Episode 41

1.7K 164 4
                                    

Sejak Frost perkenalkan tempat ni kepada dia, sungguh, hanya tempat ini saja yang menjadi healing santuary untuk dia sejak hari tu. Entah kenapa aura dalam ruangan rumah hijau ini sungguh menggamit hatinya. Ibarat tempat ini caj semula tenaga dia yang hilang.

Pari-pari Bunga yang berterbangan depannya dii pandang lama, termenung memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah ia.
Tiba-tiba mereka mula mengerumuni dia sebelum mengeluarkan suara bisikan halus dengan bahasa yang Diane tidak faham.

Walaupun dia tidak faham, Diane hanya iyakan saja setiap bisikan suara kecil tu dengan senyuman lebar di bibir. Dia kemudiannya tadahkan tangan ke arah mereka yang mana si sambut oleh pari-pari itu. Ia terbang lalu hinggap di atas tapak tangannya tak lama kemudian.

"Saya tak apa-apa. Tak apa. Awak semua tak perlu gunakan kuasa awak untuk saya hari ni.. Saya cuma ambil angin sahaja." bisiknya dengan perlahan sambil melalukan jari pada kelopak bunga yang menjadi sayap pari-pari tersebut.

Lembut dan hangat. Itu yang Diane rasa lepas sentuh ia.

Tiba-tiba Pari-pari bunga itu tersentak lalu mencicit-cicit terbang menyorok semula ke balik tumbuhan di situ. Diane yang lihat berdiri kehairanan.

Dah kenapa?!

Ada sesuatu yang menakutkan mereka ke?

Diane pun menoleh. Niat dia nak tahu apa yang buatkan pari-pari itu takut. Sekali sebaik saja dia menoleh, dia melihat Kaiser sedang berjalan mendekati dia sambil memegang satu beg kertas. Susuk tubuh yang lampai dan renungan dalam itu membuatkan Diane terpaku seketika.

What the hell!

Macam mana Kaiser tahu dia ada dekat sini?

"Dekat sini rupanya kau. Jenuh aku mencari kau sekeliling akademi tadi." ujar Kaiser semasa memandang Diane dari balik cermin mata palsunya itu.

Menelan air liur gemuruh, Diane berdiri kaku dekat situ memerhati langkah Kaiser. Kenapa Kaiser ada dekat sini?

"Apa yang kau buat dekat sini?"tanya Kaiser sambil buat muka seakan bingung dengan kehadiran Diane di situ.

"Aku yang sepatutnya tanya kau... Kenapa kau boleh ada dekat sini.?"tanya Diane pula dengan kening berkerut tak faham. Rasanya tempat ni sangat tersembunyi. Sejak dia ke sini, tak pernah pun dia nampak mana-mana pelajar ke rumah hijau ni. Dah kenapa Kaiser ke sini pulak.

Kacau daun betul!

Kaiser jalan melewati Diane dengan bersahaja sehingga la dia tiba di bangku dan duduk di situ."Sebab aku selalu lepak dekat sini la." Dia menyilang kaki saat duduk bersandar pada kerusi itu, berlagak seperti sudah lama di situ.

Diane buat muka sebelum berdecit menyampah."Yalah tu. Ke kau ikut aku hah..."tanya sewaktu menyilang tangan ke dada berdiri menghadap Kaiser. Sambil tu dia kerling sekitar rimbunan pohon renek di situ. Cuba mencari bayang pari-pari yang menyorok secara tiba-tiba. Kenapa dia orang lari?Selalunya okay je.

"Suka hati kau nak percaya atau tak. Sebab tempat ni adalah public. Bukan hak milik kau. So sesiapa boleh ke sini."balas Kaiser dengan nada sassy berlagaknya.

Menyampah dengan kata-kata Kaiser, Diane pun menjuling mata ke atas lalu turunkan tangan ke sisi. "Fine...kau duduk la situ." ujarnya semasa berpaling hendak beredar dari situ. Macam la dia hamak sangat nak duduk lama-lama dekat sini.

Kaiser yang dengar pandang belakang badan Diane. Tanpa berbuat apa-apa, dia kedipkan matanya sebelum tunduk membuka beg kertas yang dibawanya.

