Episode 23

1.6K 151 0
                                    

Seminggu kemudian.

Dong!

Dong!

Dong!

Bunyi dentingan jam gergasi akademi sebanyak tiga bergema di seluruh kawasan akademi. Memberitahu sudah masuknya jam 3 pagi.

Langit masih gelap.

Suasana pulak seram yang semacam.

Angin yang bertiup pulak tak tentu arah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, kadang kalanya ke bawah. Bangunan asrama lelaki dan perempuan yang dipisahkan dengan tembok juga masih gelap gelita. Menandakan kesemua penghuni masih tidur lena di dalam bilik masing-masing.

Namun bukan semuanya tidur atau berada di dalam bilik mereka.

Ada juga yang baru saja pulang ke akademi pada waktu begini.

Di luar tembok akademi,

Kelihatan seseorang yang mengenakan mantel sedang jalan sendirian mendaki bukit menghampiri pagar utama akademi.

Berdiri saja dia di situ, akar-akar magis yang melilit pintu pagar tersebut di pegang sebelum lilitan itu longgar dan terlerai dengan sendiri. Lalu diikuti dengan bunyi besi karat bergesel kedengaran sewaktu pintu pagar itu di tolak ke dalam.

Hal itu di sedari oleh pengawal yang bertugas.

"Kamu ke mana?"tegur pengawal itu kepada pelajar perempuan di depannya serta merta lepas nampak.

"Pekan."jawabnya dengan mendatar sewaktu berlalu pergi melintasi pengawal tu begitu saja.

Pengawal keselamatan tersebut hanya mampu berdiri di situ sambil buat muka kebingungan. Memang la tak salah pelajar di akademi ni nak keluar pada hujung minggu ini atau balik lewat. Tapi pelajar perempuan berambut bob cut tadi kelihatan aneh yang semacam.

Tak lama lepas tu, dia pun tiba di depan pintu masuk asrama perempuan. Dengan langkah seperti dikawal, kakinya di atur ke arah tangga lalu di daki satu persatu.

Tap!

Tap!

Tap!

Kakinya menginjak lantai dengan ringan namun berbunyi. Seketika kemudian, dia Dia tiba di tingkat dimana biliknya berada. Sampai saja di situ, dia dekati pintu sebuah bilik. Lantas tombol pintu itu di pegang sebelum menggunakan kuasa magisnya untuk buka selak pintu bilik tersebut.

Daun pintu itu dikuak perlahan ke dalam sebelum dia melihat orang yang sedang lena di atas katil dalam bilik tu.

Perlahan-lahan dia dekati katil tu.

Dan bila dia sudah berdiri di situ, dia pandang sekejap muka tu buat seketika.

Sesuatu beritahu dia dalam kepalanya. Berbisik pada dia supaya lakukannya sekarang juga. Suara halus dalam kepadanya beritahu bunuh!bunuh!Bunuh!Bunuh! berkali-kali dalam kepalanya.

Hal itu buatkan hatinya terdetik dan seluruh badannya ikut bergerak untuk turuti arahan itu.

Maka tanpa rasa ragu-ragu atau teragak-agak dia angkat tangan lalu mencengkam batang leher tu sekuat hatinya.

Flick!

Cahaya lampu menyinari tepi katil tu tiba-tiba lepas orang yang terbaring di atas katil tu hidupkan lampu dan kemudiannya cuba memegang tangan yang berada di leher tu.

"Aahp-apa semua ni Casia!"gelut orang di depannya dengan susah payah.

"Lepas apa yang aku dah buat untuk kau,lepas apa yang kau dah cakap dekat aku, boleh kau tidur dengan lena ya Diane?"deram Casia sewaktu tunduk membongkok mencekik Diane.

Kening Diane berkerut-kerut menahan sakit. Kakinya menyepak-nyepak udara. "Casia!berhenti! Kau sedar tak apa yang kau buat ni!"jerit Diane dalam keadaan dicekik. Terdesak sangat nak bernafas, Diane kemudiannya mengeluarkan cahaya dari tapak tangannya lalu di suluh tepat ke muka Casia.

Cahaya itu Berjaya membuatkan Casia terkejut kerana rasa sakit akibat silau lalu undur ke belakang untuk lindungkan mukanya dari cahaya terang tu.

Diane gunakan peluang itu untuk turun dari katil. Dalam keadaan merangkak dan termengah-mengah mencari udara, Diane pegang lehernya. Sakit ibarat rasa seperti hendak pecah kerana dicekik dengan kuat begitu. Berdiri saja dia di lantai, Diane pandang Casia dengan kening mencerlung takut.

"Apa yang dah merasuk kau ni Casia!"tanya Diane sewaktu melihat Casia bangun dan berdiri memandang ke arahnya.

Dengan muka seperti hantu, Casia pandang Diane dengan bengis. "Kau!Kau yang buat aku jadi macam ni!!!"jeritnya sambil berlari ke arah Diane.

Diane yang lihat terus elak dan bergegas keluar dari bilik itu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa kerana dia tidak boleh menggunakan kuasanya terhadap Casia kerana Casia adalah rakannya. Dia taknak sakiti Casia seboleh yang mungkin!

"Aku akan bunuh kau perempuan tak guna!!!!"jerit Casia sepanjang koridor itu. Bergema sehingga membuatkan penghuni asrama perempuan yang ikut terjaga.

Lampu mulai menyala menerangi setiap tempat.

Diane yang berkaki ayam itu berlari menuruni tangga tergesa-gesa. Dah tak peduli akan pemakaiannya waktu itu. Dia hanya Berlari ke arah pintu keluar dari bangunan itu.

Casia di belakang masih mengejar dengan seperti orang orang di rasuk iblis!

"Apa yang berlaku?Siapa yang menjerit?"

"Apa bising-bising ni!"

Bebel pelajar perempuan yang mamai membuka pintu melihat sekeliling sebelum mereka terdengar suara jeritan sekali lagi tapi satu bayang pun tak kelihatan di mana-mana. Tidak tahu asalnya dari mana.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now