Episode 83

1.5K 152 4
                                    

Kenapa la jauh sangat pulak pintu keluar hari ni?

Diane toleh ke belakang bahu dia sekejap-kejap, nak tengok kalau dia di ekori ke tidak.

And yes!

Lelaki keras kepala tak faham bahasa bernama Frost ni sedang mengekori dia!

Berasa takut kena tangkap, Diane pandang ke depan lalu berjalan laju mencelah di kalangan pelajar-pelajar yang lalu lalang dekat koridor yang sama di situ. Sambil tu dia sebut nama tu

KAISER!

KAISER!

"Mana kau! Dengar tak! Munculkan diri sekarang jugak!"bisik Diane dengan kuat dalam hati. Kaiser satu-satunya orang yang dapat buatkan dia lepas dari Frost.

Serius!

Lama dah dia terfikirkan cara ni.

Cuma dia tak tahu bila nak lakukannya sebab keadaan selalu saja tak mengizinkan dia untuk laksanakannya.

Dan sekarang la masanya.

Dia dah nekad!

Cuma ini saja jalannya!

"Awak tunggu!"panggil Frost dekat belakang.

Diane yang dengar buat tak dengar. Dia malah meluru ke arah pintu gerbang yang menghala keluar dari situ. Terlalu cemas kalau Frost berjaya tangkap dia macam hari tu. "Kaiser!"deram Diane lagi sambil berjalan memasuki satu lagi koridor luar. Laman berumput hanya beberapa meter saja dari situ. Tanpa entah kenapa perjalanan nak ke sana macam jauh sangat kali ni.

Diane kembali toleh ke belakangnya sambil berjalan laju ke depan.

Frost tak jauh dari dia, tapi bila Diane belok lelaki tu hilang sekejap sebelum muncul semula dekat belakang dia.

"Kaiser!"panggil Diane lagi dengan jelas sekali lagi. Mana pulak lelaki ni! Selalu ada je muncul bila dia tak perlukan lelaki tu, sekarang masa dia perlukan boleh pulak tak muncul! Diane palingkan kepala ke depan kemudiannya.

KEDEBUK!

Diane terlanggar seseorang dari depannya masa itu jugak.

"Woah! Asal ni!"tegur orang yang menyambut badan Diane selepas perlanggaran berlaku.

Bersama muka terkejut, Diane dongak memandang Kaiser dekat depannya dengan nafas tertahan-tahan.

Akhirnya!

"Tolong aku..."sebut Diane sambil toleh ke belakang sekejap sebelum kembali memandang Kaiser semula.

Kaiser yang baru saja munculkan diri secara tiba-tiba di situ selepas dengar suara cemas Diane dalam kepalanya tadi buat muka bingung. "Ada apa? Dah macam kena kejar hantu je aku tengok..."tanya dia sewaktu selak rambut Diane yang berwarna kelabu biru jauh dari menutupi muka tu.

Diane cengkam kedua-dua belah kain tepi lengan Kaiser kuat-kuat. "Frost...dia kejar aku."beritahunya.

"Mana? Apa dia nak dari kau?"Kaiser gerakkan kepala nak pandang ke hujung koridor tu, tapi baru dia nak berbuat begitu, Diane bersuara lagi dengan cemas.

"Jangan pandang...."tegah Diane dengan keras.

Pelik dengan tingkah Diane, Kaiser cuba jarakkan diri dari badan tu. "Kau dah kenapa?"

Diane tarik semula Kaiser rapat semula kepada dia, malah dia bawa tangan lelaki tu melingkar ke sekeliling pinggangnya dengan paksa.

"Beritahu aku bila dia dah ada dekat belakang." pesannya.

"Hah?"nganga Kaiser sewaktu pandang Diane dengan kening berkerut dan muka tak faham lepas Diane rapatkan mereka berdua dengan intim macam ni sekali. "Memangnya kenapa? Apa kau nak buat?"

Diane pandang ke mata Kaiser dengan perasaan nekad. "Bukan aku....tapi kau.." jawabnya sebelum telan air liur gemuruhnya.

"Aku?"Kiaser gerak hendak leraikan pelukannya dari pinggang Diane sambil tu, tapi Diane halang, tangannya malah dipaksa terus melingkar dekat pinggang tu.

Diane jilat bibirnya tanpa sedar semasa memandang bibir Kaiser. Kalau Frost tengok apa yang akan berlaku lepas ni, mesti lelaki tu akan putus asa dan berhenti.

Masa itu la Kaiser ternampak Frost muncul dari hujung koridor tu. "Frost...dia dah ada dekat sini..."maklumnya sambil perhatikan langkah Frost yang kelihatan lekas dan terburu-buru.

