Episode 76

1.5K 143 0
                                    

Bunyi dentingan dan detakan tumit kasut kedengaran sibuk dalam bilik rawatan ketika dua orang itu sedang bertungkus lumus membantu orang yang sedang berlumuran darah di atas katil.

"Bawakan darah..."minta Abiel sewaktu tunduk membubuh posyen penyembuh ke atas luka yang dalam di tangan itu.

Sudah tiga botol posyen dia gunakan untuk hentikan pendarahan, tapi luka ini tidak juga tertutup.

Tidak lama kemudian, Lady Jane datang bersama satu beg darah di tangan. Hos halus di sambungkan pada beg itu lalu di tusuk ke tangan kanam Kaiser yang tidak terluka.

"Doktor...apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?"tanya Lady Jane semasa meletakkan dua botol lagi posyen penyembuh ke dalam dulang.

Abiel yang tunduk menuang posyen ke luka Kaiser bersuara. "Luisa buat hal lagi...sekarang ni Frost cuba halang Luisa..."jelas Abiel yang teringat akan makluman yang disampaikan oleh Frost sewaktu budak lelaki itu membawa Kaiser ke sini beberapa minit lepas.

"Luisa?Apa yang dia telah lakukan?"

Kening Abiel berkerut risau. "Saya tak tahu..saya cuba halang dia tetapi kamu sendiri tahu kan perangai Luisa tu macam mana...degil dan keras kepala. Macam mana lah saya boleh lahirkan anak seperti itu....sama seperti ayahnya...."keluh Abiel dalam keadaan tergesa-gesa.

Lady Jane yang lihat Abiel dalam keadaan tergesa-gesa pun bantu membuka penutup botol posyen lalu di serahkan kepada Doktor Abiel.

"Apa maksud doktor?"

"Luisa....dia akan bunuh Diane malam ni jugak untuk selesaikan misi yang datuk dia berikan pada dia...saya kena sembuhkan Kaiser dan pergi dapatkan Lusia tapi pendarahan ini terlalu serius jadi ianya akan ambil masa." jelas dia.

Lady Jane melihat tangan yang kotor dengan darah itu mengigil. "Doktor tak apa-apa ke?"tanya dia lepas tu.

Abiel membaca mantera sewaktu memegang tangan Kaiser seketika sebelum kesan terbelah itu bercantum perlahan-lahan dan pendarahan pun berhenti.

"Saya....belum sempat-"baru Abiel nak bercakap, tak dapat menghabiskan kata-kata bunyi dentingan barang terjatuh ke lantai mengejutkannya.

SPRANG!!!

Lady Jane yang dengar menjengah kepala ke belakang bahu.

Dengan muka terkejut mereka berdua pandang
ke arah dua buah katil yang mana sudah berubah kedudukan apabila dilanggar tiga tubuh yang telah terbaring dekat atas lantai.

"Tolong!!!"jerit suara itu dengan cemas sehingga membuatkan Abiel bergegas ke arah orang itu.

Setiba dia di situ Abiel berhenti apabila melihat darah yang ada di tubuh orang itu. Lemah lututnya melihat darah pada tangan dan pakaian anak gadisnya.

"Diane....!"panggil Abiel sewaktu mendapatkan anak itu. Langsung tak peduli akan Luisa yang sedang terbaring di atas lantai."Kamu tak apa-apa?"tanya dia sambil memeriksa tubuh Diane dengan resah.

Diane tolak tangan Abiel serta merta. Dia tak ada masa untuk semua ni. Nyawa Frost keutamaan dia. "Doktor selamatkan Frost...dia kena tikam masa cuba selamatkan saya dari serangan Luisa....."minta Diane.

"Kamu tak apa-apa ke Diane?"tanya Abiel lagi.

Sambil buat jengkel kerimasan, Diane menggeleng kepala. Sambil tu dia pegang dada Frost yang masih mengeluarkan degupan tetapi lemah. Sangat lemah. "Ya, saya tak apa-apa. Sekarang selamatkan Frost. Biar saya uruskan Luisa."

Abiel pandang muka Frost dengan kening berkerut lalu mengangguk kepala. "Baik la.."

Diane pun bangun dari situ lalu mendapatkan Luisa yang terbaring di sebelah kaki katil. Wajah gadis itu pucat dan kebiruan.

18. The KingdomWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu