Episode 34

1.6K 147 2
                                    

Sebaik sahaja mereka tiba di kelas Diane semula, mereka dikejutkan dengan sekujur tubuh tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di bahagian kepala di atas lantai kelas tu.

Menyedari siapakah orang itu, Diane terus berlari ke tempat itu lalu melutut di situ. "Kaiser!"panggilnya dengan cemas setelah memegang pipi tu. "Apa yang dah berlaku ni?" tanya dia sambil tepuk untuk bangunkan lelaki itu, tetapi tidak terkutik. "Kaiser! Bangun la!"cukup la. Kenapa tak habis-habis ada yang disakiti kerana dia!

CLAP!

CLAP!

CLAP!

Master Vena tersentak, begitu juga dengan Diane sebaik mendengar tepukan itu. Mereka berdua palingkan kepala ke dinding penjuru kelas dimana lelaki tu muncul dari balik dinding lalu berdiri di situ memandang Diane.

"Wah-wah...hebat betul kan cik adik kita yang seorang ni berlakon?"ujar Frost sambil Tarik sengih meleret jahatnya.

Perlahan-lahan Diane bangun dari melututnya dan menghadap Frost. "Apa yang awak cuba lakukan ni Frost?"tanya dia.

Master Vena angkat tangan hendak melantunkan kuasa magisnya ke Frost pada masa yang sama.

Namun Frost lebih pantas.

Seperti angin lalu, Frost berdesup laju menuju ke Master Vena sebelum berdiri di belakang wanita tersebut. Menggunakan tangan kirinya, Frost munculkan satu pisau belati dari lohong pentagram yang dihasilkannya lalu di letakkan depan leher Master Vena.

"Ah-ah...kalau saya jadi Master saya akan fikir dua kali.."sebut Frost setelah itu.

Kejung Diane dekat situ, seluruh badan dia menggigil ketakutan. Matanya terbutang luas. Jantung dia waktu ini berdegup dengan sangat laju sampaikan dadanya menjadi sesak susah hendak bernafas.

"Frost.!Apa yang kamu fikirkan ni!Kamu sedar tak apa yang kamu sedang lakukan!"marah Master Vena.

"Diam!Atau aku kerat leher kau ni!!"bentak Frost sambil geselkan pisau tu pada leher Master Vena.

Diane yang nampak mengedipkan mata kerana ngeri dengan pisau belati yang ada di leher tu. "Kenapa awak buat semua ni?"tanya dia takut-takut.

Frost alihkan perhatian ke Diane pula sebelum ketawa buat-buat. "Apa?Kau tanya kenapa?Serius? Kau tak tahu?Hahahaha"ketawanya seakan apa yang didengarnya sungguh lucu.

Kening Diane berkerut, air mata mula berkumpul di mata sebab ketakutan yang amat.

"Mestila sebab BAPAK KAU! LELAKI TAK GUNA YANG DAH RAMPAS SEMUANYA DARI HIDUP AKU!!" bentak Frost selantangnya sampai melompat terkejut Diane dibuatnya. "Sebab dia la aku kehilangan keluarga aku...ibu. Ayah. Abang, Kawan baik aku sendiri. Semua tu berlaku depan mata aku! Masa aku kecik lagi! Kau rasa apa yang aku rasa masa tu? Aku ingat lagi! Muka bapak kau! Muka orang yang dah ragut nyawa keluarga aku sendiri. Dia sedut kuasa dia orang sampai kering dan tak ada apa-apa yang tinggal!"ceritanya dengan muka kecewa bercampur marah.

Diane geleng kepala. Tak mungkin ayahnya lakukan semua tu! "Jadi sebab tu awak cuba sakiti saya dengan menyakiti orang sekeliling saya?"tanya dia dengan air mata mengalir turun ke pipi kanan.

"Mesti la! Hutang darah di bayar darah. Hutang nyawa dibayar dengan nyawa! Kau dapatkan nota tu?"tanya Frost sambil menekankan pisau tu di leher Master Vena.

Wajah takut Master Vena di kerlingnya buat seketika. Cukup tu cukup. Dia tak nak orang lain cedera kerana dia lagi."Ya...saya dapat"angguknya dengan perlahan. "Jadi nota tu awak yang beri?Dan apa yang berlaku pada Casia adalah perbuatan awak?"tanya Diane dengan perlahan.

Terus tersengih jahat Frost lepas tu.

"Hah! Bijak pun. Ya. Memang kerja aku. Kepala arca yang jatuh tempoh hari jugak kerja aku. Aku ingatkan kau akan mati di hempap, tapi entah kenapa batu tu boleh pulak tergerak ke arah lain dan tak mengenai kau. Selain tu Apa yang merasuk Casia hari tu semuanya berpunca daripada aku. Aku dekati dia sewaktu dia lepak di bar yang mana selalu kau orang selalu lawat satu hujung minggu tu. Jadi aku datang ke situ. Aku sihir fikiran dia supaya dia bunuh kau. Aku ingatkan berjaya. Tapi tak. Liat betul kau ni kalau di suruh mati kan?"

Master Vena yang dengar membutang mata memandang terkejut ke Diane. Jadi selama ni apa yang berlaku adalah rancangan Frost sendiri. Ini bermakna Diane tak bersalah sejak awal lagi!

Kening Diane berkerut tak faham. "Bukan ke awak yang selamatkan saya tempoh hari?"Casia beritahu dia lepas dia sedar dari pengsannya hari tu.

"Tak mungkin lah...kau yang tiba-tiba hentikan runtuhan tepat masa kau jatuh. Tak ingat ke?"

Master Vena yang dengar ternganga apabila mengetahui kebenarannya.

"Kemudian aku nekad. Memandangkan semua cara tu tak berkesan. Aku terpaksa naik taraf langkah untuk bunuh kau dengan bubuh racun dalam minuman kau. Tapi lain pulak jadinya. Apapun Daniel tak sepatutnya mati! Patutnya kau yang mati. Asal kau tak minum."keluh Frost dengan nada tak percaya dia.

Oh my god!

Terkedu Diane dibuatnya. Boleh pulak Frost selamba je cakap macam tu. Ingat nyawa dia ni mainan apa?

"Frost lepaskan Master Vena. Dia ada anak ada suami. Awak ambillah saya."ajunya.

Frost tersenyum. "Kau tak payah beritahu, memang itu niat aku!" Dia kemudiannya menghentak kepala Master Vena ke dinding hingga membuatkan wanita itu rebah tidak sedarkan diri. Seperti angin, lelaki itu berdesup laju ke arah Diane lalu menarik gadis itu ke dalam pelukan sebelum lenyap secara tiba-tiba dari situ dalam sekelip mata.

Selang beberapa saat kemudian, pintu kelas itu terbuka, sekumpulan pelajar kelas itu yang baru sahaja kembali dari pejabat terkejut apabila melihat dua orang yang terlantar tidak sedarkan diri di situ.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now