Episode 26

1.6K 158 2
                                    

"Kau tepi!"arah Sky kepada Kaiser.

Kaiser berdiri dekat situ tak berganjak.

"Aku kata ke TEPI!"Jerkah Sky sekuat hatinya.

Diane yang merasa rimas dengan keadaan itu gerak ke depan lalu pegang tepi lengan Kaiser dengan lembut lalu bersuara. "Tak apa. Kau ke tepi Kaiser. Biar aku uruskannya."

"Tapi di-"Kaiser nak bercakap, tapi lepas pandang muka merayu Diane terus tertutup mulutnya. Dengan keluhan mengalah dia pun undurkan diri dan gerak ke tepi.

"Ikut aku sekarang...aku nak kau tengok apa kau dah buat kalau kau tak tahu apa salah yang kau dah buat pada Casia!"Sky capai kolar Diane lalu direntap ke depan dengan paksa.

Tak nak burukkan lagi keadaan Diane pun menurut.

Semua orang dalam kelas tak berniat nak halang atau berbuat apa-apa. Sebab bagi mereka Diane ni tak pernah tak dalam masalah. Mesti ada saja hal perempuan ni. Jadi mereka malas nak ambil peduli.

Menggunakan kuasa teleportasinya, Sky kemudiannya bawa Diane bersama untuk ke bilik rawatan dimana Casia ditempatkan.

Tak sampai sesaat, mereka pun tiba dari kelas ke bilik rawatan. Sampai saja depan pintu bilik tu, Sky tolak daun pintu tersebut ke dalam lalu jalan masuk sambil mengheret Diane bersama.

Sebaik saja mereka berdua masuk, suara jeritan serta merta kedengaran dan memenuhi ruangan tersebut.

Diane yang dengar terkejut.

Sementara Sky sikit pun tak ubah ekspresi wajah marahnya bila dengar jeritan tu. Malah semakin bengis ada la.

"Aku nak bunuh dia!!!!Lepaskan aku!!!" teriak suara itu dengan nyaring.

Sampaikan mana-mana telinga yang dengar rasa berdesing.

Sky tarik Diane ke sisi dia lalu tunduk ke tepi muka tu."Kau tengok tu! Kau tengok apa kau dah buat dekat dia. Aku suruh kau putuskan persahabatan kau orang...bukan sakiti dia!"terus dia tolak Diane ke depan dengan kasar hingga hampir hendak buatkan Diane terhumban ke lantai.

Mujur la Diane cepat-cepat seimbangkan dirinya lalu kembali berdiri tegak. Dan pada masa dia berdiri Sky sudahpun bergerak mendapatkan Casia.

Meninggalkan Diane berdiri kaku di situ.

Sampai saja di katil, Sky pegang bahu Casia, dia cuba bercakap dengan Casia. Tapi tak dihiraukan. Malah meronta dengan histeria lagi adalah. Beberapa orang pelajar dan Master sendiri cuba menenangkan Casia. Sementara Lady Jane kalut sendiri hendak kawal keadaan di situ.

Sedang Casia meronta, bergelut bagai nak apa,Ketika itulah dia terpandang Diane. Terus berderau laju darah dia naik ke otak bila nampak muka tu lalu suara halus mulai berbisik dalam kepalanya.

Bunuh~

Bunuh~

Arah suara dalam kepala Casia berkali-kali.

Dengan kuasa sekuat dua lelaki, Casia kemudiannya menolak jatuh semua orang yang mengekang dia sebelum lompat turun dari katil.

Sebaik dia mendarat di atas lantai dalam keadaan mencakung, tanpa membuang masa, Casia bangun dari situ kemudian berlari laju ke arah Diane.

Tak tahu nak buat apa, Diane hanya berdiri dekat situ tak bergerak. Dia kejung sebab terlalu bingung dan takut melihat keadaan Casia sebegitu sekali.

Apa yang dah merasuk Casia ni! Takutnya dia! Nak menangis pun ada.

