Episode 71

1.5K 134 0
                                    

Di suatu hujung minggu yang indah, Diane keluar bersama Kaiser ke pekan untuk hiburkan diri. Mereka berdua sehabis yang boleh gunakan masa yang ada sepanjang hari itu menelajah setiap lokasi biasa Diane lawat ketika Bersama Casia dulu.

Banyaknya Diane la yang ke sana ke mari. Kaiser cuma temankan gadis itu. Ikut saja kehendak Diane sepanjang hari mereka keluar. Diane nak itu, Kaiser ikutkan, Diane nak lakukan itu dan ini, Kaiser turutkan.

Ada la masa tu jugak Kaiser cuba larikan diri tidak mahu ikut Diane sebab dah sampai limit dia, tapi Diane kekang pergerakan Kaiser sepanjang masa itu. Sebolehnya dia tidak mahu Kaiser ke mana-mana selain menemankan dia di sisi.

Tiba la waktu Malam, Kaiser menjadi mangsa angin Diane. Mereka berdua singgah di ke bar kegemaran Diane. Dekat jam 2 pagi macam tu, baru la mereka beransur keluar dari bar tersebut dan pulang ke akademi.

Selepas munculkan diri secara tiba-tiba di depan pintu masuk akademi dengan Kaiser, Diane menyanyi girang dekat depan. Meninggalkan Kaiser yang super duper kepenatan di belakang.

“Diane...slow sikit. Aku dah tak larat nak berjalan ni...”panggil Kaiser dekat belakang. Sumpah kaki dia dah lenguh sangat ni!

Diane pun berpaling, sambil jalan mengundur ke belakang, dia pandang Kaiser. “Apa la...jalan sikit dah penat. Bukannya jauh mana kita berjalan." Ujarnya.

Kaiser mencekak pinggang lepas berhenti dari berjalan. Dia pandang Diane dengan kening berkerut. “Apa kau kata?Tak jauh mana?Hello...dari siang sampai ke pagi, kau heret aku ke sana sini macam tak cukup tanah berjalan tanpa henti, kau kata tak jauh mana?”soal dia dengan nada tak percaya.

Diane yang dengar ketawa. Berasa kasihan punya pasal, dia pun gerak ke arah Kaiser untuk jalan sama-sama. “Hahah.., itu pun nak merungut..sini aku pimpin..”katanya sambil tu.

Namun sewaktu Diane hendak mendekati Kaiser satu lembaga hitam muncul tiba-tiba di belakang lelaki itu lalu menghentak kuat tengkuk Kaiser hingga  buatkan dia rebah ke bawah tidak sedarkan diri.

Diane yang lihat terus bungkam sebelum menempik nama Kaiser dengan kuat. Dia cuba mendapatkan Kaiser saat lelaki itu terbaring namun lembaga hitam tadi menyusup laju di depannya dan satu tamparan hinggap di pipi kanannya hingga membuatkan dia terduduk di atas tanah dalam sekelip mata.

“Seronok dating?”tegur satu suara itu sewaktu tangan lembaga berkelubung depan Diane menyelak hood turun dari kepala. Mendedahkan wajahnya. Di bawah cahaya terang bulan, muka jahat Luisa terpampang dengan jelas. “Sekarang masa untuk aku pulak yang berseronok.”ujar Luisa sebelum tunduk mencekau kolar baju Diane. Mengheret gadis itu dengan mudah dengan menggunakan kuasa dia.

“Apa yang kau buat ni Luisa!”tanya Diane sambil memegang lengan Luisa sewaktu dia di heret ke arah Kaiser pula.

Luisa tunduk mencapai kot Kaiser lepas sampai ke lelaki tu. Dia kutip lelaki tu dengan tangan sebelah lagi macam berat mereka berdua tak beri kesan padanya.  Setelah itu, dia tunduk memandang Diane. “Kalau macam tu boleh kita pergi sekarang?”tanya Luisa dengan sengih jahat meleretnya.

Diane menahan nafas terkejut, dia gerak hendak melawan, namun tidak sempat hendak berbuat begitu apabila mereka bertiga  lenyap secara tiba-tiba sebelum muncul di tengah  sebuah hutan jauh dari perhatian orang.

Srett!

Srett!

Srett!

Bunyi seretan di atas permukaan daun kering dan ranting kedengaran saat dua tubuh itu bergesel dengan tanah dan daun kering. Seorang tidak sedarkan diri, dan seorang lagi sedang bergelut hendak melepaskan diri.

“Luisa hentikkan semua ni. Lepaskan Kaiser, dia tak terlibat dalam hal kita lepaskan dia...kau ambil aku sahaja....”minta Diane saat mendongak memandang gadis bertubuh kurus yang mempunyai tenaga luar biasa di atasnya.

“Tak semudah itu sayang...”bisik Luisa dengan gemersik. “Aku perlukan dia untuk seksa kau....aku nak kau tengok sendiri apa rasanya bila lihat orang yang kau sayang mati perlahan-lahan depan mata kau.....”heret Luisa yang semakin lama semakin jauh  masuk ke dalam hutan.

Langit masih gelap, suasana pula hening yang menyeramkan. Bunyi haiwan hutan jelas kedengaran. Embun malam membasahi pakaian Diane serta Kaiser yang diheret itu.

“Kenapa kau buat semua ni....adakah semua ini disebabkan dendam kau atau apa yang ayah aku dah lakukan?”kaki Diane bergerak-gerak hendak lepaskan diri. Dia boleh gunakan kuasanya tetapi Kaiser ada dengan Luisa dan dia tidak boleh biarkan sesiapa terluka.

“Ahaha...lebih dari tu Diane. Kau tak tahu apa yang aku nak lakukan dekat kau...”ketawa Luisa sambil heret dua orang tu ke lokasi dimana dia telah sediakan untuk upacara istimewanya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now