Episode 28

1.7K 166 0
                                    

Seperti sedang menanti sesuatu yang berbahaya dari meledak, mereka semua memandang orang yang sedang perlahan-lahan membuka mata itu dengan perasaan gemuruh dan takut.

Pada masa yang sama, mereka turut siap siaga untuk mempertahankan diri kalau-kalau orang ini hilang kawalan sekali lagi.

Doktor Abiel yang berada paling dekat dengan katil terlebih dahulu mendapatkan Casia setelah gadis itu membuka mata dan bergerak mahu bangun dari situ. Dia pun bantu la gadis itu bangun dan bersandar pada katil setelah itu.

Casia dalam keadaan mamai dan pening tu berkerut-kerut kening memegang kepala. Apa yang dah berlaku?

"Kamu tak apa-apa Casia?"tanya Doktor Abiel dengan perlahan.

Sambil buat muka tak faham, Casia pandang pelik ke mereka semua.

"Kenapa saya dekat sini?"tanya dia yang berasa sakit di seluruh badan tanpa sebab. Kepalanya yang terasa pening membuatkan tekaknya terasa loya.

Sky mendapatkan Casia kemudiannya, dia duduk di tepi katil sebelah kanan lantas mencapai jari jemari itu.

"Something telah terjadi. Awak dah okay ke Casia?"tanya dia dengan kening mencerun.

Casia mengangguk kepala. Dia berkerut kening tak faham. "Ya...saya tak apa-apa."muka risau Sky dipandangnya."Apa yang dah berlaku? Kenapa saya boleh ada di sini? Kenapa badan saya sakit-sakit?"tanya dia yang langsung tidak tahu apa yang telah terjadi sebenar-benarnya. Dia angkat tangan lalu melihat tangannya dengan perasaan janggal.

"Kamu tak ingat apa-apa ke Casia?"tanya Lady Jane pula.

Mulut Casia terbuka sedikit masa dia pandang bingung ke Lady Jane. Memangnya dia perlu ingat apa-apa ke? Ke dia terlupa sesuatu. "Ingat tentang apa?"tanya dia. "Ada sesuatu yang saya perlu ingatkan ke?"

Wajah Doktor Abiel menjadi tegang, dia pandamg wajah pucat Casia dengan kening mencerlung serius. "Apa perkara terakhir yang kamu ingat?"tanya Doktor Abiel.

Casia pandang Sky dengan bibir dimuncungkan sedikit lalu kembali memandang Lady Jane dan Doktor Abiel sambil berkerut kening tak faham. Yalah sedar-sedar je di kerumuni dengan ramai orang macam ni. Lalu disapa dengan rasa sakit dekat seluruh badan. Siapa tak bingung!

"Kelas terakhir saya, kelas buat minyak wangi." jawabnya setelah berfikir buat seketika.

"Macam mana dengan Diane?Kamu ada ingat mengenai dia?"tanya Master Vena yang sejak tadi berada di situ dan mendiamkan diri. Dia nak tahu kenapa Casia beria nak sakit Diane dan mahu mbunuh rakan baik gadis ini sendiri. Banyak soalan sebenarnya, tapi dia diamkan dulu.

Kening Casia berkerut. Dah siapa pulak yang dia orang tanyakan ni. "Siapa?Diane?Siapa dia tu?Senior ke?"tanya Casia yang betul-betul tidak tahu apa yang telah berlaku. Pere.puan ni ke punca dia jadi macam ni? "Saya tak kenal atau tahu sesiapa bernama Diane ni.." luahnya dengan jujur.

Mereka dekat situ menahan mafas terkejut. Masing-masing tunjuk reaksi tersendiri.

Sky yang dengar melepaskan nafas lega lalu mendakap tubuh Casia dengan erat.

Doktor Abiel berkerut kening tak faham.

Lady Jane menekup mulut pandang tak percaya.

Master Vena dengan muka kebingungannya.

"Syukurla awak tak apa-apa Casia. Kalau awak tak ingat pun tak apa. Ianya bukanasalah besar. "luah Sky dengan perlahan.

Lady Jane berpaling ke sisinya memandang tepi muka Doktor Abiel dengan kening berkerut risau.

"Dia dah hapuskan ingatan Casia."bisik Doktor Abiel kepada Master Vena di sebelah.

Master Ven tersentak. Dia palingkan kepala ke Doktor Abiel dengan kening terangkat. "Siapa?Diane?Dia lupuskan ingatan Casia tentang dia sendiri?"ulangnya dengan separa berbisik.

Doktor Abiel angguk kepala sambil perhatikan Casia dengan kening berkerut. "Nampaknya begitu la, kerana itulah Casia pengsan selepas Diane menyentuh dia."

"Mungkin sebab Diane tahu cuma itu sahaja cara untuk bantu Casia." tambah Lady Jane pula.

Master Vena buat muka tak faham lalu berdiri menghadap Doktor Abiel dan Lady Jane. "Tapi apa yang sedang berlaku sebenarnya ni? Kenapa Casia hendak bunuh Diane. Dan kenapa orang kata Diane yang cuba cederakan Casia sedangkan Casia sendiri yang cuba mencederakan Diane?"tanya dia kehairanan.

Tiada jawpaan untuk soalan itu, Doktor Abiel memandang ke arah Casia yang sedang di suap makan oleh Sky.

Dalam hal ni hanya Casia saja ada jawapannya. Tapi semua itu tiada gunanya lagi kerana Casia sudah pun lupa ingatan segala yang terjadi sebelum ni.

Sesuatu beritahu Doktor Abiel bahawa semua ini sudah dirancang dengan seseorang. Seseorang yang mahu susahkan hidup Diane di sini.

Tapi siapa?

18. The KingdomWhere stories live. Discover now