Episode 54

1.6K 133 0
                                    

Beberapa bulan sebelum Kaiser tiba dia Alvano Nova

Gema titisan air kedengaran di dalam lorong gua yang membawa ke sebuah ruang di mana tinggalnya kehidupan di situ.

Jauh di dalam gunung itu, sekumpulan manusia berdiri mengeliling sebuah batu di mana sekujur tubuh terbaring lemah di atasnya dengan di temani seseorang di sisi.

"Master...."panggilnya perlahan saat tunduk mendekat pada satu-satunya orang yang telah membesarkannya. Memberi pendidikan serta kasih sayang kepadanya. Yang telah memberi dia perlindungan taktala dia perlukan seseorang di sisi setelah di tinggalkan oleh ibubapanya sendiri.

Kini sedang bertarung nyawa setelah sekian lamanya.

"Kaiser...."sebut suara itu dengan susah payah.

"Ya saya Master..."sambutnya dengan sedih, tangan tu di genggam dengan erat.

"Masa saya dah tiba ni"

"Tidak master...jangan berkata begitu.."nafinya dengan kening mencerlung sedih.

"Saya dah tak dapat nak bertahan lagi"luah orang tua ini dengan nafas tersekat-sekat. Gengamannya pada tangan itu di eratkan. "Pergilah, cari dia. Sampaikan amanat ini padanya."

"Master....tolong. Saya tak boleh. Master yang kena sampaikannya sendiri."bantahnya kerana tak kuat untuk lakukan semua ini sendirian. Satu-satunya tunggak yang dia ada akan tinggalkan dia. Macam mana dia nak berhadapan dengan orang tu bila mereka dah berjumpa nanti. Mampu ke dia katakan hal yang sebenar?

"Kamu tahu sendiri, saya dah tak kuas lagi...dah terlalu lama saya cuba bertahan...kalau bukan kerana kamu, mungkin saya sudah tiada lagi di sini. Jadi gunakan segalanya yang telah saya ajar pada kamu untuk cari dia. Beritahu dia segalanya. Beritahu dia yang saya menyesal di atas segala perbuatan saya terhadap dia."luah suara itu dengan sakit.

Sampaikan dia yang dengar rasa sedih dan mahu menangis. Sebab lepas ni tiada lagi bebelan dan pesanan yang keluar dari insan ini. .

"Master jangan la cakap macam tu.."rayu dia dengan sebak sebelum air mata mengalir keluar dari matanya,

"Tolong saya Kaiser...temui anak saya. Sampaikan pada dia, saya minta maaf kerana tidak dapat menunggu dan temuinya buat kali terakhir"ucap Masternya sebelum tersenyum lebar.

Deru nafas itu perlahan-lahan surut lalu mata itu pun terpejam rapat.

"Tak...master...jangan!"raung dia semasa melihat wajah itu bertukar cahaya kebiruan lantas meledak.

Cahaya seperti kelip-kelip mulai timbul dari tubuh itu. Lenyap sedikit demi sedikit di Udara. Melihat tubuh itu hilang di depan mata bersama cahaya itu membuatkan hatinya sebak.

Dengan dada sebu kesedihan dia perlahan-lahan berdiri di situ memandang batu dimana tempat persemadian masternya tadi sebelum air mata jatuh menitis dari kelopak matanya. Akhirnya...berakhir sudah penantian masternya. Dan sekarang tiba gilirannya pula...

Tak lama cahaya berkerlipan itu lenyap, muncul seseorang di sisinya lalu berkata. "Tuan, semua persiapan telah di lengkapkan"maklum suara dari belakangnya.

Kaiser yang masih tunduk memandang ke lantai itu membalas. "Kalau begitu arahkan semua koloni untuk bubar. Pergi ke tempat persembunyian yang berasingan. Bila tiba masanya, aku akan panggil kau orang semula."arahnya dengan nada mendatar.

"Baik."balas suara itu serta merta.

