Episode 24

1.6K 152 0
                                    

Seperti di hempap dengan sesuatu yang berat dan kukuh, Diane tercampak ke depan sebelum terbaring di atas tanah berumput apabila Casia menerkam dari belakang dan menghempapnya.

Ekoran impak dari hempapan tersebut, Diane terbatuk-batuk kerana rasa sakit di dada akibat jatuh tersebut. Tak sempat nak soberkan diri dari sakit, bahunya di pegang dengan kasar lalu badannya di telentang menghadap langit gelap tu.

"Argh!!!!Mati kau! Mati kau perempuan tak guna!"teriak Casia sambil menampar pukul Diane dengan rambang dan tanpa belas. Tak cukup dengan itu dia mencakar-cakar Diane seperti orang hilang kewarasan.

Diane yang berada di bawah Casia itu sedaya upaya mahu memegang tangan tu dari terus menerus menyakiti dia. "Casia! Berhenti! Apa kena dengan kau ni!"jerit Diane yang kemudiannya menyepak perut Casia hingga gadis itu terbaring ke belakang atas rumput.

Tidak menghiraukan rasa sakit yang dia sedang rasai, Diane kemudiannya bangun dari baring dan merangkak laju untuk jauhkan diri, tapi tak jauh mana, Casia Berjaya mencapai pergelangan kakinya semula dan Tarik dia sehingga jatuh tersembam ke rumput semula.

"Kau nak pergi mana hah perempuan tak guna!"tarik Casia yang membuatkan wajah Diane mencium tanah. Lepas tu Casia panjat badan Diane lalu mencekau batang lehernya."Matilah kau!!!"jerit Casia seperti orang gila dan ketawa berdekah-dekah saat mencekik Diane.

Bingung dan ketakutan, Diane pegang tangan Casia yang ada di lehernya dengan linangan air mata turun dari tepi mata. "Casia...ini aku Diane..tolong la sedar.."mintanya dengan perlahan.

"Ahaha...hahaha..."ngilai Casia dengan ngeri sekali. Muka comel tu tak ubah macam Pontianak.

Diane tak tahu nak buat apa lagi terpaksa jugak gunakan kuasa dia. Tangan kanannya dialihkan dari tangan tu lalu di letakkan ke tengah dada sebelum satu ledakan cahaya putih muncul dari tapak tangan lantas melantunkan Casia ke belakang jauh beberapa meter dari dia.

Terus terbaring tak sedarkan diri Casia setelah itu.

Ketika itu jugak la penghuni asrama perempuan yang lain mulai meluru keluar dari bangun lalu jalan mendekati tempat dimana Diane dan Casia berada. Setiba mereka di situ, semua orang menekup mulut menahan nafas terkejut tatkala melihat Diane yang sudah kusut masai sementara Casia terbaring tidak sedarkan diri di tanah.

"Diane apa yang dah berlaku ni?"teriak seorang pelajar perempuan sambil berlari mendapatkan Casia terlebih dahulu.

Diane yang masih kebingungan itu dalam keadaan menggigil yang teruk. Seluruh badan dia menggeletar termasuk jari jemarinya. Masih terkejut dengan apa yang baru menimpa dirinya. Dia pandag Casia yang sedang di dukung oleh mereka dengan mata terbutang luas dan wajah bungkam.

"Di-dia masih bernafas ke?"tanyanya dengan nada perlahan sebab tak ada tenaga dah. Rasa macam roh dia dah keluar dari badan pun ada sekarang ni

Mereka yang mengelilingi Casia menjeling berang ke Diane.

"Ya bernafas la....kau expect dia apa?Mati?"

"Dasar perempuan gila! Memangnya kalau anak pembunuh sampai ke anak-anak sendiri turun segala baka tu tau tak!"

"Kau dah kenapa pagi-pagi buta macam ni buat hal!"bentak mereka kerana mereka sangka Diane la yang menyakiti Casia memandangkan Casia yang tak sedarkan diri bukan Diane.

Diane berdiri dekat situ dumbfounded. Tak tahu nak cakap apa sebab dia sendiri masih tak faham apa yang baru saja berlaku. Kenapa Casia nak bunuh dia. Kenapa Casia berkelakuan seperti perempuan di rasuk...dan kenapa semua ni menimpa dirinya.

Sewaktu mereka semua yang ada di situ bawa Casia pergi, Diane yang ditinggalkan sendirian angkat kedua-dua tangan lalu tunduk memandang dirinya.

Tangan berlebam, kuku kotor dengan kesan tanah masa dia cengkam rumput, dress tidurnya comot dan compang camping terkoyak semasa bergelut dengan Casia. Lalu dia sentuh bibir dan lehernya yang sedang sakit itu dengan tangan terketar-ketarnya.

Adakah salah dia Casia jadi begini?

18. The KingdomWhere stories live. Discover now