Episode 58

1.5K 165 0
                                    

Diane keluar dari bilik air sambil membawa bekas berisi air dan tuala lap muka tergantung di lengannya. Kaiser masih tidak sedarkan diri. Untuk itu dia ingat nak tolong redanya sikit panas badan lelaki tu dengan tuam tuala basah.

Setelah itu, Diane gerak ke almari sebelah katil untuk letakkan bekas tu. Masa Diane hendak berbuat begitu, mata Diane terarah pada peti yang berada di atas almari tersebut, Dia pun duduk dekat atas katil sambil mematai peti tersebut dengan kening berkerut.

Kepalanya terlentok ke kanan lepas menyedari sesuatu dari reka bentuk peti tersebut.

Pelik.

Sebab peti ni ada tanda puak Kristal Biru sama seperti yang dia miliki.

Oleh kerana ingin tahu, dia pandang ke Kaiser sekejap untuk pastikan lelaki itu masih terlena. Yakin yang Kaiser memang tak sedarkan diri, Diane kembali memandang peti tersebut. Dia tahu dia tak patut usik barang orang tanpa kebenaran. Tapi perangai nosy dia ni tak boleh nak dibendung lagi.

Peti itu pun dicapai Diane kemudiannya.

Penuh berhati-hati dan senyap, Diane bawa peti itu ke depan mukanya. Dia pusing kanan dan kiri hendak teliti setiap bentuk dan ukiran yang ada di peti itu sambil melalukan jari telunjuk pada ukiran timbul di situ.

Namun entah bagaimana dia, entah dia salah pegang atau tersentuh sesuatu, dengan sendiri, peti itu mengeluarkan cahaya berwarna biru lalu penutup peti ternganga luas.

Hampir hendak tercampak peti tu dengan Diane sebab terperanjat. Mujurla dia cuma terkejut sikit. Jadi dia pegang kemas peti itu dari terjatuh. Setelah sober dari terkejut, Diane letakkan peti itu di atas ribanya sebelum pandang ke Kaiser semula. Nak pastikan lelaki itu tidak bangun. Dia kembali memandang peti tadi.

Segulung kertas kulit tersimpan dalam peti itu. Tanpa membuang masa Diane capai gulungan tersebut. Mungkin di dalam ini tersimpan maklumat mengenai Kaiser. Jadi dia buka gulungan itu perlahan-lahan sebelum ternampak tulisan yang di coret dengan pena buluh pelepah di permukaan kertas tersebut.

Dan perkara pertama yang dia Nampak ialah namanya yang berada di atas ucapan surat tersebut. Tidak menyangka akan hal itu, Diane tunduk membaca coretan itu.

Kepada anakku Diane Eliane..

Mungkin disaat kamu membaca surat ini, ayah tiada lagi di dunia ini. Terlebih dahulu ayah hendak minta maaf diatas segala kejadian yang menimpa kamu sepanjang kamu hidup bersendirian ketika kamu ditinggalkan sejak bayi lagi. Sejujurnya Diane, ayah amat kesal dengan keputusan ayah untuk tinggalkan kamu dari hidup ayah hanya untuk menjaga kepentingan ayah. Sekarang ayah menyesal kerana sepanjang masa ayah sentiasa memikirkan diri kamu Diane. Ayah kamu ini bukan seorang pembunuh. Ayah hanya lakukan perkara yang perlu untuk lindungi keluarga dan puak ayah. Ibu kamu tidak bersetuju untuk bersama dengan ayah kerana tidak mahu bahayakan diri melindungi orang yang tiada kaitan dengan hidup dia. Dia tinggalkan kamu dengan ayah, tetapi ayah terpaksa tinggalkan kamu kerana kesilapan ayah sendiri.

Diane.

Puak kamu memerlukan seseorang pemimpin yang membantu mereka untuk teruskan hidup. Musuh puak kita iaitu Pusk Black Pearl sedang merancang sesuatu yang besar. Ayah pernah cuba menghalang tindakan dia, tapi semua itu tidak berguna kerana sihir dia telah meragut ramai orang termasuk kanak-kanak dan orang tidak bersalah. Semua orang menyangka ayah adalah punca semua kejadian itu berlaku. Sebenarnya tidak. Ianya tiada kaitan dengan ayah. Ayah Cuma berada di tempat yang salah pada masa yang salah. Mungkin semua ini telah terlambat untuk dijelaskan kepada kamu. Tapi percayalah ayah tidak akan lakukan perkara yang akan memalukan anaknya seumur hidup.

21 tahun berlalu begitu sahaja.

Ayah tahu semua yang ayah beritahu tiada gunanya sekarang kerana kamu telah pun dewasa. Tetapi ayah tidak mahu kamu membenci ayah buat selamanya walaupun ayah telah tiada lagi di dunia ni. Oleh sebab itu ayah tulis surat ini. Untuk beritahu kamu bahawa ayah sayangi kamu. Maaf sebab lambat. Ayah harap dapat lihat wajah kamu sebelum ayah pergi. Namun masa tidak mengizinkan ayah untuk berbuat begitu. Mungkin kamu secantik ibu kamu. Ayah hanya dapat bayangkan rupa ibu kamu sahaja.

Ayah amat merindui kamu.maafkan ayah untuk segalanya. Dan sekiranya kamu telah berjumpa dengan ibu kamu janganlah kamu membencinya. Maafkanlah segala salah dia kerana meninggalkan kamu. Kerana kami adalah ibubapa kamu Diane. Sayang dan cinta ayah dibawah lindungan kamu.

Maafkan ayah kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baik. Oleh itu ayah telah menghantar seseorang yang akan menjadi pelindung kamu. Dia adalah anak rakan ayah yang telah meninggal dunia ketika melawan pihak musuh. Dia adalah satu-satunya orang yang boleh melindungi kamu di kala kamu susah mahupun sedih. Ayah harap keputusan ayah ini tepat untuk menjadikan dia sebagai penganti ayah dan juga pemimpin puak kita apabila dia telah berjumpa dengan kamu. Kerana dengan gabungan kuasa kamu dan juga dia tiada apa-apa yang boleh menyentuh kamu berdua.

Salam sayang dan rindu, ayahmu

Xavier Edine..

Berasa terkejut dengan apa yang baru dibaca, Diane bawa tangannya ke mulut lalu di tekup dengan erat sebelum menangis teresak-esak dekat situ.

Tak mungkin!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now