"Good...sekarang aku nak kau kiss aku!"arah Diane lepas tu.

Dumbfounded dengan arahan itu, Kaiser bagi muka 'WTF' pada Diane. "Apa?"salah dengar apa.

"Kiss aku...buat ianya nampak real sebolehnya dan meyakinkan sesiapa yang tengok..."gesa Diane semasa dongak memandang Kaiser.

"Buat apa?Kau gila eh?"tanya Kaiser dengan terkejut. Eh-eh perempuan ni kan...boleh pulak bergurau macam ni.

Diane hentak kaki mendesak. "Cepat la...nanti dia sampai sini tarik aku pergi dari sini..habis rosak semuanya. Kiss aku bila dia betul-betul ada dekat dengan kita..."

Lama jugak Kaiser pandang muka Diane. "Kau sure?"

Diane mengangguk kepala tanpa berlengah. Dia tahu dia akan menyesal. Tapi semua ni demi kebaikan Frost dan Luisa sendiri. Frost bakal raja negara ni, jadi mustahil buat mereka untuk bersama berdasarkan latar belakangnya macam ni. Sementara itu Luisa ada perasaan pada Frost. Dia tak nak jadi batu penghalang kebahagian Luisa suatu hari nanti.

"Ya...aku sure..."jawab Diane.

Melalui ekor matanya, Kaiser perasan Frost sudahpun lima langkah dari tempat mereka sedang berdiri.

"Fine...jangan salahkan aku lepas ni."ujarnya semasa bawa tangan kanan dia naik memegang bawah rahang Diane lalu dongakkan kepala Diane ke atas dengan perlahan.

Diane pandang tak berkedip ke Kaiser masa lelaki tu sengetkan kepala mahu mendekatkan wajahnya ke muka lelaki tu.

"Kau okay ke dengan semua ni?"tanya Diane dengan nada berbisiknya depan muka Kaiser.

Kaiser pandang Diane sebelum tarik sengih meleret senangnya. Matanya naik turun dari bibir ke mata Diane."Aku tak rugi...yang ruginya lelaki yang kau cuba jauhkan diri tu sebab aku dapat dulu sebelum dia..."ujarnya sebelum mengucup bibir Diane dalam-dalam dengan mata terpejam tepat semasa Frost mendekat.

Melihatkan kejadian itu, Frost serta merta berhenti dekat situ. Tak tahu kenapa, dia rasa terkilan lepas lihat dua orang di depannya sedang bermesraan secara terbuka seperti ini.

Sekali tu, Frost nampak, Kaiser pandang ke arah dia dengan renungan sinis seakan mengejek dia 'see siapa yang menang dekat sini' lalu mengeratkan pelukannya ke pinggang Diane dan mengucup Diane lebih lama lagi.

Berasa kesal dan give up, Frost kepal penumbuk lalu berpaling dari situ dengan muka tak puas hati dan derap langkah marah.

Sementara Diane, yang sudah tak cukup nafas cuba tolak Kaiser jauh dari dia. "Stop!"arahnya dari balik bibir Kaiser.

Kaiser lepaskan bibir Diane buat seketika sebelum berkata. "Dia tengah tengok kita tu hah...kau sure nak berhenti?"sakatnya.

Kening Diane terangkat tinggi. "Serius?"dia gerak nak toleh ke belakang, nak tengok betul.ke tak, tapi kepalanya dia palingkan semula dengan Kaiser.

"Kau kata nak nampak macam real kan..."bisik Kaiser dengan menggoda depan muka Diane.

Tak tahu nak jawab apa, Diane hanya mengangguk kepala.

"So...kau pun kena la tunjuk macam real jugak...takkan la aku je yang buat move dulu?" umpan Kaiser yang mahukan Diane balas kiss dia.

"Dia tengok kita ke?"bisik Diane dari balik nafasnya.

Kaiser jungkit kening sambil angguk kepala.

Berbolak balik dengan keputusan dan idea yang memakan dirinya sendiri, Diane akhirnya mengalah. "Fine...kau nak aku kiss balik la ni?"

Tanpa berkata apa-apa lagi, sambil tersenyum Kaiser kembali mengucup bibir Diane.

Diane lingkarkan tangannya ke sekeliling leher Kaiser lalu terpaksa jengketkan kaki untuk saing dengan ketinggian Kaiser dan baru la dia dapat balas kiss tu semula tanpa mengetahui hal sebenar dimana Frost sudahpun lama tinggalkan tempat tu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now