Episode 38

1.7K 150 4
                                    

Pagi tu, matahari tegak memancar, angin sepoi-sepoi bertiup menghembus masuk ke dalam melalui jendela.

Meniup langsir putih yang menyapu lantai itu  dengan lembut.

Disebelah jendela itu pula terdapat sebuah katil dimana Diane sedang baring mengiring terlena.

Deru angin dan silau cahaya terang buatkan lenanya terganggu. Dia terkutik setelah itu sebelum mata itu perlahan-lahan terbuka.

Sebaik ia terbuka, dengan lama dia memandang kosong kanan katilnya yang kosong itu. Dia kedipkan mata satu kali, dua kali lalu melepaskan  nafas panjang. Perasaannya waktu ini ibarat seperti nyawa baru kembali masuk ke dalam badan je rasanya.

"Kamu dah sedar?"tegur Lady Jane sewaktu berdiri di tepi katil menghadapnya.

Diane hanya diam memandang Lady Jane. Tiada kata-kat yang terlintas dalam fikirannya saat ini. Badan dia masih berasa lesu dan fikirannya masih samar-samar.

"Nampaknya kamu dah sembuh sepenuhnya." kata Lady Jane lagi sebelum tersenyum ke Diane.

Memangnya berapa lama dia terlantar dekat sini. Diane bangun dari baringnya. Setelah dia duduk bersila dengan malas, tangannya mengusap perut perlahan-perlahan. Tempat dimana dia ditikam tidak lagi dalam kesakitan.

"Nampaknya perubatan bilik rawatan ni semakin bagus..."seloroh Diane dengan suara bangun tidurnya sewaktu pandang Lady Jane.

Lady Jane tersenyum senang. "Mesti....lihat lah siapa jururawatnya."guraunya.

Masa itu la Doktor Abiel muncul dari sebelah kanan lorong katil-katil di situ. Sambil wanita itu jalan, sambil itu dia bercakap.

"Hei...sleepy head. Tengok siapa yang sudah bangun dari tidur panjangnya..."sapa dia dengan senang hati.

Diane yang dengar pandang Doktor Abiel dengan kening terangkat tinggi sebab tersentak dengan kehadiran tiba-tiba wanita itu.

Lady Jane meletakkan dulang berisi ubat itu di almari sebelah katil sebelum beredar meninggalkan dua orang itu sendirian.

Doktor Abiel melirik ke Lady Jane masa wabita itu berselisih dengan dia. Setelah itu dia berhenti dekat sebelah katil tu menghadap Diane.

"Macam kana keadaan kamu?Dah rasa membaik?"tanya dia dengan nada lemah lembut. Bekas berisi ubat tadi kemudiannya di sua ke Diane.

Diane termangus sekejap masa pandang muka penuh aura Doktor Abiel. Lepas sober dari mamainya baru la dia mengangguk kepala.

"Berapa hari saya tak bangun?"tanya Diane semasa mengambil penutup berisi ubat itu lalu di telan sekali gus sebelum meneguk sedikit air.

"Empat hari."jawab Abiel sewaktu tatap wajah lesu Diane. Comel saja anak ini. Dan dalam masa yang sama dia berasa kasihan.

"Um. Saya okay."jawab Diane dengan perlahan. Tiba-tiba rasa canggung pula bila di tatap macam tu dengan Doktor Abiel. Dia tunduk memandang cadar yang menyelimut badannya.

Sambil tersenyum nipis, Doktor Abiel pu. mendekati Diane. Dia tunduk kemudiannya mengangkat tangan mengusap kepala Diane. Anak ini perlu tahu apa yang dia telah lakukan.

"Diane...hanya kamu sahaja."bisiknya setelah itu.

Diane mengangkat kepala. Dia jungkit kening tak faham semasa memandang muka Doktor Abiel yang begitu dekat dengan mukanya.

"Hah?"nganga dia kebingungan. "Apa yang hanya saya?"soal dia.

"Hanya kamu sahaja yang saya tidak hapuskan ingatannya."jawab Abiel sebelum berdiri tegak dan menyeluk tangan ke dalam poket jubahnya.

Diane terdiam sekejap. Dia pandang tak percaya ke Doktor Abiel. Buat beberapa saat tiada apa-apa yang keluar dari mulutnya. Dia bukannya marah atau terkejut dengan tindakan Doktor Abiel. Sebabnya bukan kali pertama Doktor Abiel lakukan hal ini untuk dia. Pendek ceritanya sejak dia jejak kaki kr dalam bilik rawatan ni lagi, Doktor Abiel dan Lady Jane sering membantunya.

Bahkan dia sudah anggap mereka berdua seperti ibu dan kakaknya sendiri.

Dia cuma hairan.

Setahu dia dalam akademi ini hanya dia seorang saja mempunyai kuasa Pelupus Ingatan. Malah mana-mana manusia dalam negara ni tiada kuasa yang sama sepertinya.

Jadi dia tertanya-tanya. Siapakah Doktor Abiel yang sebenar-benarnya. Kenapa wanita ini boleh mempunyai kuasa Pelupus Ingatan sama sepertinya.

"Terima kasih." ucap Diane sebelum tersenyum nipis.

"Sama-sama."balas Doktor Abiel dengan senyuman lebar di bibir.

Diane kemudiannya palingkan kepala memandang ke luar tingkap. Cuaca cerah dan berangin. Seperti tiada apa-apa telah berlaku, hari berlalu begitu sahaja.

Tersentak baru teringatkan sesuatu, Diane palingkan kepala memandang cemas ke Doktor Abiel. "Mana Kaiser?Master Vena tak apa-apa ke?"tanya dia yang baru teringat apa yang menimpa mereka berdua.

"Kaiser tak apa-apa. Dia keluar dari wad dua hari lepas. Master Vena dia tak cedera. Hanya pengsan saja."jawab Doktor Abiel dengan nada memujuk.

Diane yang dengar terus melepaskan nafas lega. "Bagus la...saya serba salah pada mereka berdua."katanya sambil tunduk memandang ke jari jemarinya.

Doktor Abiel kembali mengusap kepala Diane dengan kasih. "Kamu boleh keluar hospital awal kalau kamu nak, kalau kamu tak nak saya boleh buat surat untuk kamu nanti sebagai pengecualian masuk ke kelas. "ujar Abiel.

Diane angkat kepala lalu pandang ke Doktor Abiel dengan senyuman terpaksa di bibir. "Tak apa...saya boleh keluar hari ni."Dia menguak rambut hitam berkilatnya ke belakang sebelum rambut itu bertukar warna menjadi ungu violet.

"Baik la kalau itu mahu kamu."angguk Doktor Abiel.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now