Episode 44

1.6K 160 1
                                    

Menjadi seorang pelajar ni bukan perkara yang senang.

Serius.

Penat.

Dan stress.

Itu adalah after effect kalau jadi orang yang berusaha nak buat yang terbaik dalam sesuatu. Sama la seperti situasi dia sekarang. Dari dulu sampai sekarang dia berusaha untuk lakukan yang terbaik supaya dapat keputusan yang cemerlang.

Tapi itu la...

Tak kira la sekuat mana, segigih dan sebanyak mana sekali pun usaha yang dia berikan, orang lain takkan terima atau akuinya. Malah di perlekehkan. Macam apa yang berlaku dekat kelas Master Oddyn tadi la. Sedih betul.

Balik-balik apa yang di usahakan tidak di pedulikan sebab identiti yang dia miliki.

Seorang anak pembunuh.

Itu la dia lebih suka lay back dan tak buat apa-apa. Kan lagi bagus dari susahkan diri sendiri tapi orang takkan ambil kisah apa kita buatkan..

Sewaktu rakan-rakan sekelasnya sibuk memanaskan badan dan melakukan regangan sebelum aktiviti sukan. Hanya Diane seorang sahaja yang duduk bersila dekat atas rumput tidak berbuat apa-apa. Bermalasan di situ sambil mengunyah gula-gula getah dan membuat bubble melaluinya lalu di letupkan sebelum mengulang perkara yang sama.

Seronok je pelajar perempuan bermain bola beracun dengan kumpulan pelajar perempuan yang lain sementara pelajar lelaki dengan aktiviti pelik-pelik yang suka cederakan diri mereka. Diane perhatikan mereka di situ dengan kening berkerut dan mata di kecilkan sebab silau cahaya pada petang tu.

Dan dia bukannya seorang diri di situ....

"Wei...Kaiser..."panggil Diane dengan nada malas dia.

"Asal?"Kaiser lunjurkan kaki ke depan sebelum topang kedua-dua tangan ke belakang. Entah kenapa la Budak-Budak kelas dia rajin sungguh buat aktiviti.tengah-tengah panas lagi tu.

"Kau tak join sekali ke?"tanya Diane lagi sambil pandang tepi muka tu.

"Kau tanya aku, yang kau tu boleh pulak duduk sini?"balas Kaiser.

Diane buat muka. Haih...ada jugak kena penyepak dia kejap lagi ni. Kalau bercakap dengan Kaiser ni kan hanya buat hati dia merinding jengkel je la. Ada saja la fe'elnya. Di tanya, tanya semula, orang kalau di tanya beri jawapan. Bukan malah di tanya lagi. "Aku nak panaskan badan la ni"cemberutnya semasa baring ke belakang lalu gunakan tangan sebagai bantal.

Kaiser terus duduk bersila lepas tu. Dengan muka tak percaya, dia pandang ke Diane yang sedang baring di sebelahnya dengan mata terpejam. "Oh ya ke?"tanya dia bernada sindir. Exercise konon! Baring je ada la. Dasar pemalas.

"Baring pun satu senaman okay."Diane buka mata lalu tersengih semasa memejam matanya. Elok jugak macam ni, berjemur dapatkan vitamin C.

Kaiser menjulingkan mata sebelum tunduk memayung atas Diane sambil letakkan kedua-dua tangan dekat sisi kepala tu. Kemudian dia pandang muka Diane tanpa berkata apa-apa. Dari rambut, kening, mata, bibir, hidung mahupun pipi itu semuanya sempurna. tiada cacat celanya.

"Hei.."panggil Kaiser dengan perlahan.

Diane pun membuka mata dia. Tidak menyangka Kaiser akan begitu rapat dengannya seperti ini, dia terpana sekejap dengan dengan nafas tertahan, matanya terbutang kaku saat memandang wajah di atasnya, Diane terpempan sekejap. "A-apa kau cuba nak buat ni?"gagapnya sewaktu kerling kanan dan kirinya. Kalau orang Nampak ni tak ke malu. Tak pasal-pasal khabar angin yang bukan-bukan pulak tersebar.

Kaiser tunduk lalu dekatkan mukanya depan muka Diane dengan sengih jahat menyakat. "Kenapa?"

Diane cepat-cepat angkat tangan dia lalu pegang dada Kaiser untuk halang lelaki tu merapat padanya. "Kau jangan macam-macam ya..."pesannya.

Kaiser tersengih. "Sekalipun aku nak macam-macam tak ada siapa yang kisah."katanya.

Lama jugak Diane tenung mata Kaiser. Cuba cari sesuatu melalui mata tersebut. Dia nak tahu Kaiser ikhlas Bersama dengan dia atau ada udang di sebalik batu juga? Selepas Frost memperdayakan dia melalui layanan baik lelaki tu, dia akan pesimis bila ada lelaki lain cuba dekati dia. Adakah Kaiser akan sakiti dia sama seperti Frost lakukan?

Kening Kaiser berkerut, dia pandang Diane dengan muka tak puas hatinya. "Jangan berharap pada aku Diane. Aku bukan lelaki yang baik."minta dia.

Diane tersentak. "Hah?"matanya dia kedip-kedipkan. Dia ada cakap kuat-kuat ke?

Kaiser dapat dengar dan baca fikiran Diane, jadi dia boleh tahu semua isi hatinya. Tanpa menunggu DIane katakannya sendiri dia boleh tahu. "Jadi berhenti berharap pada aku atau kau akan terluka."

"Mana ada."nafi Diane. "Kau yang selalu muncul dekat depan aku, buat macam kau tak kisah tapi pada masa yang sama kau tolong aku masa aku perlukan someone..."ujarnya dengan nada tak faham.

"Ya...sebab kau yang paksa aku untuk tolong kau. Jadi jangan terlalu berharap. Ingat tu."pesan Kaiser.

"Kalau aku nak jugak berharap pada kau macam mana?"balas Diane dengan kening berkerut. Dia tak tahu nak buat apa lagi. Kalau bukan disebabkan Kaiser, mungkin dia tidak ada di sini.

Terdiam terus Kaiser dekat situ masa pandang renungan berharap Diane. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Sebabnya lambat atau cepat, Diane akan tahu mengenai tujuan dia ke sini dan siapa dirinya. Dan bila hal itu terjadi, dia yakin, Diane akan terluka yang amat.

Dan dari jauh kemesraan itu di perhatikan dengan renungan tidak puas hati.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now