Episode 55

1.6K 130 0
                                    

Peti yang berada di atas almari sebelah katil itu di pandang lama saat dia duduk bersandar di tepi katil. Termenung memikirkan sesuatu. Masa tidak lama lagi. Dia tidak boleh lengah kan lagi.

"Tuan Kaiser...."tegur satu suara yang datang dari bebola cahaya di depan muka tu. "Kita perlu kumpulkan kesemua anggota kita. Kita perlukan teras tenaga yang lebih banyak."

Rambut depannya dikuak ke belakang, letih dengan permintaan itu. Tahu tak dia ada perkara yang perlu di fikirkan selain memikirkan masalah para pengikutnya yang tak habis-habis menagih teras kuasa.

"Apa yang kau orang dah buat dengan teras tenaga kau orang?Takkanlah dah habis semuanya?"soal dia dengan nada letih.

"Ramai orang telah jatuh sakit, malah ada juga yang telah meninggal dunia."beritahu suara dalam bebola cahaya tu dengan nada susah hati.

Kaiser memejam mata, dia hela nafas panjang-anjang sebelum membuka matanya semula. "Kalau macam tu biarkan sahaja mereka tu....kita pun perlukannya untuk hidup"selorohnya bernada jengkel. Kalau dah nak mati biarkan saja la mati. Dah sampai ajal kan. Kita yang masih sihat dan muda ni perlukan teruskan hidup jugak. Stres betul la!

"Tapi tuan, master telah amanahkan kepada semua yang ada koloni agar hidup tidak mementingkan diri. Itu yang kami pegang selama ni...paling tidak pun biar la kami semua pulang ke istana semula."

Rahang Kaiser berketik keberangan. Dia ketap gigi menahan diri dari naik angin di situ. "Masalahnya itu masa master masih hidup. Sekarang ni dia dah tak ada,faham tak!"

"Bukan ke tuan cari waris master...bila tuan akan kembali bersama dengan dia dan lindungi koloni kita?Kami tak boleh bertahan lagi untuk tinggal luar kawasan istana"

Tak sabar lagi, Kaiser terus duduk tegak dari sandarnya lalu pegang bebola cahaya tu dengan kuat. "Kau ingat kerja ni senang ke! Aku pun tengah usahalah ni..benda bukan senang kot. Cakap macam senang je. Kalau kau susah. Aku pun susah"marahnya. Bengang betul la! Kenapa la tak faham-faham! Nak mendesak saja tahunya.

"Sebabnya ada sesuatu yang perlu tuan tahu"

Sambil orak arik rambutnya dengan rimas, dia merenggus. "Apa laginya?"soalnya.

"Puak yang bermusuhan dengan Master telah dating ke tempat persembunyian kita dan musnahkan segalanya. Jadi mungkin sekarang dia akan kesan dimana tuan berada. Itu bermakna ia juga akan membahayakan-"

"Apa!"sampuk Kaiser serta merta sebelum suara tu sempat menghabiskan kata-kata. "Bila...kenapa kau tak beritahu aku awal-awal?"soalnya dengan dada berdebar kencang sampai berdenyut sakit urat kepala dia.

"Seminggu yang lepas masa kami datang nak lawat tempat koloni. Mereka turut ada di situ juga... mujurla tuan arahkan kami berpindah keluar dari situ serta merta."

Kaiser buat muka tercengang dia lepas dengar. Secepat ni?Memangnya dia orang tu tak tahu menyabar ke. Kalau macam ni la keadaannya, cepat atau lambat dia kena beritahu Diane. Tapi macam mana. Dia tak bersedia untuk lakukannya. Sebab dia tahu, kalau Diane tahu siapa identity sebenar Diane, secara automatik, kuasa dan kedudukan yang dia miliki sekarang ini akan bertukar tangan.

Dan Diane bakal miliki semuanya.

"Dah....kau boleh dismiss. Kalau ada apa-apa beritahu aku."Kaiser melalukan tangan ke arah bebola cahaya itu dengan malas sebelum ianya lenyap seperti ditiup angin.

Sejurus itu Kaiser tumbangkan badannya semula ke atas katil sebelum termenung memandang siling biliknya dengan renungan kosong.

Rasa pening dan lelah membuatkan fikirannya betul-betul serabut.

"Macam mana aku nak beritahu dia....".keluh Kaiser yang memaling kepala ke arah peti yang berada di almari sebelahnya itu.

Sampai tak ke sudah dia tak serah-serahkan lagi peti tu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now