pandang Diane dengan kening mencerun Kaiser mengusap dada,cuba nak hilangkan rasa sakit. Dia berkira-kira nak jawab ke tidak. Nanti kalau tak jawab dia yang dimarah. Kalau di jawab nanti di tanya lagi soalan lain. Grr! Mak nenek la Diane ni!

"Tak selalu."gerutunya. "Kadang-kadang jer. Kalau aku nak, aku dengar. Kalau aku tak nak memang aku tak peduli langsung pasal kau." jawab Kaiser dengan nada tak berminat.

Diane buat muka, terkejut dan jengkel pada masa yang sama. Dia mengigit bibir menahan sabar. Ihh...sukanya la kan. Boleh  pulak switch on switch off baca fikiran dia. Ingat dia ni lampu ke!

"Jadi sebab tu ke kau boleh tahu aku dalam bahaya ke tak?Sebab tu la kau selalu ada masa aku dalam masalah?Sebab kau boleh dengar aku?"tanya Diane tanpa henti lepas tu.

Kaiser lepaskan hela nafas panjang. Tengok, kan dah beritahu. Mak nenek ni mesti akan tanya dia soalan lagi punya.  Dia buat muka letih masa pandang Diane. Kecik besar je dia perhatikan. Banyak sungguh soalannya. Ingat dia ni bank jawapan apa. Tanya itu, tanya ini.

"Ya. Sebab tu. Sekarang kau tutup mulut atau aku yang tolong kau tutup mulut tu. Serabut la dengar!"

Diane mencebik bibir menyampah sambil perhatikan Kaiser yang masih mengusap dada. "Sakit sangat ke?"Diane mengesot rapat ke Kaiser sejurus itu.

Nak dia jerit depan muka tu ke baru faham bahasa! Ya tuhan! Kenapa la Diane ni tak boleh berhenti dari bertanya. " Nampak aku tengah happy ke gosok dada ni?" sindir Kaiser sewaktu jeling.

Diane angkat tangan lalu mengusap tempat yang dia pukul dengan buku tadi. "Sorry..." ucapnya dengan perlahan.

Kaiser kemudiannya turunkan tangan lepas Diane sentuh dada dia. Tanpa berkata apa-apa, dia hanya membiarkan tangan Diane yang mengusapnya pula.

Semakin dia benci pada Diane entah kenapa semakin suka pulak dia bila orang ini dekat dengannya. "Wei..." panggilnya.

Diane angkat matanya dari dada Kaiser ke mata lelaki tu. "Apa?"sahutnya.

"Aku bencikan kau tau tak.."lafaz Kaiser masa tatap muka Diane.

Diane balas ucapan tu dengan jelingan menyampah. Dia tolak dada Kaiser yang sedang di usap itu dengan perlahan.

Hish! Tak guna punya perangai! Menjengkelkan!

"Macam la kau sorang...aku pun..."balas Diane.

Kaiser tersentak lepas Diane berhenti dari mengusap dada dia."Eh...siapa suruh berhenti! Sakit lagi ni hah..." arah dia dengan garang.

"Tadi kata tak suka...buat apa aku teruskan lagi." balas Diane.

Kaiser tarik tangan Diane lalu di bawa ke dadanya semula. "Tak ada-tak ada...kau hutang aku banyak...kau patut balas semua  kebaikan aku dengan melayan aku baik-baik.."

Diane buat muka 'what the heck' lepas dengar. Buang tebiat apa Kaiser ni.  Sekejap cakap macam tu sekejap cakap macam ni! Tak serupa bikin betul. "Kepala otak kau!" Diane terus tepis tangan Kaiser lalu tolak lelaki tu sampai terbaring ke belakang. "Memang tak la!"bidasnya serta merta.

"Hei!"marah Kaiser masa bangun dari terbaringnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now