Namun saat Diane mahu melangkah, kaki dia dengan tiba-tiba bergerak tanpa kawalannya. Niat dia nak maju ke depan tapi kaki dia jalan mengundur ke belakang sebelum buatkan dia duduk di bangku itu secara sendiri tanpa kehendaknya.

Terpinga-pinga dengan keadaan itu, Diane tunduk memandang kakinya lalu ke Kaiser yang berada di sisinya.

Kaiser mengangkat kepala lalu memandang Diane dengan kening terangkat. "Ingat nak pergi tadi?"tanya dia semasa  mengeluarkan satu bungkusan plastic berisi roti sandwich.

Diane pandang reaksi poker face Kaiser. Ini mesti kerja lelaki ni. Sama macam hari tu, Kaiser kawal hipnotik seluruh badan dia. Apa sebenarnya kuasa yang dimiliki Kaiser ni? Hairan dia setiap kali bersama dengan lelaki ni.

"Ya...aku memang nak pergi tapi ada seseorang tu salah gunakan kuasa dia...kau rasa?" ujar Diane yang kebingungan. Dia cuba bangun tetapi kaki dan badannya kaku melekat di bangku itu. Sekuat mana sekalipun dia cuba berdiri badannya tidak mahu berganjak.

Kaiser yang sedang membuka pembungkus sandwich itu buat muka tak bersalah. "Aku tak buat apa-apa..."nafinya sambil tu. "Kau pergi la kalau macam tu."halaunya setelah itu.

Diane berkerut kening semasa memandang Kaiser. Dia tidak tahu hendak cakap bagaimana lagi. Lelaki ni kan memang suka tau buat darah dia mendidih marah!

"Aku tak boleh bangun."luahnya sambil gerakkan kaki yang seakan melekat terus dekat lantai. What the hell!

Kaiser bawa sandwich ke mulut lalu di gigitnya dengan besar. Setelah di gigit dia kunyah sambil palingkan kepala ke Diane. 

"Tak boleh bangun ke tak nak bangun?"soalnya dengan mulut yang penuh.

Diane buat muka tercengang. Pandang tak percaya ke atas tuduhan itu. "Hei...memang betul la aku tak boleh nak bangun.."

"Mm...yalah. Nah makan ni. Tak sedap betul makanan dekat tempat ni..."Kaiser sumbat sandwich yang dipegangnya ke mulut Diane.

Diane menjegil mata saat sandwich yang telah digigit oleh Kaiser itu berada dalam mulutnya. Dalam keterpaksaan dia ambil sandwich itu dari tangan Kaiser sebelum di jauhkan dari mulutnya.

"Pelik-pelik je la kepala angin kau ni.." sungutnya semasa mengunyah. Sebaik rasa ham dan tuna itu menyentuh deria rasa, terus Diane meratah sandwich tersebut kerana lapar.

"Makan je la...jangan nak banyak cakap." gesa Kaiser sewaktu memerhati Diane makan. Kembung jugak pipi cengkung ni. Dia melepaskan hela panjang sebelum mendepakan tangan dan di letakkan pada bangku itu.

Sambil makan tu, Diane pandang tepi muka Kaiser dengan renungan berminat. Boleh tahan jugak Kaiser ni. Tak adalah teruk sangat perangainya. Dia kasih boleh hadap lagi.

"Kau datang sebab aku ke?"tanya dia lepas tu.

Kaiser palingkan kepala ke Diane lalu terpandang tepi mulut yang comot dengan kesan mayonis tu. "Habis tu takkan la aku datang untuk pari-pari dekat sini pulak.." jawabnya sambil angkat tangan lalu mengesat kesan kotor tu dengan ibu jari dari tepi bibir Diane.

Diane tersenyum sejurus itu. Dia pandang Kaiser dengan perasaan berharap. Semoga semuanya tak apa-apa dan segalanya baik-baik saja selepas ini.

"Terima kasih kalau macam tu."ucap dia.

Kaiser hanya menjuling mata menyampah lalu kembali memandang ke sekeliling tempat itu. Bagus la kalau Diane gembira.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now