Episode 47

1.6K 153 0
                                    

Berdesup kuat seperti ada sesuatu yang panas menjalar masuk ke dalam perut lalu tembus ke tulangnya, Diane tunduk memegang tangan Frost yang ada di perutnya. Tak larat menahan sakit, dia lentokkan dahinya ke bahu Frost. "Apa yang dah berlaku?Bukan ke awak dah keluar dari akademi ni?"tanya dia dengan suara dalam kesakitan.

Boleh dia dengar akan bunyi urat dan tulangnya mula sembuhkan diri sendiri dalam kepalanya saat tenaga haba milik Frost mula menjalar dan melakukan tugasnya.

"Aku kena soal siasat selama dua minggu sebelum di bebaskan. Selepas aku di bebaskan aku di bawa pulang ke tempat tinggal aku untuk pulihkan semula keadaan yang telah menyebabkan seorang pelajar maut gara-gara aku nak kau mati"jelas Frost dengan nada perlahan.

Dia mengangkat kepala, memandang sakit ke wajah Frost. "Apa yang awak dah buat sepanjang masa tu?"tanya Diane.

Hela nafas dilepaskan sebelum dia berkata. "Aku berikan pampasan hayat kepada keluarga Daniel yang mana dia hanya mempunyai seorang nenek tua di kampung. Aku akan sara dia sehingga akhir hayat nenek tu.."ujar Frost sambil menggosok lembut bahagian rusuk Diane.

"Kemudian kenapa awak kembali ke sini?Nak teruskan rancangan untuk sakiti saya?"tanya Diane lagi sewaktu mencengkam kuat lengan Frost bila sakitnya menjadi-jadi. Nak elakkan dirinya dari menjerit punya pasal, dia sembamkan muka sepenuhnya pada dada Frost. Lantak la situ apa isu mereka. Apa dia tahu dia tak boleh jerit dekat sini macam impala nak kena sembelih.

"Aku nak tebus balik kesalahan aku pada kau."bisik Frost semasa kepala Diane berada dekat dengan bibirnya.

Tak dapat nak bendung lagi rasa sakit tu, Diane pun mengerang kesakitan. Sekarang dia boleh rasakan tulangnya sedang bersambung, Dan rasa sakit ini sungguh menyeksakan diam, sampai rasa seperti jantungnya di rentap-rentap pun ada.

Frost mendiamkan diri. Dia menyalurkan tenaga penyembuhnya kepada Diane dengan perlahan agar dia tidak mencederakan gadis itu kerana dia adalah puak api. Api adalah senjata yang sangat berbahaya, kalau salah guna teruk jadinya.

Diane perlahan-lahan mengangkat kepalanya. Dia menolak tangan itu agar jauh darinya lalu pandang muka Frost dengan kening mencerlung setelah proses penyembuhannya selesai. "Tebus apa?"tanya dia.

Melihat peluk yang merintik di dahi dan leher itu, Frost tergerak untuk menyekanya dengan tuala perlahan-lahan sambil tu. Setelah itudia bertentang mata dengan Diane muka serba salahnya. "Tebus balik apa yang aku nak lakukan sebelum niat aku untuk bunuh kau..."

Diane memandang Frost dengan kening mencerun. Apa yang Frost merepekkan ni. Nak tebus apa lagi. Perkara dah terjadi!Tiada apa-apa yang Frost dapat lakukan lagi. "Awak tak perlu tebus apa-apa. Sebab saya tak hutang apa-apa dengan awak dan awak tak hutang apa-apa dengan saya. Jadi jalani hidup awak tanpa terlibat dalam hidup saya, cukup lah sekali tu." katanya sambil gerak untuk bersandar pada headrest katil itu.

"Aku tahu.."balas Frost dengan wajah mendung. Dia termenung seketika saat memandang tempat dimana pisau belati pernah tertusuk di perut Diane. Setelah itu dia kembali memandang wajah tersebut sambil bertanya. "Macam mana dengan kesan tikaman tu?Dah hilang?"

Diane yang sedang ketakutan itu mengawal perasaannya agar tidak kelihatan. Dia telan air liurnya lalu membawa tangan ke perutnya secara automatik. "Dah okay."jawabnya dengan pendek. Sesisapa tolong bawa dia keluar dari sini! Takut dia kalau-kalau Frost akan sakiti dia atau apa nanti.

Frost menatap wajah Diane dengan lama sebelum bersuara. "Kenapa kau selamatkan aku hari tu?" soalan yang sentiasa bermain di fikirannya sejak dia berada jauh dari sini. "Aku dah tikam kau masa tu, tapi kau tetap hulurkan tangan untuk selamatkan aku."

Nafas Diane naik turun saat teringat akan kejadian yang menyakitkan itu. Bersama mata kemerahan mahu menangis, dia gigit bahagian dalam bawah bibirnya. Sebab dia ada perasaan terhadap Frost. Dia tersuka Frost pada masa itu. Sebab itu dia selamatkan Frost. Dia tak nak Frost mati gara-gara dia.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now