Episode 19

1.7K 161 3
                                    

Kasut kulit hitam high cut itu melangkah laju semasa orang yang berada di belakang berlari mendapatkannya.

Sambil berjalan lekas, sambil tu dia menanggalkan mantel yang berada di badan dengan kasar. Panas hatinya sekarang ni! Rasa macam nak meledak pun ada.

Tak lama selepas itu, dia tiba di taman bunga akademi. Sampai saja di sebuah bangku Sky mencampak mantelnya ke bangku sebelum berdiri dengan tangan mencekak pingang menghadap taman depannya.

Nafas dia naik turun deras kerana perasaan amarah yang bergelojak dalam dadanya waktu ini. Sedaya upaya dia tahan dirinya dari naik angin.

"Sky!"panggil Casia dekat belakang.

Terus terpejam mata Sky lepas dengar namanya di panggil.

"Awak!"panggil Casia lagi lepas berdiri depan Sky dalam keadaan tercungap-cungap kerana berlari sejak tadi.

Dengan marah, Sky membuka matanya lalu pandang mencerun ke teman wanitanya.

"Apa?!"marahnya.

Terus tersentak Casia dek suara lantang tu.

"Kalau awak lebih pentingkan Diane dari hubungan kita, baik kita putus!"luah Sky dengan berang. "Saya dah beritahu awal-awal lagi kan! Diane tu cuma masalah. Masalah yang buat awak dalam bahaya!"

Casia menggeleng kepala sambil mencebik mahu menangis. Tangan Sky dipegang. "Tapi semua tu bukan salah Diane, dia tak mintak semua ni terjadi. Awak tolonglah jangan macam ni...saya sayangkan awak lebih segalanya. Tapi Diane rakan baik saya. Kejadian tu tak ada kaitan dengan saya. Mereka tak sasarkan saya tapi Diane....dan Diane selamatkan saya."pujuk dia dengan bersungguh.

Diane tak salah! Dia tak salah!

Lepas kejadian yang berlaku petang semalam, Sky betul-betul naik angin. Memandangkan Casia ikut terlibat, Sky terus naik angin nak serang Diane tapi Casia berjaya halang. Mereka berdua gaduh besar. Dan sampai ke hari ni Casia cuba pujuk Sky sebaik saja Sky beritahu untuk putuskan hubungan mereka.

"Kalau awak sayang kan saya, sekarang pilih. Saya atau Diane."aju Sky sambil pandang serius ke Casia. Dia berharap kekasihnya ini mendengar kata-katanya.

Casia memandang Sky dengan kening berkerut. Dia tak boleh pilih. Dia sayangkan kedua-duanya sekali. Tamabahan lagi dia tak sanggup nak sakiti Diane. Diane dah tak ada sesuapa dekat dunia ni. Kalau dia tinggalkan Diane. Ianya sama saja biarkan Diane terjun ke cenuram dan mati sendirian.

"Awak tolong jangan buat saya macam ni....jangan buat saya pilih. Tolong la."rayu Casia dengan terdesak. "Izinkan saya bersama Diane...kekal bersama dengan saya..."

Sky pandang kecewa. Dia menggeleng kepala tak terima apa yang dikatakan Diane sambil menarik tangannya dari cengkaman Casia. Nafasnya naik turun menahan diri dari mengamuk.

"No....Casia. Saya tak boleh. Saya tam boleh terus risaukan awak...sakit hati srpanjamg masa macam ni...awak pilih says atau Diane. Titik."beritahu Sky.

Casia melutut kedua belah kaki depan Sky.Dengan kepala tunduk pabdang ke bawah,dia merayu. "Sky...tolongla jangan macam ni. Saya tak bole pilih."rayu dia dengan linangan air mata di pipi.

Mata Sky berkaca, sakit hati dia melihat Casia yang sentiasa menangis sejak bersama dengan Diane. Sekali tak pernah Casia tak menangis.

Apa saja yang melibatkan Diane, pastiCasia akan bersusah hati macam ni. Itu la sebabnya kenapa Sky bantah persahabatan merrka berdua.

Berasa mengalah taktala melihat Casia begitu, Sky ikut melutut sebelah kaki, dia dapatkan Casia. Dagu itu dipegang sebelum mengangkat wajah Casia memandangnya. "Casia.."panggil Sky dengan perlahan."Saya cintakan awak, kalau boleh saya tak nak apa-apa berlaku terhadap awak. Sebab tu saya minta pada awak supaya putuskan hubungan dengan Diane. Dia hanya bawa bahaya pada awak...." pujuknya lagi.

Tersedu sedan kerana sedih,Casia pun membalas."Kalau saya putuskan hubungan dengan Diane, macam mana dengan dia nanti. Siapa yang akan berada di sisi dia?Macam mana kalau terjadi sesuati pada Diane dan nyawa dia dalam bahaya?Siapa yang akan tengokkan dia....Sky tolong jangan tinggalkan saya, saya sayangkan awak. Tapi saya sayangkan Diane jugak.."luah dia dengan jujur.

Sky tarik Casia ke dalam pelukan sejurus itu. , sebak melihat teman wanitanya menangis sedih begini. Bukan niat dia nak susahkan hati Casia. Tapi dia kena cakap jugak mengenainya.

"Sememangnya itu takdir dia sebagai anak kepada pembunuh. Dalam dunia ni tak pernah ada yang adil. Kalau dia nak hidup dia kena pertahankan diri dia sendiri. Dan awak tak boleh buat apa-apa mengenainya Casia.." ujar Sky dengan nada perlahan.

Casia tersedu sedan menangis dalam pelukan tu. Dia cengkam kuat blazer Sky.

"Sky...tolonglah jangan tinggalkan saya..."rayu Casia lagi.

Sky mengangguk kepala lalu sebelum sandarkan pipinya di atas kepala Casia. "Ya saya takkan paksa awak putuskan hubungan...jadi berhenti la menangis."pujuknya dengan lembut.

Sebab yang akan putuskan hubungan ini bukannya Casia, tapi Diane sendiri. Dan untuk itu, Sky nekad untuk lakukannya sendiri.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now