Episode 9

2.2K 193 0
                                    

Kelas pagi itu mereka tidak hadir kerana masih hang over gara-gara minum terlalu banyak malam tadi. Dua kepala itu terlentok di atas meja, berbantalkan lengan masing-masing. Membiarkan cahaya matahari memancar wajah masing-masing saat duduk di depan tingkap cafe'.

Lepas salin pakaian kepada pakaian uniform yang mereka simpan dalam lokar, Diane dan Casia kemudiannya bertapak di dewan makan Utama akademi setelah itu. Tiada mood hendak hadirkan diri ke kelas walaupun mereka tahu mereka hanya akan menerima masalah dengan melakukan hal sebegini. Lagi-lagi Casia!

"Wei...pergi la ambik minuman...aku dahaga ni"minta Diane dengan kepala masih berada di atas meja.

Casia menggeleng kepala sambil buat muka tak mahu di meja itu, Turut meletakkan kepala di situ sebab tak larat dan kepeningan. "Kau lah sana pergi ambik"rengeknya.

Lengan Casia kemudiannya di goyangkan dengan malas oleh Diane. "Tolong la....Kepala aku peninglah."rengeknya pula.

Casia tarik lengannya lalu pandang membuka matanya yang terpejam untuk memandang Diane dengan kening berkerut tak puas hati. "Samalah dengan aku."

Diane tetap juga menggoyangkan lengan Casia yang duduk bertentangan dengannya itu. "Alah...tolong la..."mintanya lagi. Serius dia dahaga sangat ni. Tapi kepala dia yang berpusing ni tak nak beri kerjasama untuk dia ambil sendiri air tu.

Casia mengangkat kepala, lantas keluhan mengalah pun di lepaskan. "Fine...aku pergi ambik."lafaznya. Bertuah punya kawan. Mujur la dia baik hati. Kalau tidak mahunya Diane makan tapak kasut dia hari ni! Dia baru sahaja hendak bangun dari situ sewaktu seseorang muncul dari sisi meja tersebut lalu sebuah dulang berisi dua mangkuk sup di letakkan depannya. Terkejut dengan kemunculan dulang tersebut, Casia dongak mengangkat kepala, memandang ke tepi meja itu dengan kening terangkat tinggi.

Sekali bila dia pandang, seorang pelajar lelaki tersenyum senang kepadannya dengan lebar.

"Hai..."

"Senior Sky...."sebut Casia dengan perlahan.

Sky usap belakang kepala Casia dengan lembut sewaktu ambil tempat di kerusi. "Apa yang dah berlaku?Kau orang berdua buat apa malam tadi?"tanya teman lelaki Casia sewaktu dia duduk di sisi Casia. "Sampai ceroboh masuk bilik umum dan tidur dekat situ lagi tu?"

Diane menelan air liur. Dia buat muka cuak gelabahnya. "Tak...sebenarnya kan, Senior macam ni..semalam saya dengan Diane keluar..kami berdua kemudian-"dia tak berani nak habiskan kata-kata. Takut kalua teman lelakinya akan marah dan tak puas hati dengan tindakannya ini. Casia tundukkan kepala ke bawah sambil tarik muncung sedih. "Sorry....Jangan marah...kami keluar minum malam tadi sampai tak ingat dunia."ucapnya dengan suara kecil.

Sky hanya tersenyum. Dia mengusap belakang badan Casia perlahan-lahan.

"Tak apa.dah awak minum la sup tu dulu." aju Sky sambil tolak mangkuk berisi sup panas ke depan teman wanitanya. Tanpa berkata apa-apa Casia pun menurut dengan patuh. Setelah melihat Casia hirup sup tersebut, perhatian Sky beralih pada orang yang duduk di hadapan mereka pula. Kepala berambut ikal itu di pandangnya dengan renungan menyampah. Mahu tak mahu, Sky mengetuk meja dekat dengan tempat Diane baring beberapa kali untuk membangunkan gadis tersebut.

Kening Diane berkerut kerana terganggu dengan bunyi ketukan itu. Dia mengangkat kepala dengan kening berkerut sebelum memandang Sky dengan renungan mengantuknya.

"Apa?"soalnya dengan nada jengkel.

"Minum sup tu..."Sky menjuih bibir ke mangkuk sup lagi satu yang masih ada dalam dulang. Kalau nak ambik sendiri. Dia bukan butler nak melayan semua orang tak berbayar. Lagi-lagi terhadap Diane. Memang tak la! Kalau bukan kerana Casia teman baik Diane, tak adanya dia bergaul dengan perempuan bawa masalah dan juga bereputasi buruk ni!

Diane mengaru belakang telinga saat memandang sup itu. Kening mencerlung tak suka bila nampak benda yang tenggelam dalam cecair jenih dan berwap hangat tu. "Sup belut lagi?"tanya dia dengan muka bercemberut.

Sky menjuling mata menyampah. Banyak fe'el pulak. Untung-untung ada orang nak tolong ambilkan sekali. "Dah. Jangan nak banyak bunyi, minum jer. Jangan biarkan perut kau tu kosong"balasnya dengan nada jengkel.

Sewaktu Sky bercakap, sempat jugak Diane melirik ke Casia yang sedang curi-curi pandang Sky. Kalau mata tu ada laser lama dah kepala lelaki ni berlubang dek renungan Casia. Bukan main lagi cari Casia memandang Sky. Rakannya ini begitu menggilai Sky. "Wei....minum tu pandang supnya nanti tersedak pulak.....:selorohnya semasa menopang dagu di meja.

Sky menoleh ke Casia lepas dengar komen tu, yang mana terus membuatkan Casie tersentak lalu tersedak kerana sup itu. "Uhuk!!"batuk Casia apabila dia terkejut dengan renungan itu. Lemah semangat! Fuh! Sambil terbatuk-batuk, tangannya menepuk-nepuk dada sementara Sky mengusap belakang badan dia.

"Awak okay Casia?Itu la minum perlahan-lahan la....okay tak ni?"tanya Sky sambil tunduk menjengah kepala mahu memandang wajah yang sudah kemerahan itu. Kesian pulak dia tengok!

Casia mengangguk kepala dengan muka blushing sebab malu. Macam nak timbus kepala dalam tanah je rasa. "Ya... Saya tak apa-apa"katanya dengan perlahan.

Menyampah dengan apa yang di lihatnya, Diane berdengus kecil. "Kau orang berdua ni dah tiga tahu couple tapi berperangai macam Budak baru bercinta je...itu pun nak malu-malu"selorohnya dengan sengih meleret. Suka dia sakat Diane.

Tersentak dengan komen itu, Casia pandang Diane dengan kening berkerut. "Apa kau ni...mana ada!"marahnya.

"What ever dude..."lambai Diane yang tak peduli akan penafian Casia.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now