Episode 29

1.7K 153 1
                                    

Pejam celik sekejap je masa berlalu.

Musim silih berganti seperti masa tu sendiri.

Musim bunga pun tiba.

Taktala angin bertiup menyapa udara, daun-daun di pokok saling bergesel. Menghasilkan bunyi semula jadi yang menenangkan.

Tiupan itu buatkan sehelai daun tanggal dari dahannya lalu terbang melayah-layah tidak tentu hala di udara sebelum masuk ke dalam satu daripada tingkap yang terbuka di situ.

Lalu daun itu perlahan-lahan jatuh menyentuh pipi orang yang sedang meletakkan kepala di atas meja lena tertidur sebelum tergeletak si atas lengan tu setelah ia mendarat.

Di depan kelas, seorang master sibuk bercakap.

"Baik, minggu depan kita akan mulakan praktikal macam mana nak gunakan kuasa cahaya ke tahap lagi tinggi. Sayya harap semua akan hadir diri. Pastikan kamu siapkan esei yang saya berikan kepada kamu sebelum tu." maklum Master Oddyn.

"Baik Master!"sahut mereka dengan meleret kerana malas.

Lelaki tersebut kemudian pamit meminta diri lalu keluar dari kelas tersebut.

Sebaik saja mereka hantar master mereka keluar dari situ pelajar kelas  mula membuat rengangan dan menggeliat letih.

Ada juga yang meletakkan kepala di atas meja untuk tidur.

Ada juga yang keluar kelas untuk ambil angin.

Namun begitu tiada seorang pun membuat bising. Kerana sudah terbiasa apabila orang itu tidur mereka akan senyap walaupun tidak di suruh.

Hanya bunyi deru angin bertiup dan coretan pena pada kertas sahaja yang boleh di dengar di dalam kelas mereka.

Dan masa itu suara itu mula memecah kesunyian.

'Jangan...."esak suara itu perlahan."Jangan sakitkan dia....salah saya."igau Diane dengan air mata mengalir dari mata yang terpejamnya. Suara tu tidak kuat namun gadis itu menangis tersedu-sedu seakan takut akan sesuatu.

Mereka yang ada di dalam kelas itu tidak berpaling mahupun menghiraukannya. Hal ini kerana mereka sudah terbiasa dengan perkara itu beberapa tahun sebelum ini. Ya...ini bukan kali pertama mereka hadap semua ni. Sebenarnya sejak kebelakangan  gadis ini sering mengigau kalau tertidur. Mungkin trauma di atas kejadian yang menimpa gadis ni atau kesan apa yang orang dah lakukan pada dia. Tiada siapa yang tahu, dan tak siapa peduli untuk ambil tahu. Sebab bagi semua orang  dalam akademi ni termasuk seluruh penduduk dalam kerajaan Alvano Nova bencikan anak kepada pembunuh ni.

Elok tangan tu sibuk mencoret di atas kertas, ianya terus terhenti apabila Tangan esakan itu menjadi-jadi dan badan tu menggigil ketakutan.

"Saya merayu...jangan sakitkan dia...salah saya.."nangis Diane sebelum dia terjaga lalu duduk tegak dari meletakkan kepalanya. Matanya terkebil-kebil bingung masa dia pandang ke sekeliling dengan mata yang basah.

Beberapa saat selepas itu, Diane lepaskan keluhan panjang lepas sedar yang dia hanya bermimpi.

Buat sekali lagi.

Gosh! Semua ni betul-betul memakan dirinya. Bersama keluhan letih dia bersandar pada kerusi. Termenung memandang ke depan dengan bahu jatuh hilang semangat. Sampai bila la keadaan dia nak berterusan begini.

Lalu dia tundukkan kepala ke bawah sambil picit dahinya dengan mata terpejam. Sakit sungguh kepala ini.

"Kalau nak tidur bukan dekat sini...balik sana. Menyemak je. Orang nak buat kerja pun tak senang."sungut Kaiser sewaktu menulis. Jelas kedengaran dalam nada tu beritahu dia sedang jengkel dan tak suka.

Diane palingkan kepala dengan muka letih baru bangun tidurnya perlahan-lahan. Pada masa yang sama sisa air mata yang ada jatuh mengalir turun ke pipi. Hish! Si nerd ni kan...suka la sakit hati terhadap dia tanpa sebab. Nak marah je memanjang.

"Perlu ke sentap macam tu. Kau ingat aku suka ke semua ni?"soalnya dengan nada perlahan tiada tenaga dan suara serak bangun tidurnya.

Kaiser angkat kepala, dia pandang ke depan buat beberapa saat sebelum palingkan kepala ke sisinya. Sambil buat muka tak berminat, dia pandang wajah yang pucat dan basah dengan air mata Diane. "Baliklah sana dari kau menganggu kententeraman orang lain."ujarnya mendatar lalu kembali tunduk menyambung tulisnya.

Air muka Diane menjadi mendung, sedih rasanya. Tak ada siapa faham dia. Tak ada siapa tahu apa dia rasakan sekarang ni. Kalau la Casia ada, tak adanya dia dalam keadaaan macam ni. Lalu dia tunduk memegang jari jemari dengan cemas, dia rasa trauma sangat selepas kejadian Casia tempoh hari.

Sejak kejadian malam itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak setiap kali balik asrama. Setiap kali pejam mata mesti dia akan terasa seperyi Casia akan menerkam dan serang dia masa dia tidur atau mencekiknya seperti.

Sebab itu la dia kerap tertidur di dalam kelas. Bukannya sengaja dia hendak menganggu kententeraman orang lain.

Diane kemudiannya memandang sekeliling kelasnya dengan pandangan kosong sebelum beralih kepada Kaiser. Tepi muka tu di pandang sekejap sebelum dia cubit sedikit kain pada lengan baju lelaki itu lalu di tarik perlahan. Takut sekiranya lelaki di sebelahnya ini marah.

"Kaiser..."panggilnya dengan perlahan.

Kaiser pum  menoleh. Dia buat muka toya menyampah masa pandang Diane. "Asal?"tanya dia dengan nada grumpy.

Dia tak tahu kenapa, tapi disebabkan Kaiser seorang saja yang tak perlakukan dia seperti mana orang lain buat, Hanya Kaiser saja la jadi tumpuannya sekarang. "Aku lapar." bisik Diane dengan perlahan.

Tergamam Kaiser di buatnya. Dia pandang tak percaya ke Diane. "So?"soalnya semula.

Diane cebik bibir muncung lalu meletakkan kepala ke meja semula berbantalkan lengannya. Beritahu je. Dia tak ada kawan dan rasa sunyi. Jadi dia nak perhatian. Itu je. "Tak ada apa." katanya.

Kaiser pun kembali tunduk menyambung coretannya sambil geleng kepala. Ada ke! Ingatkan apa tadi. Entah apa-apa je la.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now