Episode 81

1.5K 149 1
                                    

Di sebuah koridor yang lengang....

Satu keping kad di campak kasar ke dada Sky dengan tiba-tiba. Membuatkan Sky terpinga-pinga.

"Ada apa ni Casia?"tanya Sky sambil tunduk mengutip kad tadi dari bawah kakinya. Lepas berdiri dia belek kad tersebut dengan kening berkerut.

Dengan muka berang, Casia silangkan tangan ke dada tak puas hati. "Awak beritahu la saya apa semua ni?"tegasnya.

Buat seketika Sky diam membaca isi kad itu. Setelah selesai dia angkat kepala lalu memandang terkejut ke Casia seperti lelaki baru kena tangkap curang dengan isteri sendiri.

"Dari mana awak dapat kad ni?"soalnya.

Casia berdengus mengejek. "Dari mana saya dapat bukan persoalannya sekarang. Persoalannya sekarang adalah kenapa setiap kali saya bertembung dengan Diane, awak pasti ada. Setiap kali saya cuba bercakap dengan dia, pasti Diane akan cuba elakkan diri. Dan kenapa....kenapa setiap kali Diane bersama dengan awak dia pasti akan sedih dan marah..sebab tu saya cuba cari sesuatu....sesuatu yang boleh beri saya jawapan. Saya terasa dekat bila nampak dia tetapi jauh pada masa yang sama. Sedangkan saya tak ingat apa-apa tentang dia....dan apa semua ni?kenapa kad ni ada pada saya tapi saya tak ingat apa-apa mengenainya!"dengking Casia dengan bengang.

Sky cuba mendekati Casia. Namun Casia mengundur ke belakang sambil pandang Sky dengan kening mencerun.

"Jangan dekati saya....sekarang beritahu saya apa yang dah berlaku sebenarnya....antara saya, awak dan Diane....beritahu saya supaya saya tak  serabutkan fikiran saya dengan perasaan yang tak menentu ni..bingung..marah...tak faham...rasa seperti ditinggalkan..semuanya!" lafaz Casia dengan frust.

"Casia....mana ada apa-apa yang telah berlaku..." nafi Sky. "Saya tak tahu kenapa awak tanya macam ni...kalau ya kad ni ada dalam simpanan awak memangnya kenapa...dah memang awak tak ada kaitan dengan perempuan bernama Diane ni."tegas Sky.

"Awak tipu!"dengking Casia lagi sambil pukul dada Sky. "Saya dapat rasakan awak ada kaitan dengan hal ni..."

"Kenapa awak fikir saya ada kaitan dengan benda ni? Saya sendiri tak faham apa yang awak cuba katakan sekarang ni Casia."bidas Sky lagi. Masih berkeras tidak mahu Casia mengetahui hal sebenar.

Casia menggeleng kepala sambil buat muka tak percaya. Dia renggut rambutnya dengan stress sambil tu.

"Berhenti!Tolong la berhenti buat macam awak tak tahu apa yang saya cuba sampaikan..saya kenal awak. Lebih dari sesiapa. Beritahu saya sekarang....saya dengan Diane berkawan kan....dan ada sesuatu berlaku yang membuatkan saya lupa tentang dia....?"duga Casia dengan tepat.

Sky mendiamkan diri, dia memandang lama ke wajah Casia. Dalam dilemma. Kalau dia beritahu, Casia hanya akan susahkan diri demi perempuan malang bernama Diane tu. Tak di beritahu macam ni la gayanya.

"Sky....."Casia cekau kolar blazer Sky dengan terdesak sambil buat muka sedih."Saya mohon tolong beritahu saya....tolonglah..."Casia mendongak rayu ke Sky."Apa sebenarnya yang telah berlaku?"

Sky hanya tunduk memandang Casia dengan lama, lalu menolak tangan itu lepas dari kolarnya. "Kalau saya beritahu awak, adakah awak akan membencikan saya?"tanya dia dengan perlahan.

Casia buat muka tak faham. "Apa maksud awak?"

Bersama wajah mendung kerana resah, Sky tatap wajah Casia dengan renungan serba salah. "Mulanya saya yang minta awak putuskan persahabatan dengan Diane sebab risau reputasi dia akan sakiti awak, Casia. Awak sendiri tahukan Diane tu siapa....jadi disebabkan awak tak nak putuskan persahabatan awak berdua, saya sendiri yang merayu, minta pada Diane untuk putuskan hubungan tu dengan awak. .saya tak tahu apa yang berlaku, selepas beberapa lama kemudian awak telah lupakan segalanya tentang Diane.yang mana saya rasa Diane sendiri yang hapuskan ingatan awak tentang dia dari memori awak."jelasnya

Tercengang Casia dekat situ, mulut ternganga kerana terlalu terkejut. Dekat beberapa saat lepas sober dari terkejutnya, baru la Casia bersuara. "Apa?"tanya dia dengan nada tak percaya setelah mendengar semua itu. "Maksudnya selama ni saya memang dah berkawan dengan Diane?Sejak bila semua ni berlaku!"

Sky mengalih pandangan ke tempat lain. Tak berani nak pandang Casia. "Awak dah berkawan dengan Diane selama empat tahun. Dan awak hilang ingatan mengenai dia sejak dua bulan lebih yang lepas.."balas Sky dengan suara kecil.

Casia terkesima. Mata berkaca dengan air mata itu pandang tak berkedip ke mula Sky. Gara-gara perasaan sendiri, Sky sanggup putuskan persahabatannya bersama Diane.

"Sampai hati awak ya Sky....kenapa awak sanggup sakiti Diane?!"Casia pukul dada tu dengan lemah.

"Sebab saya sayangkan awak Casia...saya tak mahu awak terluka...sebab tu saya buat semua ni...tolong la faham."rayu Sky.

Casia menggeleng kepala. "Cukup..saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak!"marahnya sebelum bergerak pergi dari situ.

Cepat-cepat Sky hulur tangan lalu mencapai lengan atas Casia dan paksa Casia supaya berhenti.

Dengan marah, Casia lempar tangannya dari cengkaman Sky lalu menghadap ke belakang semula.

Sambil berkerut kening sedih, Sky berkata
"Casia, tolong dengar penjelasan saya dahulu. Saya tak ada niat hendak kecewakan awak...semua tu untuk awak. Sebab saya ambil berat tentang awak, Casia..."ujarnya dengan bersungguh.

"Tak! Awak cuma kisah tentang diri awak...perasaan awak...bukan saya mahupun orang lain. Awak tak nak rasa ditinggalkan. Tak nak rasa di sakiti, sebab tu awak sakiti orang yang ada di sekeliling untuk puaskan hati awak sendiri!" marah Casia selantangnya sebelum bergegas pergi dari situ tanpa menoleh sekalipun.

Sky tersentak. Dia bungkam di situ memerhati langkah Casia yang berjalan pergi dari situ. Tidak terkata sebab terlalu terkejut.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now