Episode 88

1.5K 125 0
                                    

Angin bertiup kuat sewaktu satu kumpulan orang muncul secara tiba-tiba di depan pintu masuk istana itu. Membuatkan pengawal yang berkawal di depan pintu berdiri tegak, awas dengan kehadiran orang asing di situ. Namun mereka mengundurkan diri sebaik melihat lelaki di hadapan sekali dalam kumpulan itu.

"Tuan Nadim!!"tabik pengawal-pengawal tersebut kepada lelaki di depan kumpulan itu.

Nadim hanya membuat muka tak seriusnya. Dia berjalan masuk ke dalam istana itu dengan langkah tergesa-gesa. Tak ada masa yang dia mahu buangkan memandangkan keadaan agak genting sekarang ni. Sambil berjalan tu dia toleh ke belakang melihat orang yang sedang mengekori langkahnya itu. Tak seperti dirinya yang mahu lekas, orang itu sempat lagi tengok-tengok sekeliling istana dengan mulut ternganga.

Oleh kerana tidak sabar, dan dia sendiri mahu cepat pergelangan tangan itu di cengkam lalu orang ini di tarik ke depan supaya cepat. Bukan sekarang masanya nak mencuci mata.

"Hei!Apa ni?"marah Diane di sisinya.

"Lambat!!"gerutu Nadim yang kemudiannya jalan ke depan terlebih dahulu bersama Diane.

Mereka kemudiannya tiba di hadapan sebuah bilik dimana pintunya tertutup rapat. Diane yang cuba pulas tangannya dari cengkaman tu buat muka. "Apa kita buat dekat sini?Ini bilik apa?"tanya dia dengan muka cuak. Hish! Takkan la mereka nak apa-apakan dia dalam bilik ni nanti!

Nadim tidak berkata apa-apa. Dia hanya tolak pintu itu ke dalam, jalan ke depan dan tarik Diane Bersama untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Lelaki yang mengiring mereka tadi stay di luar. Sementara Kaiser ikut dari belakang lantas tutup pintu tersebut.

Kaki Diane tersandung-sandung sebab nak cepat menyaingi langkah kaki Nadim yang sangat luas dan cepat tu. Kalau ada skru dekat kaki lama dah kaki ni ikut tertanggal! "Hello! Mister! Saya cakap dengan awak ni! Nak ke mana kita sebenarnya dari tadi ni?"soal Diane semasa mereka berjalan menyururi satu lagi koridor dalam bilik tu sehingga la tiba di sebuah slidding door gergasi.

Dengan sendiri slidding itu bergerak terbuka lalu mendedahkan akan isi di dalamnya.

"Masuk.."arah Nadim sambil dorong Diane supaya masuk ke ruangan tersebut.

Mata bulat Diane pandang tak berkedip lelaki di sebelahnya.

"Saya kata masuk. Jangan nak buang masa boleh tak?"gerutu Nadim dengan kening berkerut.

Malas nak berbalah Diane buat muka lalu palingkan kepala dari Nadim lantas masuk ke dalam ruangan tersebut.

Kaiser yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Dia berdiri sandar pada dinding setelah itu. Tangannya di silangkan ke dada. Melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dan air mukanya dingin tiada emosi.

Setelah itu Nadim tutup semula slidding door tersebut lalu berpaling dari situ. Semasa dia berjalan mahu ke arah pintu semula, dia ternampak Kaiser dekat tepi jendela. Sambil ketap gigi menahan sabar dia jalan lekas lalu berhenti dua langkah dekat depan lelaki tu.

"Kau lambat."getus Nadim dengan kening mencerlung.

Kaiser diam buat seketika. Tanpa memandang Nadim, pandangannya terarah pada kawasan hutan dekat belakang istana menerusi jendela tu. "Aku pun ada kepentingan aku jugak yang perlu di uruskan."katanya dengan nada mendatar. "Lagipun raja kau tu dah suruh cucu kesayangan dia bunuh kakak dia sendiri...kau rasa ingat senang ke nak bawa dia ke sini. Aku tak boleh paksa dia selain dia dengan rela hati mahu ke sini.."balas Kaiser acuh tak acuh.