Sebaik mendengar arahan itu kesemua orang yang berkelubung hitam itu berdesup melenyapkan diri secara tiba-tiba. Meninggalkan dia keseorangan di situ. Tunduk memandang ke tempat perbaringan itu dan peti yang berada di tepi tangannya ini.

Peti yang berisi amanat.

Amanat yang perlu dia berikan kepada orang itu agar legasi koloni ini tidak akan musnah dan terhapus begitu sahaja. Jika hal ini berlaku keseimbangan alam dan sihir akan terganggu. Kemusnahan akan berlaku dengan masa yang singkat. Ini la misinya.

Tanpa berlengah terus dia berdiri. Melenyapkan diri secara tiba-tiba sebelum memijak tanah beberapa saat kemudian. Bau tumbuhan hijau dan angin musim bunga menyapa hidungnya saat dia berjalan mendekati pintu pagar yang dililit dengan akar magis. Sebaik dia mendekat, pintu pagar itu terbuka dengan sendiri.

"Pengenalan diri?"tanya pengawal itu kepadanya.

Tanpa teragak-agak butang baju dibuka sebelum tanda lahirnya ditunjukkan kepada pengawal itu. Setelah lepas, dia berjalan masuk ke dalam bangunan itu. Melangkah berdasarkan gerak hatinya. Mantel di badan di tanggalkan sebelum cermin mata bulat di pakai ke wajahnya. Rambut depannya di turunkan menutupi dahi dan sebahagian matanya sesaat sebelum pintu itu terbuka. Penampilan asalnya perlu di sembunyikan untuk tidak terlalu menarik perhatian.

"Oh...kamu pelajar baru tu kan?"seorang master wanita menyambut dia masuk ke dalam kelas.

Dan waktu itu la, satu tenaga yang kuat membuatkan rantai yang tergantung di lehernya balik pakaiannya bergetar kuat. Memberitahu dia bahawa orang itu berada di sini. Tanpa membuang masa dia kerling ke sekeliling kelas itu untuk mencari sumber tenaga tu.

Dia lihat dan lihat sehingga la terpandang sepasang mata tu.

"Hello! Kaiser to earth...kau menungkan apa tu?"lambai Diane dekat depan mukanya.

Kaiser tersentak sikit lantas pandang dua pasang mata di depannya dengan lama.

"Kau dengar tak aku cakap apa tadi...termenung pulak.."cebik Diane semasa meletakkan buku dekat atas meja makan depan Kaiser sebelum duduk dekat situ.

Macam mana dia nak beritahu hal sebenar pada Diane?Mampukah Diane menerima kenyataan yang ayahanda gadis ini sudah pun mangkat beberapa bulan yang lepas. Sudah la Diane baru saja hendak move on dari kejadian yang menimpa dirinya, kalau dia beritahu sekarang tak ke seperti tabur garam di atas luka yang sedang memerah?

"Dengar.."balasnya dengan nada malas.

"So?"Diane pandang penuh berharap padanya.

"Masalah kau..settle kan sendiri. Isu kau dengan Frost ke Casia ke. Jangan libatkan aku.."jawabnya selepas itu. Tapi kalau dia tak beritahu sekarang, masa yang dia ada tak banyak lagi.

Diane buat muka. Hak'alah...berlagak betul. Tampar laju-laju nanti baru tau!"Aku beritahu je...bukan suruh kau settle kan...hish kau ni kan. Nak ajak borak pun susah. Tak best betul."Diane tarik muncung tak Sukanya sambil silangkan tangan atas meja tu lalu palingkan kepala ke kanan meja untuk perhatikan Casia dan Sky dari jauh.

Kaiser termenung pandang tepi muka Diane buat seketika sebelum tundukkan matanya memandang kertas eseinya dengan kening berkerut. Lagipun Diane akan maafkan dia ke kalau dia beritahu kenyataan sebenar mengenai dia nanti.

18. The Kingdomजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें