Episode 91

1.5K 122 2
                                    

Sambil terkocoh-kocoh mengutip mainan dekat lantai dan betulkan kerusi yang terbalik, dia membebel! Serius! Ini anak atau orang utan! Bukan main lagi susah nak diuruskan.

"Luhan! Ke sini kamu sekarang!"marah wanita berambut tocang kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun itu. "Ibu nak cepat ni! Kamu janganlah berlari ke sana sini!"marah Luisa yang sedang mengejar anak lelakinya itu dengan pakaian di tangan.

"Tak nak! Luhan tak nak pergi!!!!"teriak anak itu sewaktu berlari merentasi ruang tamu sebelum menuju ke arah pintu dapur. Namun belum sempat anak itu hendak membelok, satu susuk berdiri di hadapan jalannya. Membuatkan kanak-kanak itu berlanggar dengan kaki orang tersebut sebelum jatuh terduduk di atas lantai.

Luisa yang lihat terkejut melihat Luhan, lantas dia mendapatkan anaknya itu sebelum bersuara.

"Mana awak dah pergi? Tahu tak saya tengah sibuk?"sungut Luisa kepada lelaki di depannya sambil bangunkan Luhan dari lantai.

"Beli barang sikit untuk Luhan."ujar Frost yang tunduk menggosok kepala anak itu sambil tersenyum.

Luisa lepaskan keluhan Panjang penatnya sebelum berlutut depan Luhan. "Eloklah, saya tengah kalut macam ni awak sempat beli barang"bebelnya sewaktu menyarung pakaian di badan Luhan.

Frost sekadar tersenyum nipis, dia kemudiannya bangun. Meletakkan beg berisi hadiah buat Luhan sebelum menghampiri kek yang sudah siap di hias dekat atas meja.

"Ini untuk ibu awak nanti ke?"tanya Frost.

Luhan Tarik rambut Luisa sewaktu Luisa butangkan baju yang dipakainya. Namun Luisa tidak terkutik, dia hanya biarkannya namun sempat hidung Luhan di cuit dengannya. "Ha'ah..itu ibu. Habis saya kalau pergi ke majlis ni lambat...gara-gara nak siapkan budak bertuah ni."Luisa bangun dan membiarkan Luhan berlari ke sana sini, dia mendekati Frost. "Awak nampak Han tadi?"soalnya lepas tu.

Kening Frost terangkat.Dia pandang hairan ke Luisa. "Lah...saya ingatkan dia ada di rumah. Sebab itu saya ke sini terus. Boleh gerak sama."ujarnya yang tidak menyangka lain yang difikirkan lain pula jadinya.

Luisa mejuling mata kejengkelan sebelum mengerang geram. "Urghh!!! Lelaki tu kan! Kenapalah saya kahwin dengan dia!"geleng Luisa sewaktu membungkus kek itu ke dalam kotak. "Awak la ni...kalau awak tak ajak dia malam tu..mesti saya dengan dia takkan tersuka antara satu sama lain."bebelnya. Sejak jadi ibu kepada Budak lasak seperti Luhan, secara semula jadi sikap membebel dia tak boleh nak di kawal sama sekali!

Frost hanya Tarik senyuman nipis di bibir. Sambil itu dia melihat tangan Luisa yang sibuk mengikat reben di atas kotak kek tadi. "Mana la saya tahu, awak sendiri yang suka dekat dia.."ujarnya yang terus teringat pada malam majlis tari menarik graduasi mereka. Di mana, malam itu Han dan Luisa telah menjadi pasangan tari menari tanpa sengaja. Dan dari situ perkenalan serius mereka terjalan. Sampai ke sudah mereka berdua bercinta sehingga la berkahwin dan mempunyai anak.

Mendengar respon mendatar dari Frost buatkan Luisa mengangkat kepala dari kotak keknya. Dengan renungan serba salah, dia pandang wajah handsome matang Frost. "Awak"panggilnya dengan perlahan.

Frost pun angkat mata dia dari termenung memandang lantai naik menatap Luisa.

"Kenapa?"tanya dia lepas tu.

"Awak masih teringatkan Diane ke?"tanya Luisa.

Kening Frost berkerut sebelum dia paksa senyum. "Apa yang awak katakan ni.."nafinya.

Luisa memandang lama ke wajah Frost. Mengenang waktu dia lihat betapa devastatednya keadaan Frost lepas Diane pergi tinggalkan tempat ini. Sehari boleh tahan lagi, lepas seminggu, Frost tak habis-habis meroyan dekat Goo, Noah, mahupun Han sendiri mengenai bunyi degupan jantung yang selalu di dengar oleh Frost tapi tak lagi di dengarnya. Kasihan melihat keadaan Frost yang begitu teruk, dia minta Abiel untuk sembuhkan ingatan Frost mengenai perasaan sebenar lelaki ini terhadap Diane. Dan sejak itu barula Frost kembali normal seperti sedia kala.

Namun memulihkan ingatkan Frost bukan bantu lelaki ini kembali ceria dan bersemangat seperti dulu, tapi ianya hanya buatkan aura lelaki ini tiada serinya sehingga la sekarang.

"Frost...jangan pura-pura tak faham. Saya tahu yang awak tahu apa yang saya cuba cakapkan"ujar Luisa dengan nada perlahan.

Senyuman Frost menghilang, bahunya jatuh hilang semangat. Nak dia cakap macam mana lagi. 10 tahun tu bukan masa yang panjang untuk dia lupakan semuanya macam tu je. "Selalu. Sepanjang masa."jawabnya dengan lirih semasa tunduk memandang ke lantai.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now