Episode 59

1.5K 141 0
                                    

Lenanya terjaga apabila suara esakan kedengaran di sebelahnya. Perlahan-lahan mata di buka, menoleh ke kanan di mana suara itu kedengaran. Sebaik pandangannya jelas perkara pertama yang dia Nampak ialah, peti kecil yang tergeletak di atas almari sementara di tangan orang itu sedang memegang sehelai kertas. Duduk bersimpuh menghadap katilnya dengan kepala tunduk memandang lantai.

Kaiser terus bangun dari baringnya. Dia memandang ke arah peti itu dan orang di depannya silih berganti dengan cemas. Tak mungkin peti tu dah terbuka! "Apa yang kau pegang tu?"tanya dia serta merta.

Diane mengangkat kepala. Memandang Kaiser dengan wajah basah dengan air mata. Kenapa...kenapa surat ini ada pada Kaiser? "Apa semua ni?"tanya dia sambil menunjukkan kertas yang di pegangnya. Apa yang Kaiser rahsiakan dari dia!

"Kenapa kau usik barang aku tanpa keizinan aku!" Kaiser merampas kertas yang ada di tangan Diane lalu menyimpan semula ke dalam peti itu dengan kalut. Bukan macam ni caranya Diane tahu hal sebenar. Bukan sekarang!

Diane hadapkan badannya ke Kaiser yang duduk bersila di atas katil sama seperti dia. "Apa yang dimaksudkan dalam isi surat tu. Ayah aku?Kaiser...ada nama aku dalam surat tu!"marahnya dengan linangan air mata. "Siapa kau sebenarnya...?"

Renungan mata Kaiser tidak tentu arah saat mendengar soalan Diane.

"Jawab aku! Apa yang dah berlaku!"lengan tu dicengkam dia dengan kuat. "Betul ke ayah aku bukan seorang pembunuh? Betul ke ayah aku tak pernah bunuh ibu aku tapi sebenarnya ibu aku tinggalkan aku.beritahu aku Kaiser..."nangis Diane dengan sedih. "Yang dia tidak pernah bunuh sesiapa sebenarnya...Kalau mereka masih ada, di mana ibubapa aku?"dia goyangkan lengan Kaiser dengan terdesak.

Kaiser memandang Diane dengan kening mencerlung serba salah. Wajah yang basah dengan air mata itu di kesat dengan ibu jarinya. Sungguh bukan begini caranya Diane tahu hal sebenar.

"Ayah kau...Master Xavier, dia dah tak ada. Ayah kau dah pergi tinggalkan dunia ni buat selamanya hari semasa aku datang ke sini"maklum Kaiser dengan nada perlahan. "Dan aku adalah anak didik dia....yang mana dibesarkan khas untuk kau."luahnya.

Tangan Diane turun dari lengan Kaiser masa dia terkesima sebaik mendengar perkataan 'dah tak ada' keluar dari mulut Kaiser. Tititan air mata turun dengan laju ke pipinya.

"Ayah aku dah tak ada?Macam mana dia meninggal dunia? Apa yang dah berlaku selama 21 tahun ni? Kenapa baru sekarang kau munculkan diri...kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?"tanya Diane dengan sedih. Dia terlalu terkejut sampai tak ada tenaga terus nak tinggikan suara.

Kaiser termenung memandang peti yang di pegangnya buat seketika sebelum angkat mata memandang Diane dengan renungan serba salahnya. "Sebab aku takut. Aku takut kalau kau tahu semua ni dari awal, Kau akan ambil alih tempat master. Dan aku bukan sesiapa lagi. Aku rasa tak adil. walaupun kau anak dia, aku adalah orang yang dah Bersama dengan dia selama dia hidup hingga hujung nafas dia...aku tak sedia untuk kehilangan semua tu...sebab tu aku tak beritahu kau awal-awal." jelasnya.

Diane tercengang, dia perlahan-lahan bangun dari situ sambil memandang tak percaya ke Kaiser. Sampai hati Kaiser buat macam ni dekat dia! Simpan semua perkara penting ni dari dia macam tu je.

"Aku Cuma jalankan amanah master sebelum dia pergi. Iaitu jaga kau, tapi aku tak boleh sebab aku tak suka dengan mengetahui kewujudan kau sebagai anak master. Yang telah merampas keinginan aku untuk menjadi pengganti master. Tapi itu dulu...masa pertama kali aku jumpa kau Diane. Masa tu aku bencikan kau dan sekarang apa aku tahu, aku perlu lindungi kau dari apapun termasuk la dari sakiti kau...."tunduk Kaiser memandang ke bawah.

Air mata yang bergenangan di kelopak mata jatuh ke pipi kemudian turun ke dagunya.

"Sampai hati kau simpan semua ni sendiri...aku fikir kau orang yang baik Kaiser..."Diane menggeleng kepala sewaktu memandang kecewa ke Kaiser. Dia berasa kecewa dan patah hati dengan jawapan Kaiser. Demi kepentingan diri sendiri, Kaiser sanggup rahsiakan semua ni. Berbulan lamanya lagi tu.

Kaiser angkat kepala lalu memandang Diane dengan kening berkerut serba salahnya. "Diane...aku.."

"Jangan...aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau rehat la situ...aku keluar sendiri dari sini.."pamit Diane sebelum berpaling dari situ dalam keadaan tersedu sedan dan air mata tidak mahu berhenti mengalir dari pipi.

Nampaknya.dia ni memang tak layak untuk Bersama dengan sesiapa.

Sebab bila ada yang berada di sisinya, tidak yang khianati dia, pasti seseorang itu akan tinggalkan dia.

Pintu bilik dorm Kaiser di pegang Diane sebelum dia Tarik ia ke dalam lalu keluar dari ruangan itu dengan langkah yang berat.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now