Episode 22

1.7K 171 1
                                    

"Tadaaa!"sua Casia ke depan muka Diane akan sebuah botol bebuli kaca dengan gembira.

Diane pandang bebuli kaca tu dengan muka tak berminat. Dia kerling ke muka Casia sambil tolak tangan tu jauh dari mukanya. "Apa ni?"soalnya.

Casia tersenyum lebar. Wajahnya penuh dengan seri bersemangat dan bertenaga. "Well...tadi dalam kelas posyen, aku belajar cara-cara untuk menghasilkan minyak wangi...sambil aku buat terus aku teringatkan kau...nah..ambik la..khas untuk kau."Casia capai tangan Diane lalu meletakkan bebuli kaca tersebut ke atas tapak tangan tu.

Namun begitu Diane cepat-cepat tarik tangan dia dari disentuh Casia.

Tersentap Casia dengan tindakan Diane tu. Dengan muka terpinga-pinga, dia pandang Diane sambil buat muka terasanya.

"Tak payah. Aku tak nak."kata Diane dengan nada tak peduli.

"Kenapa?"soal Casia sewaktu pandang Diane yang sedang duduk di atas tembok batu dengan kedua-dua kaki di tegakkan membaca buku.

Casia buat muka kehairanan. Dah kenapa pulak dengan kawannya ni. "Kau ni dah kenapa. Ambik je la. Bukannya pakai duit pun."dia capai tangan Diane lalu di letakkan semula ke dalam tangan itu.

Sambil buat muka bengis, Diane tampar tangan Casia dengan kuat.

SLAP!

Menahan nafas terkejut Casia selepas itu. Matanya terbutang kaku kerana tersentak. Sebu dada dia kerananya.

Diane turun dari tembok tu lalu berdiri menghadap Casia dengan kening mencerlung. "Kau ni tak faham ke! Aku kata tak nak ya tak nak. Asal aku ni nampak kesian sangat ke sampai kau nak bagi aku semua benda yang kau ada macam aku ni tak mampu nak ada semua tu?"marahnya dengan betul-betul walaupun hatinya sudah menangis dan merintih supaya hentikan semua ni!

Namun apakan daya, kalau bukan sekarang, bila lagi. Dia tak nak letakkan Casia dalam bahaya kerana isu dia yang tak pernah ada penghujungnya.

Tanpa membuang masa, Diane terus berlalu pergi melepasi Casia begitu saja.

Casia yang tersentak dengan perubahan Diane mendapatkan rakannya serta merta. Dia lari ke arah itu lalu berdiri menghadang depan kawannya.

"Diane...kenapa ni?Ada sesuatu dah berlaku ke?"tanya Casia dengan muka risau nak menangis dia.

Ya! Banyak bendanya! Sampaikan dia sendiri tak tahu nak buat apa lagi. "Kau tanya aku?Kenapa?"tanya dia. Please Casia. Pergi la. "Fine...aku beritahu. Aku dah bosan dengan semua ni. Okay! Aku rimas dengan semua orang salahkan aku untuk benda yang aku tak buat. Letakkan aku dalam bahaya untuk benda yang aku tak buat. Termasuk la kau. Aku bosan tengok kau berlagak macam kisah pasal aku dan menangis demi aku macam aku ni kasihan sangat. Sekarang kau faham?"dengkingnya seberang yang mungkin!

Terkedu Casia. Matanya perlahan-lahan berkaca. Sedih bila dia dengar semua tu. Mana ada dia pernah rasa macam tu. Dia benar-benar ikhlas ambil berat tentang Diane. "Kenapa kau cakap macam tu Diane. Selama ni kau tak pernah pun ungkit semua ni...kenapa tiba-tiba macam ni?"tanya dia tercebik-cebik sedih.

Diane ketap gigi sekuat hati menahan air mata dia dari mengalir. "Kau tak faham ke! Kan aku dah beritahu, aku dah bosan. Sebab apa? Sebab setiap kali kau ada dengan aku, aku kena selamatkan diri kau dulu. Dan aku kemudian, belum sempat aku nak selamatkan diri aku. Entah-entah nanti sebab kau aku dah mati dulu agaknya."tambahnya lagi.

Kening Casia terus mencerlung marah setelah itu.

"Diane kau sedar tak kau cakapkan apa ni? Selama ni aku tak pernah minta kau selamatkan aku. Malah aku berkawan dengan kau sebab aku ikhlas berkawan dengan kau bukan sebab kasihan atau apa."air mata mula bergenangan di kelopak matanya. Kecewa sungguh dia mendengar kata-kata Diane. "Aku minta maaf kalau aku susahkan kau, buat kau rimas. Tapi tak tak pernah anggap macam apa yang kau cakapkan pasal aku tadi"

Diane mengepal penumbuk, menahan diri. Keningnya berkerut seakan marah. Ya dia tahu. Tapi demi kebaikan Casia jugak dia buat begini.

"Apa-apa je la. Apa yang aku nak kau tahu, Aku dah bosan dengan perangai kau yang suka ikut aku ke mana je aku pergi dan berkepit dengan aku 24 jam. Asal kau nak sangat jadi popular ke?"sengih dia dengan jahat.

PANG!

Bergema bunyi tamparan itu di sepanjang koridor tersebut.

Diane terpempan.

Sementara Casia sudah keberangan. Dadanya naik turun kencang kerana terlalu marah dengan Diane. Dia pandang ke Diane dengan bengang.

"Sampai hati kau tuduh aku macam tu sekali. DIane!Aku ikhlas berkawan dengan kau selama ni. Sebab apa?Sebab aku nak lindungi kau. Tapi ini yang kau fikir tentang aku?"tanya dia dengan muka kecewa dan tak percaya.

Diane memegang pipinya yang terasa panas dek tamparan padu itu. Dia pandang wajah Casia yang sudah kemerahan kerana sedih dengan perasaan serba salah yang amat. Sumpah! Retak seribu hatinya bila lakukan semua ni pada Casia. Rakan baik dan temannya selama ini. Yang sudah di anggap seperti kakak dan keluarganya sendiri!

"Ha'ah...itu yang aku fikir sepanjang masa aku berkawan dengan kau. Aku tak cakap sebab aku malas nak bising-bising. Tapi lepas apa yang berlaku buat aku fikir banyak. Jadi baiknya aku jauhkan diri dari kau...oh tak...putuskan hubungan dengan kau supaya aku tak peningkan kepala aku fikir pasal kau."ujar Diane dengan nada sinis yang di buat-buat.

Casia mencebik sedih sebelum menangis. Air mata berjuraian keluar.

"Sampai hati kau Diane!"Casia tersedu sedih. "Aku benci kau Diane!Sampai hati kau cakap macam ni dekat aku."ratapnya dengan sebak. "Kalau itu yang kau mintak, baik. Kita putus. Mulai hari ni kita takkan ada apa-apa lagi. Kau bukan kawan aku lagi. Dan aku takkan hiraukan kau!"jerit Casia sebelum berlari pergi dari situ.

DIane yang berdiri dekat situ hanya perhatikan kelibat Casia menjauh dari dia bersama linangan air mata di pipi. Menahan rasa sebu di dada, Diane tunduk perlahan-lahan ke bawah sebelum melutut dekat lantai tu sambil cengkam kemeja di dadanya dengan kuat. "Maafkan aku Casia."ucapnya dengan susah payah.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now