Episode 65

1.5K 132 0
                                    

Petang hujung minggu, Sky bawa Casia dating keliling pekan bersama-sama. Saja hendak luangkan masa memandangkan sudah lama mereka tidak keluar gara-gara Sky sibuk dengan penilaian akhir.

Dari awal pagi hingga la ke lewat petang tu mereka ke sana dan ke sini melawat tempat untuk mencuci mata.

Setelah itu, baru la mereka singgah ke tempat terakhir sebelum pulang ke akademi.

Pintu itu dibukakan untuk Casia sebelum Sky di hadapannya menariknya masuk ke dalam bar tersebut.

Lalu kehadiran mereka itu disambut oleh seorang pelayan lelaki dengan mesra.

"Selamat datang, berapa orang?"tanya pelayan itu kepada Sky.

"Dua."jawab Sky yang kemudiannya palingkan kepala ke Casia. "Awak, saya nak ke tandas. Duduk dulu ambil pesanan ya.."psannya dengan tergesa-gesa. Tak tahan dah!

Casia mengangguk kepala lalu mengikut pelayan itu ke sebuah meja. Dia tarik kerusi di situ sebelum duduk menghadap pintu keluar. Sedang dia cuba selesakan diri, pelayan lelaki di depannya itu bertanya.

"Seorang sahaja?Seorang lagi mana?"tanya pelayan itu kepada Casia sewaktu mengelap meja kayu tu dengan kain lap.

Kening Casia terangkat sebelah. Dia buat muka tak faham dengan soalan itu. Tak Nampak ke Sky berjalan masuk dengan dia tadi.Memangnya Sky tu hantu ke sampai tak nampak?"Kenapa tanya soalan macam tu?"tanya dia lepas tu.

Pelayan itu tersenyum lalu berdiri tegak. "Tak ada la. Biasanya kan kamu selalu datang berdua dengan kawan baik kamu. Hari ni dengan teman lelaki je?Mana kawan kamu yang lagi seorang tu?Dah lama tak datang sini" ujarnya yang teringat akan gadis berwajah manis yang berambut boleh bertukar warna ikut mood itu.

Semakin berkerut kening Casia lepas dengar. Kawan?Selain Sky dia pernah ajak orang lain ke sini ke? Sambil buat muka berfikir dia pandang muka pelayan lelaki depannya. "Kawan?Saya ada bawa kawan datang ke sini?"tanya dia dengan bingung. "Seingat saya tak pernah pulak saya ke sini dengan mana-mana kawan kecuali Sky..."ujarnya.

Pelayan lelaki itu ketawa kecil. Dia buat muka tak percaya. "Aik..pandai bergurau pulak. Mesti la ada. Kamu berdua adalah pelanggan tetap kedai ni. Takkan la saya silap pulak...ya tak mengapala kalau begitu. Macam biasa ke?"tanya dia tidak mahu lagi panjang isu ini.

Casia menganguk kepala. Memandang bingung ke arah pelayan lelaki itu.

"Baik...pesanannya akan sampai sebentar lagi." pamit pelayan tu sebelum berpaling dari situ.

Casia yang ditinggalkan termenung memikirkan soalan yang ditanya tadi sehingga la Sky mengambil tempat di depannya tak lama kemudian.

"Dah buat pesanan?"tanya dia masa selesakan diri dekat kerusi.

Casia angguk kepala sambil tersenyum sebelum balas. "Mm...sudah. Saya order macam biasa."

Sky kemudiannya tersenyum pada Casia.

Sementara Casia pula kerlingkan matanya memerhati sekeliling bar itu dengan lama.

Ya memang betul perasaannya tidak asing dengan suasana bar ni. Tapi entah kenapa dia tidak dapat ingat apapun tentang kedai ini.

"Lama tak datang sini kan..."tanya Sky sewaktu perasan Casia diam melihat sekitar kedai ini.

Casia pun palingkan muka ke Sky. Makin hairan. Apa maksudnya. "Bukan ke kita selalu datang sini ke?"tanya dia.

Sky menjungkit kening sambil tersenyum sewaktu buat muka kehairanab.

"Apa maksud awak, nak kata selalu datang ke sini tak adalah tapi kadang-kadang tu ada.Sebab saya kan sibuk..."jawab Sky dengan selamba.

Casia buat muka. Dia pandang meja di bawah tangannya. "Tapi kenapa saya rasa macam selalu datang ke sini?Dengan seseorang...bukan senior ke?"dia pandang semula ke Sky. Kenapa dia rasa ada sesuatu yang tertinggal?

Senyuman di bibir Sky pudar. Lelaki itu senyum janggal ke Casia apabila tersedar sesuatu. Ya tak ya...dia terlupa yang bar ini tempat Diane dan Casia selalu lepak bersama di hujung minggu.

"Ha..yalah. Betullah tu." tipunya. "Kita selalu datang sini sebelum jadi pasangan kekasih..." angguk Sky dengan sengih terpaksa dia.

Casia menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Keningnya berkerut. Berasa sangat pelik dan hatinya juga begitu. Seperti ada yang tidak kena telah berlaku. Di bar ini. Sesuatu yang sangat buruk. Tapi apa dia?

"Dah lah tu...jangan di fikirkan sangat. Mungkin perasaan awak tu hanyala dejaa voo." Sky menepuk tangan Casia dengan perlahan untuk pujuk.

Casia pandang ke Sky buat seketika lalu  tersenyum dan mengangguk kepala. Ya..mungkim deja vu saja....kepalanya digeleng untuk menepis segala perasaan yang menganggu fikirannya ini.

Dia banyak fikir agaknya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now