Nadim buat muka, agak terkesima dengan jawapan bekas rakan baiknya ini. Selama enam bulan dia tunggu berita dari Kaiser .Tapi lelaki ni senyap saja sejak kali terakhir dia berhubung supaya Kaiser bawakan Diane ke sini selepas mereka pulang ke Puak Bulan Biru. Ini tidak malah berlovey dovey pulak dekat situ! "Hei manalah aku peduli semua tu! Kau dah janji dengan aku kan. Kau akan bawa dia terus ke sini. Kalau raja tak sempat jumpa macam mana?"

Kaiser palingkan kepala ke Nadim. A.k.a bekas pelajar Master Xavier sendiri. Awalnya ada dua calon sebenarnya. Selain dia, Nadim adalah anak murid yang diambil oleh Master Xavier sendiri untuk dijadikan perintis dan Guardian Diane. Tapi Nadim telah pilih untuk berpaling tadah demi lelaki tua yang tengah sekarat sekarang ni. Sambil buat muka. Dia memandang bosan.

"Apa masalahnya sekarang...orang tua sempatkan jumpa Diane."gerutu Kaiser.

"Hei...aku tolong kau ini kau balas dekat aku?"soal Nadim dengan muka tak percaya.

Kaiser yang dengar lagi la tak percaya. Dia tolak badannya dari dinding lalu berdiri menghadap Nadim dengan berani. Dia tak takut dengan Nadim walaupun tahap kuasa yang mereka berdua miliki sama-sama serata. Tapi dia lebih besar dari Nadim dan dia adalah penjaga rasmi Diane.

"Tolong?Oh really?Kau khianati Master Xavier demi menjaga lelaki tua yang telah buatkan hidup kita semua sengsara. Dan kau persoalkan hal tu?Memangnya berat pertolongan yang aku mintak dari kau?Hanya untuk kumpulkan cebisan kuasa Master Xavier tu susah untuk kau? Aku bagi peluang untuk kau beri penghormatan terakhir untuk dia..itu je!"luah Kaiser dengan kening berkerut kecewa. Itu pun nak berkira.

Nadim berdengus. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaket. Satu bebola cahaya sebesar kepalan penumbuk dipegangnya sebelum ditolak kasar ke dada Kaiser.

Sebulan selepas berita kematian Master Xavier diketahui oleh mereka di Puak Api Hitam, Nadim berusaha untuk capai Kaiser untuk bertanya mengenai hal itu. Dan apabila mereka berdua dapat berkomunikasosi, Nadim sertakan niat dia untuk bertemu dengan Diane selepas mengetahui Kaiser berada di Alvano Nova untuk menemui puteri mahkota mereka. Dan dari situ lah Kaiser buat perjanjian dengan Nadim. Sekiranya Nadim mahu menemui Diane, Nadim perlu bantu Kaiser kumpul semua cebisan kuasa yang di tinggalkan Master Xavier untuk diberikan kepada Diane sebagai kenang-kenangan memandangkan Kaiser tiada kesempatan untuk lakukan hal tu kerana sibuk di akademi.

"Ambil la tu...seperti yang kita janjikan, aku tak dapat kumpul dengan banyak. Ini je serpihan cahaya master yang aku dapat kumpulkan selama beberapa bulan ni.."getus Nadim dengan grumpy. Kaiser sengaja suruh dia buat semua ni, saja nak tambahkan rasa serba salahnya pada bekas masternya. Ya! DIa menyesal dan dia mintak maaf berpaling tadah. Tapi tak patut Kaiser lakukan hal ni pada dia.

Kaiser mengambil bebola kaca berisi seakan kelip-kelip tetapi bukan kelip-kelip ianya cahaya, serpihan tenaga milik Xavier yang hilang sewaktu lenyap tempoh hari itu. Dan dia mahukannya adalah untuk Diane simpan nanti. Sebab hanya ini saja cebisan Master Xavier yang Diane boleh sentuh dan lihat.

"Terima kasih"ucap Kaiser semasa mengangkat matanya dari bebola kaca itu ke Nadim. "Aku hargainya"

Tanpa berkata apa-apa lagi, Nadim berjalan keluar dari situ meninggalkan Kaiser begitu saja. Dia tak nak lagi ada kaitan dengan Kaiser lagi! Sebab tugasnya sudahpun selesai!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now