Episode 62

1.5K 147 3
                                    

Flashback beberapa bulan yang lalu,

Sehari selepas kejadian Frost menikam Diane.

Di dalam bilik rawatan....

Ketika ini Kaiser menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya selepas di serang oleh Frost.  Dan katilnya bersebelahan dengan katil dimana Diane sedang terlantar saat ini.

Kaiser baru saja sedar dari lenanya sewaktu ternampak Doktor Abiel berdiri dekat sebelah katil Diane. Diam tak bersuara, dia perhatikan belakang kepala wanita itu.

Tekun sungguh perhatikan Diane yang terlantar di atas katil tu. Kalau kisah kenapa tak dari dulu cuba untuk ambil peduli. Kenapa baru sekarang sibuk nak ambil berat.

"Lama tak jumpa kan Doktor Abiel atau...Puan Elaine..."sapa Kaiser dengan suara serak baru bangun tidur.

Tersentak Doktor Abiel lepas dengar teguran itu. Dia dengan pantas berpaling memandang ke belakangnya.

Kaiser yang berbalut di kepala itupun bangun dari baringnya. Duduk melunjur memandang Doktor Abiel.

"Apa maksud kamu?"tanya Abiel dengan kening terangkat. Dari mana budak ni tahu nama sebenar dia?

Kaiser senyum sinis meleret. Please la...jangan nak berpura-pura. Dia dah tahu semuanya. Jadi tak ada gunanya berdalih lagi. Bersama renungan mengejek, dia pun berkata.

"Jangan la macam tu doktor. Saya dah tahu semuanya la...jadi tak perlu doktor buat tak tahu..."Kaiser turun dari katil. Jalan mendekati katil di mana Diane sedang terlantar tidak sedarkan diri.

Abiel memerhati langkah Kaiser dengan kening mencerunnya. "Siapa kamu?"soal dia taktala Kaiser sudah berdiri di tepinya sambil memandang Diane.

"Kaiser Storm. Anak didik kepada Xavier Edine..."jawab Kaiser yang kemudiannya palingkan kepala memandang Doktor Abiel. Sambil pandang tu dia tarik sengih jahatnya. Nak lari mana lagi! Dah tertangkap pun.

Abiel sedaya upaya mengawal reaksi wajahnya apabila mendengar nama itu. Dia melarikan pandangan ke tempat lain.

"Jadi dekat sinilah doktor bersembunyi selama 21 tahun ni?"tanya Kaiser pula sambil pandang sekeliling bilik rawatan tu. Larikan diri dari kenyataan yang wanita ini ada anak dan suami tapi pilih untuk tinggalkan mereka sewaktu diri di perlukan.

What a great mother!

Doktor Abiel pandang Kaiser dengan gigi terketap. Berani betul budak hingusan ni perlekehkan dia ya. " Kamu tak tahu apa-apa jadi jangan nak buat kesimpulan sendiri..." tegasnya.

Sambil melentokkan kepala ingin tahu, Kaiser melirik ke arah Diane. Melihat wajah pucat itu. Berharap gadis ini sedar dan dengar semua perbualan mereka. Jadi dia tak perlu susah payah jelaskan semuanya pada gadis ini sendiri nanti.

"Apa yang saya tak tahu?"soal Kaiser bernada mencabar. Tanya saja dia apa, semua jawapan dah ada dalam kepala otak geliga dia ni.

Terus Doktor Abiel dekat pada Kaiser lalu tunding jari depan muka tu. "Jangan kamu berani-berani beritahu Diane tentang hal ini ya...bukan hak kamu untuk dedahkan kepada dia.."

"Kenapa pula tak boleh, doktor ibu dia. Orang yang selama ini dia ingin jumpa..orang yang dah buang dia...kenapa saya tak boleh beritahu dia...mesti Diane happy lepas dengar yang ibu kandung dia selama ni tak mati malah ada dekat dengan dia...."sebut Kaiser dengan nada dibuat-buat yang menjengkelkan.

Abiel yang dengar dah merinding jengkel. Secara automatik, dia pun mengangkat tangan hendak menampar wajah itu.

"Cukup!"arah Abiel semasa mahu menampar Kaiser.

Namun tamparan itu berjaya di halang. Pergelangan tangan itu di pegang oleh Kaiser lalu di lempar kasar ke tepi.

Nafas Doktor Abiel naik turun hilang sabar. Dia pandang Kaiser dengan hidung kembang kempis keberangan. "Saya tak buang dia.....tapi saya tinggalkan dia. Xavier yang buang Diane."ujar dia akhirnya.

Kaiser berdengus tak percaya. "Sama sahaja kalau seorang ibu tidak dapat jalankan tugas dengan baik.....itu sama sahaja dia buang anaknya."kata dia.

Mata Abiel berkaca. Dia mengetap gigi dengan kuat. "Xavier yang hantar kamu ke sini?"

"Ha'ah...untuk bawa anak perempuan dia pergi dari sini..."Kaiser pandang ke Diane dengan renungan dalam.

Abiel menggeleng kepala. Tak mungkin! "Tak...dia tak boleh buat macam tu. Ini tempat kelahiran Diane saya takkan izinkan dia bawa Diane pergi dari sini atau ke mana-mana..." tangan Diane dipegang olehnya.

Dengan jelingan tak tajam penuh amaran, Kaiser palingkan kepala ke Abiel lalu berkata.
"Bukan puan yang kena buat keputusan. Tapi saya. Kerana saya adalah penjaga sah Diane selepas kematian Master. Doktor hanya la tiket kematian Diane semata."tenung Kaiser.

Abiel menjungkit kening dengan tinggi bila dengar. "Apa maksud kamu?"

Kaiser bergerak semula ke katil pesakit dia untuk sambung berehat sambil berkata. "Saya rasa puan sendiri tahu apa yang saya cuba katakan sekarang ni..."selorohnya sebelum menguap.

18. The KingdomOnde histórias criam vida. Descubra agora