Episode 78

1.5K 140 0
                                    

Buka saja matanya perkara pertama yang dia nampak ialah, gadis berambut hitam bersanggul di atas kepala sedang tunduk membaca sesuatu dalam buku di sebelah katil. Yang mana agak mengejutkan buat dia sebab dia langsung tak ingat apa yang telah terjadi sebenarnya.

"Diane?"panggil Kaiser dengan suara serak bangun tidurnya.

Kepala Diane pun tersentak memandang ke Kaiser lepas dengar suara itu. Dia menghentikan bacaannya lekas-lekas lalu bangun dari kerusi itu untuk duduk di katil itu dan dapatkan tangan Kaiser. "Kau dah bangun.macam mana?Sakit dekat mana-mana lagi ke?"tanya Diane.

Kening Kaiser berkerut, dia angkat tangan kanannya lalu memegang kepala. "Apa yang dah berlaku?"

Diane tarik senyuman nipis serba salahnya lalu bantu bangunkan Kaiser dari situ lantas sandarkan lelaki tu ke katil. "Kau jatuh."tipu dia walaupun dia tahu Kaiser dapat membaca fikirannya nanti. "Dan kau lukakan tangan kau masa terjatuh tu."beritahu dia sambil tu.

"Jatuh?"tanya Kaiser kebingungan. Tak ingat pulak dia terjatuh ke apa. Serius otak dia kosong sangat sekarang ni. Takkan la- "Kau lupuskan ingatan aku ke?"

Tanpa berkata apa-apa, Diane tatap wajah Kaiser lama-lama tanpa berkedip. Dia hanya berfikir...berapa lama agaknya Kaiser akan berada di sisi dia sekiranya dia pilih untuk mengikut Kaiser pergi dari sini dan tinggalkan semua yang ada di sini.

"Diane..."panggil Kaiser bila Diane termenung menatap wajah dia tanpa berkata apa-apa.

"Tak ada...aku tak lupuskan ingatan kau je."jawab Diane sambil selak anak rambut Kaiser yang kelihatan mahu menyucuk mata tidak bercermin itu dengan jari telunjuknya.

"Hah?"nganga Kaiser tak faham.

Lepas kejadian malam dua hari lepas berbualannya Bersama Abiel, Diane sebenarnya telahpun lupuskan ingatan semua orang yang ada di dalam akademi ini termasuk la Frost sendiri kepada keadaan sediakala seperti sebelumnya. Jadi apa yang mereka semua ingatkan sekarang adalah Kaiser adalah pelajar pertukaran di akademi ini dan Diane adalah anak kepada pembunuh terkenal yang selalu mereka katakan. Sementara Abiel, Diane hapuskan ingatan dimana bahagian dimana Abiel beritahu Diane adalah anaknya. Jadi apa yang Abiel ingat sekarang ini hanyala dia belum beritahu Diane apa-apa. Luisa pula ingatan gadis itu tidak di hapuskan. Diane tak nak Luisa lupakan apa yang gadis tu telah lakukan terhadapnya.

"Kau boleh baca fikiran aku tak?"tanya Diane pula.

Kaiser yang kelihatan masih mamai dan pening-pening lalat itu lambat proses akan soalan yang Diane tanyakan. Sambil buat muka berfikir, dia garu belakang telinga yang gatal dengan tangan kiri yang sudahpun sembuh sepenuhnya dari luka kelaran Luisa beberapa hari lepas.

"Boleh...tapi samar-samar..aku tak dengar sangat."jawab Kaiser lepas tu.

Diane tersenyum nipis. "It okay...nanti bila kau dah ready. Kau baca la fikiran aku. Semua jawapan dah tersedia. Kau cari tahu sendiri. Sebab aku tak sure yang aku mampu nak ceritakannya secara lisan pada kau terang-terang.."jelasnya dengan jujur.

"Sesuatu dah berlaku ke masa aku tak sedarkan diri?"tanya Kaiser dengan kening mencerun risau.

Ada tu ada, tapi tak apa. Benda dah terjadi. Tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan sekarang ni. "Tak ada. Semuanya okay. Macam aku beritahu. Kau cuma terjatuh kemudian tak sedarkan diri buat beberapa hari"tipu Diane sekali lagi.

Dan masa itu la Lady Jane muncul. Wanita itu bawa dulang, piala tembaga berisi air kosong dan bekas ubat terletak di dalam dulang tersebut. "Kamu dah sedar?"tanya dia semasa berdiri dekat sebelah katil tu.

Kaiser alihkan perhatiannya kepada Lady Jane pula. "Ya saya."

"Makan ubat pemulih tenaga ni...lepas tu kamu boleh keluar dari sini."ujar Lady Jane sambil sua dulang tu ke Kaiser.

Diane terlebih dahulu mencapainya piala berisi air dan juga bekas ubat tu untuk Kaiser. "Nah..."suanya bekas ubat tu pada Kaiser.

Kaiser pun capai bekas berisi ubat tu lalu tuang semua isinya ke dalam mulut serta merta.

Lepas tu baru la Diane bantu berikan Kaiser minum air tersebut.

Lady Jane tersenyum senang melihat pasangan pelajar muda di depannya. Tanpa berkata apa-apa dia kutip piala dan juga bekas ubat tu dari Diane lantas beredar dari situ.

Diane yang perasan palingkan kepala ke arah Lady Jane sebelum terhenti ke katil sebelah tempat Kaiser yang ditutupi langsir. Dimana Frost di tempatkan. Dia pandang dengan perasaan terkilan buat seketika sebelum tundukkan mata ke bawah.

"Hei"Kaiser tegur bila perasan Diane termenung dekat situ.

Perlahan-lahan Diane palingkan kepala lalu memandang wajah tidak bertenaga Kaiser dengan renungan redupnya. "Kenapa?"balasnya.

"Aku lapar"sebut saja perkataan itu bunyi berkeroncong dari perut Kaiser terus kedengaran.

Diane yang dengar berdengus kecil. "Ya sudah...cepat salin baju. Kita pergi dewan makan lepas ni."ajaknya.

"Ahh...penat la pulak badan ni"Kaiser tiba-tiba berdrama sambil pejam mata memegang kepala. "Kepala aku pening.aduh."mengada-ngadanya lagi.

"Menyampah!"cebik Diane sebelum tersengih meleret kerana lucu melihat perangai kuat meloyar buruk Kaiser.

Sakit ke tak...sama je perangai Kaiser ni. Bertuah betul!

"Kau ambik kan makanan untuk aku eh.."arah Kaiser.

"Saja je kau kan..."peha tu di cubit Diane dengan perlahan. "Mengada-ngada terlebih"cebiknya selepas itu.

"Sss..."desis Kaiser serta merta sambil menjegil mata ke Diane kerana sakit. "Sakit la!"

Diane ketawa kecil lalu menjelir lidah ke Kaiser. Padan muka! itu bayaran untuk buatkan dia rasa serba salah selama beberapa hari lelaki ni tak sedarkan diri.

18. The KingdomTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon