Episode 18

1.8K 166 2
                                    

Cuaca yang cerah dan berangin pada tengah hari itu telah membuatkan ramai pelajar ambil masa riadah itu untuk lepak di laman berumput akademi. Ramai yang bertapak dekat situ dalam kelompok masing-masing namun harmoni.

Sama ada hanya baring untuk berjemur, berbual sesama rakan atau pasangan masing-masing, menyiapkan kerja, membaca buku tidak lepas juga ada yang dating di situ.

Di depan pintu masuk, kelihatan Diane dan Casia sedang melangkah keluar dari bangunan itu. Sambil berjalan tu mereka berbual akan sesuatu yang seronok sampai bertepuk tampar mereka dibuatnya.

Setelah seorang dari mereka terlebih dahulu maju ke depan, pada masa itu la sebuah patung batu yang berada di puncak bangunan akademi itu bergerak-gerak diselangi dengan bunyi retakan setiap kali ia bergerak sebelum batu itu terjunam ke depan dan jatuh dari tempatnya.

Menuju tepat ke atas kepala tu!

Kejadian itu disedari beberapa orang pelajar yang berada berdekatan dan dalam perjalanan nak masuk. Mereka Nampak batu besar itu bergerak ke bawah dengan laju.

"Bahaya atas kepala tu!!"teriak mereka dengan kuat ke arah Diane yang berada di bawah runtuhan batu itu.

Tersentak dengan jeritan itu, Diane pun dongak memandang ke atasnya. Ingin tahu apa yang mereka jeritkan. Sesaat lepas dia pandang, secara reflex, perkara pertama yang Diane lakukan adalah tangannya serta merta mengeluarkan cahaya putih yang terang lalu meledak sebelum mengenai Casia.

Cahaya itu menyebabkan Casia tercampak beberapa meter dari situ serta merta.

KEDEBUK!

Taktala tubuhnya terbaring di atas rumput, bunyi deguman yang kuat kemudiannya kedengaran. Debu dan angin kuat bertiup. Suara orang menjerit cemas kedengaran serta merta. Tanah yang berada di bawah bergegar buat seketika. Membuatkan semua mengangkat tangan untuk melindungi muka masing-masing dari debu dan serpihan batu yang melayah sekitar tempat kejadian.

Sambil terbatuk-batuk menahan sakit di dada Casia mengangkat badannya dari rumput dengan susah payah. Sakitnya! Dah kenapa Diane campak dia macam ni?"Uhuk"batuknya semasa memegang perutnya yang terasa sebu kerana cahaya putih tadi mengenai betul-betul dekat perutnya. Setelah dia sober dari sakitnya dan berdiri, Casia pandang situasi di depannya dengan kening berkerut. Buat seketika dia hanya pandang saja.

Di depannya sekarang...terdapat satu kepala batu milik arca kesatria betul-betul dekat tempat dia dan Diane berdiri tadi. Beberapa serpihan batu serta debu dapat di lihat sekitar tempat runtuhan tersebut.

Perlahan-lahan reality menghentak kesedarannya. Casia membutang mata penuh kengerian sebelum menjerit. Tak mungkin!

"No!No! Diane!NO!"teriak dia semasa mendekati batu itu hendak pastikan Diane tiada di bawah runtuhan ini. Tolong jangan!

Setelah dia jalan sekeliling kepala kesatria itu, baru la dia Nampak Diane sedang terbaring dekat sebelah batu tu. Betul-betul dekat sebelah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Ya tuhan.Diane!"terus melutut Casia selepas itu. Dia dapatkan kawannya lalu di bawa kepala tu ke ribanya. Jangan la apa-apa berlaku pada Diane..."Diane...bangun wei"nangisnya sambil tepuk pipi tu.

Apa yang baru saja berlaku ni?

Macam mana arca kesatria ni boleh runtuh?

Casia memeluk kepala Diane sambil menangis pada masa yang sama dia memeriksa tubuh Diane yang tidak sedarkan diri itu. "Sesiapa tolong panggilkan master!"jerit dia pada pelajar yang ada di sekelilingnya itu. Mereka hanya pandang saja tapi tidak berbuat apa-apa! Ingat ada persembahan ke dekat sini!"Tolong la!Sesiapa"rayunya.

"Sini biar saya tolong"seseorang melutut di depan Casia tiba-tiba menghulur tangan hendak dapatkan Diane.

Bersama mata basah dengan air mata, Casia pandang ke depannya dengan muka bingung. Buat beberapa kali dia kedipkan mata cuba jelaskan pandangannya saat itu. "Senior Frost?"sebutnya dengan perlahan.

Frost pandang Casia dengan wajah seriusnya. "Biar saya uruskannya. Awak jangan risau."katanya semasa seluk tangan bawah badan Diane lalu mencempung tubuh itu gaya pengantin lalu bergegas pergi dari tempat kejadian untuk ke bilik rawatan.

Dibalik kekecohan itu, berdirinya seseorang di belakang pokok sejak tadi. Renungan dingin tanpa perasaannya terarah pada sisa batu dan juga orang yang mendukung Diane masuk ke dalam bangunan.

Dari awal batu itu hendak terjatuh sehingga la melihat kepala kesatria itu jatuh mahu menghempap Diane diperhatikan olehnya.

Memandangkan semuanya telah berlalu, orang itu palingkan badan membelakang tempat itu dan bergerak pergi dari bawah pokok tu sambil menyarung sarung tangan semula ke tangan. Nampaknya tugasnya selepas ini bukan mudah untuk di tangani begitu saja.

Dua langkah kaki itu di atur, dengan senyap sesaat kemudian orang itu di telan Udara dan hilang dari situ tanpa jejak atau dilihat sesiapa.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now