Episode 93

1.5K 128 0
                                    

Luisa yang memandang Frost terus beralih pada wanita di depannya. Keningnya yang berkerut itu terus terangkat tinggi apabila memandang Diane. Mulutnya terbuka sedikit kerana terlalu terkejut.

"DIane!"panggil Luisa dengan nada tak percayanya sebelum tersenyum. "Kau datang"dia terus menerpa tubuh Diane lalu dipeluk dengan erat. Terus sebak hatinya. "Akhirnya kau balik sini...maafkan aku.."ucapnya.

Diane terkesima apabila Luisa memeluk erat badannya. Tangannya teragak-agak hendak membalas pelukan itu. Keningnya mencerun menahan rasa sedih dan sebak yang mulai bertandang. Dia tak boleh lakukan semua ni.

"Maaf...aku kena pergi."Diane kemudiannya tolak Luisa jauh dari dia. "Ini hadiah untuk Luhan. Selamat hari lahir untuk dia."

Luisa berkerut kening sewaktu menjauhkan diri dari Diane. Dia pandang Diane yang kelihatan sangat berbeza dan semakin cantik. "Mana kau meghilang selama ni.kau tahu tak-"dia terpandang Frost yang sedang menggeleng kepala kepadanya. Menghalang dia dari terus berkata. Menurut akan permintaan itu, Luisa pun batalkan niatnya untuk beritahu perihal Frost kepada Diane. "Ya.."hadiah yang dihulur Diane itu dicapainya. "Apapun terima kasih sebab datang sini. Aku tak tahu pula jemputan tu sampai dekat kau....selama ni aku cuba hantar tapi tak pernah pun kau datang."

Diane melepaskan keluhan Panjang sambil menundukkan pandangan ke bawah seketika sebelum kembali memandang Luisa. "Sesuatu berlaku itu yang ambil masa untuk aku datang ke sini."jelasnya.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Luisa ingin tahu.

Diane Tarik senyuman nipis lalu menepuk tepi lengan Luisa dengan perlahan. "Aku kena pergi..jumpa lagi."pamitnya semasa hendak berpaling dari situ.

Luisa apa lagi, terus dia cengkam lengan Diane dan hentikan langkah itu. "Eh...jumpa la ibu dulu. Dia mesti gembira tengok kau dekat sini.."katanya yang merujuk pada Abiel. Ibunya pasti gembira dapat menemui puteri sulungnya semula.

Perlahan-lahan Diane turunkan tangan tu dari lengannya sambil menggeleng kepala. "Tak apa..mungkin lain masa.."tolaknya lagi.

"Tapi-"Luisa cuba berkata.

Tapi Diane terus potong tanpa berlengah. Dia tak nak dengar apa-apa yang boleh buatkan dia break down. Cukup tu cukup!

"Cukup Luisa. Aku datang pun cuma nak beritahu. Mungkin ini kali terakhir aku kembali ke sini. Jadi jalani hidup kau dengan baik. Jagakan ibu untuk aku.."pesannya setelah.

Luisa pandang ke Frost dengan renungan merayu. Merayu lelaki itu supaya lakukan sesuatu untuk hentikan Diane. Tapi Frost hanya berdiri di situ memandang belakang kepala Diane. "Diane jangan la macam ni.."rayunya.

"Sampaikan salam aku pada Ibu nanti. Beritahu dia, aku maafkan dia dan jugak diri kau.."pesan Diane lagi sebelum berpaling dari situ.

Frost berdiri tegak tak buat apa-apa sehingga la Diane jalan melepasi dia begitu saja tanpa kerling ke dia sikit pun. Dia termenung memandang lantai di kakinya dengan dada sebu dan berat susah untuk bernafas. Dengan mudah Diane buat tak hiraukan dia?Memangnya dia halimunan dekat sini?Hai tidak bertanya khabar tidak...terus pergi?

"Awak...pergi la halang dia!"Luisa menggoyangkan lengan Frost dengan lekas. "Lakukan sesuatu sebelum dia pergi.."gesa Diane dengan geram. Tahu tak betapa susahnya dia aturkan semua ni dah Frost boleh pulak buat tak kisah!

Tidak lama berjalan, akhirnya DIane keluar dari kediaman agam itu. Bersama derap langkah tenang dan perlahan, dia turuni tangga tu satu persatu sehingga la tiba di tanah berumput kemudiannya. Sebaik saja dia pijak rumput tu tidak semena, hujan turun renyai-renyai. Membuatkan Diane berhenti dekat situ untuk dongak memandang langit yang mendung di atasnya.

Well...nampaknya ada yang sudi menangis untuk dia la!

Sambil tersenyum sedih, Diane pandang langit itu dengan mata berkaca. Sebolehnya dia tidak mahu ke sini. Tapi kalua bukan di sebabkan janji yang telah dia buat. Terpaksa la dia tabahkan hati untuk ke sini.

Dan sekarang, janji itu sudah pun terlunas.

Dia harap selepas ini semua orang akan hidup aman dan bahagia di sisi orang yang tersayang..

Masih dalam keadaan mendongak, Diane hilangkan diri secara tiba-tiba dari situ sesaat kemudian. Meninggalkan laman itu kosong.

Tepat pada masa itu jugakla, Frost muncul dari pintu masuk rumah agam dalam keadaan tergesa-gesa. Dia berdiri dekat situ sambil palingkan kepala kanan dan kiri ingin mencari kelibat Diane, tapi tidak Berjaya. Kerana dia terlewat sekali lagi!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now