Semeter dari situ, Casia terus menerkam Diane lalu mencekik leher tersebut dan dalam pada masa yang sama dia menghempas jatuh tubuh itu ke lantai.

KEDEBUK!

Matanya terpejam rapat menahan sakit dari impak jatuhnya dan juga berat yang menimpa, Diane tolak bahu Casia hendak selamatkan diri. Tapi badan Casia tu beratnya macam batu bertan-tan. Tak berganjak langsung dari dia!

"Ahahaha!"ketawa Casia dengan histeria sekali. "Mati la kau!MATI!!!"teriak Casia sambil menghenjut leher Diane yang dia sedang cekikkan tu. Ketawanya mengilai-ngilai.

Mata Diane kemerahan akibat tekanan yang dirasai di lehernya. Perlahan-lahan air mata ikut turun keluar dari tepi mata.

Dan ketika baru la ada beberapa orang cuba menarik Casia jauh dari Diane. Orang dah setengah mati, baru nak halang!

"Lepaskan dia Casia!!"jerit Doktor Abiel yang menarik tangan Casia dari mencekik Diane.

"Awak! Tolong la berhenti!"minta Sky pula sambil memeluk belakang bahu Casia. Namun Casia tidak berganjak. Tangan gadis itu masih kuat mencengkam leher Diane.

Dalam keadaan sesak nak mencari nafas, Diane akhirnya ambil keputusan untuk gunakan kuasanya terhadap Casia. Kalau boleh dia tak nak gunakan kuasa dia pada sesiapa yang tak bersalah. Tapi keadaan memaksa dia buat keputusan ni.

Perlahan-lahan Diane angkat tangan dia lalu memegang pipi Casia yang berada dekat padanya dengan linangan air mata. Dia tak nak gunakan kuasa ni pada sesiapa. Sumpah dia tak nak. Sebab kuasa ni sangat menyedihkan dia.

"Maafkan aku Casia...."ucapnya setelah itu. Dia harap selepas ini, Casia hidup la dengan tenteram tanpa memorinya di dalam ingatan tu lagi.

Diane menyalurkan kuasanya pada Casia, Kuasa Pelupus Ingatan. Fungsi kuasa ni adalah bertujuan untuk jadikan orang jahat kembali menjadi manusia yang baik. Bukan hapuskan memori orang yang baik.

Selepas ini, segala memori tentang dirinya, segala perkara yang telah mereka lakukan bersama dan kesemua kenangan yang pernah mereka cipta sepanjang mereka berkenalan akan hilang dan lenyap sepenuhnya.

Dan hanya cara ini sahaja dapat tenangkan hati Casia dari terseksa kerana dia.

Kuasa itu telah menyebabkan Casia beransur tenang sebelum dia terbaring di atas Diane tidak sedarkan diri selepas itu.

Taktala tangan itu lepas dari lehernya, Diane melepaskan nafas lega yang panjang. Matanya terpejam rapat cuba stabilkan pernafasannya semula. Dan pada masa yang sama air mata turun berjuraian dari tepi matanya.

Akhirnya, tiada lagi sesiapa yang akan ada di sisi bila dia perlukan seseorang...

"Ya tuhan...Casia.."lafaz Sky dengan terkejut lepas Casia rebah.

"Angkat dia...bawa dia ke atas katil semula." pesan Doktor Abiel pula.

Mereka yang ada di situ kemudiannya mengangkat Casia jauh dari Diane serta merta.

Ekoran terlalu fokus terhadap Casia, mereka semua terlupa akan Diane yang masih terbaring di situ. Sehingga membiarkan Diane yang dalam keadaan sakit itu bangun sendiri.

Sambil pegang lehernya yang berdenyut seakan mahu pecah, Diane berdiri memerhati katil yang dikerumuni dengan orang ramai itu buat seketika.

Mungkin ini la yang terbaik untuk Casia. Dia pasrah atas apa yang telah terjadi.

Tanpa meminta untuk di rawat, Diane pun berpaling keluar dari situ tanpa di sedari oleh sesiapa.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now