Episode 96

1.7K 135 1
                                    

Nama yang terukir pada permukaan batu itu di usap dengan jarinya perlahan-lahan. Dengan renungan kosong dia tatap foto kecil yang tertampal pada batu peringatan ini. Siapa dapat sangka, dulu dia dapat lihat empunya kubur ini tersenyum dan bergelak tawa dengannya. Dan sekarang, dia hanya dapat sentuh makamnya saja.

"Apa yang dah berlaku pada dia?"tanya Diane semasa tunduk memandang ke batu makam depannya.

"Casia dia mengalami komplikasi sewaktu melahirkan Diandra dua bulan selepas dia melahirkan, Casia jatuh sakit dan perjuangan dia berakhir sampai di situ."jelas Sky dengan nada suram namun perlahan. Dia memandang ke arah Diane yang sedang duduk bersimpuh di sisi kubur Casia, memangku anak perempuannya yang sedang bermain dengan tali reben yang terjuntai pada pakaian wanita itu.

"Adakah sepanjang masa dia bersama dengan kau.dia bahagia?"tanya Diane perlahan tanpa memalingkan wajah dari kubur itu. Jari jemarinya mengusap batu dingin dan keras itu berkali-kali. Berharap Casia tahu dia ada di sini.

"Kak Casia gembira.dia selalu cerita pasal kak Diane, betapa teringinnya dia nak temui kak Diane. Abang selalu pujuk yang dia akan cari kak diane tapi tak jumpa. Sampaikan sejak Diandra lahir, gambar kak Diane lah yang selalu di pandang DIandra"jelas adik kandung Sky, Sunny.

Diane tersenyum nipis sebaik mendengarnya. Sampai terbawa-bawa ke anak rindu untuk menemui dia, Casia ni"Iya ke?"katanya sambil tunduk memandang Diandra. Wajah anak ini saling tidak tumpah seperti Casia. Dari mata, hidung hingga la kening. Persis seperti Casia. "Cantik nama dia,sepadan untuk anak secomel dia..."Diane bangun dari duduknya. Membetulkan dukungannya pada anak kecil di dalam pelukannya. "Mata dia sama seperti Casia,"puji Diane lagi yang kemudiannya menyerahkan Diandra kepada Sunny.

Sky memandang Diane, wanita yang dulu dia benci itu kelihatan matang dan lebih cantik dari sebelum ini. Sumpah dia rasa serba salah pada DIane dan Casia kerana telah buatkan dua orang sahabat ini sengsara kerana ego dan kepentingan dirinya sendiri.

"Ke mana kau dah pergi?Kenapa baru sekarang kau datang?Casia ada banyak perkara nak beritahu kau, dan aku ada banyak ucapan maaf yang aku nak minta"ujar Sky dengan mata kemerahan seperti mahu menangis.

Sambil menyelak anak rambut ke belakang telinga dengan mata tunduk memandang ke bawah buat seketika, Diane berkata. " Sesuatu berlaku yang buatkan aku ambil masa untuk ke sini.."jawabnya ."Syukur la sepanjang hayat Casia dia bahagia."baru la dia pandang Sky dan Sunny yang berdiri menghadap dia.

Mereka berdua pandang tak berkedip akan wanita beraura kuat depan mereka. Seakan ada sesuatu pada Diane yang buatkan mereka terpegun sendiri tanpa di rancang.

"Tak salah aku buat keputusan unytuk tinggalkan kau orang dengan aman tanpa masalah aku dan nasib buruk aku pada kau orang semua."sambung Diane sebelum menarik senyuman nipis di bibir. Dia kemudiannya menepuk sekali lengan tu. "Sky...jangan risau. Aku dah maafkan semua orang. Aku dah relakan apa yang berlaku. Dan ini adalah kali terakhir aku datang ke sini. Lepas ni aku mungkin takkan ke sini.."katanya sambil capai tangan Diandra di dukungan Sunny. Lalu dia senyum sebelum membawa jari kecil itu ke bibirnya dengan mata terpejam. "Maafkan aunt nak.."sebut Diane semasa menggunakan kuasanya untuk berikan sedikit ingatannya Bersama Casia kepada sewaktu mereka gembira dulu. DIa imprint perasaan gembira dalam kotak memori anak kecil ini. Semoga anak ini akan jadi seorang gadis yang ceria dan gembira suatu hari nanti.

Sky yang lihat berasa bersalah.Sunggu dia menyesal. Kalau Diane Bersama dengan Casia, isterinya pasti masih hidup sekarang. "Maafkan aku Diane."ucapnya sewaktu tunduk memandang ke bawah.

Setelah itu Diane jauhkan diri dari Diandra dan Sunny. Dia pandang Sky dengan renungan kosong. "Tak mengapa Sky. Aku faham kenaoa kau buat keputusan ni. Kau buat semua ni sebab kau sayangkan Casia. Kau tak nak apa-apa berlaku dekat dia..."ujarnya sebelum tersenyum senang. "So..berapa lama kau dah berkahwin Casia baru dapat Diandra?"

Sky pandang Diane dengan muka seakan segan nak menjawab. "Lima tahun.."jawabnya.

"Iya ke.."angguknya dengan perlahan. "Kalau macam tu jagalah anak kau baik-baik. Sebab dia satu-satunya harta yang awak miliki sekarang....sayangi dia sebaik mungkin. Berikan dia kasih sayang secukupnya. Agar dia tidak merasai kehilangan ibunya."pesan Diane yang pernah melaluinya sendiri kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah.Dan ianya bukan benda yang menyeronokkan.

Terus tumpah air mata lelakinya ke pipi lepas dengar pesan itu. Ianya sama seperti kata-kata terakhir Casia sebelum hembuskan nafas terakhir kepada dia. "Aku menyesal DIane"Sky melutut dekat depan kubur Casia lalu meratap di situ.

SUnny yang lihat berkerut kening susah hati. Dia pegang bahu abangnya dengan sebelah tangan, sebelah lagi memeluk Diandra.

Diane yang lihat hanya berdiri di situ tanpa menunjukkan sebarang ekpresi di wajah. Bukan dia tak nak bersedih atau menangis. Hatinya dah lali dengan rasa sakit ni. Dan air mata dia dah banyak mengalir selama ni, jadi ianya dah kering sepenuhnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now