Episode 87

1.4K 135 0
                                    

"Maaf kalau mengganggu saat-saat privasi anda berdua. Tapi kami ada urusan yang perlu di laksanakan sekarang ni"ujar suara tu.

Dengan pantas, Kaiser berpaling ke belakang. Sebaik dia Nampak sekumpulan lelaki berjubah hitam di depannya, secara automatik kedua-dua tangannya menghasilkan dua dinding pentagram bercahaya. Bersedia untuk menyerang orang asing di depannya. "Kenapa kau orang datang sini?"tanya Kaiser dengan nada dalam penuh amaran.

Diane jengah kepalanya dari balik bahu Kaiser sebab nak tahu, Siapa pulak yang datang ni?

Seorang dari lelaki berpakaian serba hitam maju ke depan tanpa menunjukkan sikit pun reaksi gentar. Malah dia pasang wajah seriusnya ke Kaiser. "Alasan kami ke sini sama seperti kenapa kamu ke sini.."

"Hah??"sebut Diane dengan perlahan, hanya cukup kuat untuk Kaiser seorang saja yang dengar. "Apa semua ni Kaiser?"bisiknya dekat belakang kepala tu.

Kening Kaiser berkerut, kedua-dua gelung cahaya pentagram yang ada di tangannya bersinar kuat kerana berasa terancam dengan kenyataan mereka tadi. Dia tahu siapa mereka ni, kenal sangat. Malah dia hafal sangat setiap orang di sini! Mereka semua ini adalah dari Puak Api Hitam. Puak dari negara Dark Magic. Negara dari mana semua ahli menta dan pengamal magis unsur api di lahirkan. Dan mereka ini la punca kenapa semua ahli puak Cahaya Biru terpaksa berpindah ke serata tempat untuk lindungi diri.

"Jangan kau berani dekat!"arah Kaiser sebelum palingkan kepala ke balik bahunya lantas berbisik kepada Diane. "Tarik hood kepala kau, jangan bersuara."arahnya dengan tegas.

Diane yang dengar terus menurut tanpa membantah. Dia memegang sedikit pakaian Kaiser sewaktu menyembunyikan diri di belakang lelaki itu.

"Kau fikir Budak hingusan seperti kau ni boleh buat apa je dekat kita orang?"sampuk seorang lagi lelaki yang ada di situ sambil keluarkan kepulan asap hitam dengan petir berwarna merah.

Bersama renungan mencerun, Kaiser hilangkan pentagramnya lalu berdiri dalam keadaan bersedia mahu menerkam. "Sesuatu yang akan buat kau orang menyesal!"sebutnya sebelum hentak tangannya ke Udara. Dengan serentak dua bilah petir keluar dari kedua-dua tangan seperti bilah pedang dan mata lelaki itu bercahaya biru kilat, terang merenung ke arah mereka.

Diane yang berdiri dekat belakang Kaiser tersentak sendiri bila dia yang berada dekat macam kena renjat. Habis meremang tegak bulu roma dia di buatnya. Sebagai langkah berjaga-jaga Diane undur ke belakang tiga langkah serta merta.

"Cukup kamu berdua!"tegas lelaki pertama tadi pada anak buahnya yang menyampuk tadi.

Lelaki tadi pun membuat muka jengkel. Dia palingkan kepala ke kanan sambil menyilang tangan ke dada tanda protes.

"Dengar, kami dating bukan untuk mencari masalah. Tapi mahu meminta tolong...sudah lama kami tunggu kehadiran kamu ke sini. Memandangkan kamu sendiri telah ke sini...baiknya kita selesaikan hal ni secepat mungkin."ujar lelaki yang sama dengan tegas. "Kami datang ke sini pun sebab dapat kesan kehadiran Kuasa Cahaya Bulan Biru dari istana."jelasnya lagi,

Kaiser mengecilkan mata. Memandang curiga akan lelaki di depan barisan itu. "Mintak tolong?Orang macam kau orang ni nak mintak tolong?Dekat kita orang?Orang yang kau tindaskan selama ni?"soal dia dengan nada tak percaya yang mengejek.

Diane dekat belakang diam tidak berkata apa-apa. Dia mendiamkan diri untuk proses apa yang sedang berlaku ketika ini. Ingatkan dia dapat berpindah dengan aman tanpa gangguan atau halangan. Tapi nampaknya ada yang masih tak puas hati dengannya.

Lelaki itu membuat muka menyesal. Menyesal menyatakan hasratnya dengan cara begini. Dengan perasaan rendah hati, dia pun tunduk sebelum melutut sebelah kaki, tangan kanannya berada di atas tanah, sementara lengan kirinya di letakkan atas lutut kiri. "Tuanku Raja menghantar titah kepada tuanku."maklumnya yang membuatkan pengikut yang lain turut melutut menghormati titah yang bakal di sampaikan itu.

Kaiser yang dengar terdiam. Dia memandang kagum ke arah mereka sewaktu Diane perlahan-lahan bergerak menjengah kepala ketepi bahunya.

"Siapa mereka semua ni?"tanya Diane dengan perlahan.

"Puak Api Hitam, Pengamal SIhir Hitam dari Dark Magic...lelaki depan ni adalah ketua kumpulan. Serta musuh master sendiri.."jawab Kaiser dengan muka tak puas hati sewaktu pandang kumpulan lelaki berpakaian serba hitam yang melutut depannya.

Diane palingkan kepala ke Kaiser lalu mengerutkan kening. "Siapa tuanku raja yang mereka maksudkan?tuanku?Mereka cakap dekat siapa?"bisik Diane lagi. "Kau ke?"

Bersama renungan serba salahnya, Kaiser tenung mata Diane buat seketika sebelum berkata. "Raja Tuanku tu adalah ayah kepada Doktor Abiel atau nama sebenarnya, Elaine, puteri sulung puak Api Hitam."

Mulut Diane terbuka sedikit sebaik mendengarnya. Matanya terbutang kaku. "Apa?"dia memang dah tahu siapa ibunya dan nama sebenara wanita ini dan latar belakang diraja yang dimilikinya. Tapi tak tahu pulak dia yang atuknya sanggup hantar orang untuk dapatkan dia sedangkan atuknya yang berusaha mahu hapuskan dia!Siap mintak tolong bagai tu hah! Dia memandang ke arah para lelaki berpakaian serba hitam yang dia perasan sejak tadi tak habis-habis menengok dia. "Pertolongan apa yang raja mahukan dari saya?"orang tua tu tak habis-habis nak dia mati ke!

Ketua kumpulan itu pandang ke arah Diane yang tertutup dengan hood mantel yang dipakai dengan renungan helangnya. Cuba menengok muka tu, tapi tak Nampak., yang jelas hanyala sebahagian hidung dan mulut itu saja yang kelihatan.

"Tuanku Raja mahu tuan puteri mahkota masuk ke istana menghadap baginda."ujarnya dengan mata tertunduk memandang lantai.

Kaiser yang dengar lenyapkan bilah petir dari tangan.

Sementara Diane dekat situ pandang mereka dengan kening mencerun tak suka. Sesuatu beritahu dia dalam hati, hal ini mungkin tidak akan berakhir dengan baik nanti!

18. The KingdomWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu