Episode 63

1.5K 138 0
                                    

21 tahun yang lalu..

Di Istana Pusk Black Pearl...

PANG!

Wajah itu di tampar hingga membuatkan wanita yang sedang sarat mengandung itu terduduk di atas lantai sebelum di sambut oleh dayang.

"Memalukan! Berani-berani kamu tunjukkan muka dengan anak dalam perut tu..!"jerkah ayahnya dengan berang.

"Ayah....saya minta maaf."ucap Elaine dengan sedih sewaktu pegang pipi yang ditampar tadi.

"Kamu sendiri tahu puak kita tak boleh berhubung dengan puak suami kamu tu! Kamu sedar tak apa yang suami kamu telah lakukan!? Dia telah mengorban hampir kesemua ahli puak kita. Musnahkan semua rancangan kita untuk menjadi satu daripada puak terkuat di sini...dan kamu apa?!"jerkah ayahnya lagi dengan berang.

Elaine bangun dari bersimpuhnya. Sambil di bantu oleh dayang dia berdiri menghadap lelaki berambut putih dan berwajah bengis depannya. Dia tahu apa yang dia katakan takkan diterima oleh ayahandanya. Tapi kalau ini saja caranya dapat selamatkan suami dia. Dia akan lakukannya.

"Ayahanda....anakanda merayu. Lepaskan la Xavier. Jangan apa-apakan suami anakanda..." rayunya sambil pegang perutnya yang sedang sarat.

"Kamu mahu membantu dia kerana niat ayah jahat tak begitu? Kamu lahirkan anak untuk dia sebab kamu tahu yang anak ini akan menguatkan puak dia!!"jerkah ayahnya lagi dengan lantang.

"Saya minta maaf ayah...saya sayangkan Xavier...jadi saya merayu tolong jangan apa-apakan dia. Apa dia cuba buat adalah demi puaknya sendiri..."ujarnya lagi sambil teresak-esak.

Ayahnya berdengus kasar sambil mencekak pinggang marah. "Kalau kamu nak Xavier selamat...ayahanda mahu kamu berpisah dengan dia...begitu juga dengan anak ini. Ayah tak boleh terima kelahiran dia di sini..."

Denganh terkesima, Elaine mengangkat kepala. Memandang wajah ayahnya dengan mata berkaca.

"Ayahanda....jangan begini...Elaine merayu.." gelengnya tidak mahu.

"Dengan itu, ayah takkan apa-apakan dia....pilihan kamu."ujar ayahnya lagi tanpa memandang dia.

Elaine tunduk memegang perutnya. Kalau dia beroisah dengan Xavier, bagaimana dengan anaknya ini. Bersama air mata berlinangan turun ke pipi dia memandang ke arah ayahnya.

"Macam mana dengan anak ni?Elaine tidak mahu kehilangan dia...."katanya tersedu sedan.

"Tinggalkan anak ini kepada suami kamu....puak kita tak boleh terima sebarang pertalian darah dari puak lelaki tu...."

"Tapi ini anak saya juga..."

"Tinggalkan dia atau aku akan bunuh semua yang ada dekat situ termasuk la suami kau sendiri."tegas ayahnya lagi dengan nekad.

"Doktor Abiel?"panggil Lady Jane dengan perlahan.

Dia yang sedang berdiri menghadap jendela sebelah katil pesakit pun berpaling. "Ya." sahut Doktor Abiel.

Dan sebaik saja dia menoleh, berdirinya Kaiser di situ sambil memandang dia.

"Kata pelajar ni dia mahu berjumpa dengan Doktor Abiel..."maklum Lady Jane sambil gerak ke tepi mahu beri laluan kepada Kaiser sebelum beredar dari situ untuk menyambung kerjanya semula.

Tanpa berkata apa-apa Doktor Abiel hanya perhatikan langkah Kaiser sehinggala lelaki itu berdiri di depannya.

Sebaik saja Kaiser berdiri di situ, lelaki itu buat muka serius lalu berkata. "Diane dah tahu segalanya..."dia berkerut kening semasa tilik reaksi Doktor Abiel.

Doktor Abiel yang dengar pula hanya diam membisu menatap muka Kaiser. Kalau dia cakap pun buat sakit hati je. Baik diam.

"Lambat atau cepat dia akan tahu mengenai Doktor... Dan bila hal itu terjadi. Saya mahu doktor lakukan apa saja supaya dia setuju untuk menetap bersama dengan saya dan tinggalkan tempat ini tanpa paksaan. Sekiranya doktor melakukan hal yang sebaliknya, saya tak ragu-ragu untuk lakukan hal yang tak sepatutnya." tegas Kaiser dengan nada perlahan namun penuh dengan amaran.

Doktor Abiel bawa tangan ke dada lalu di silangkan kerana tak puas hati. Suka hati nak mengarah dia itu dan ini. Ingat dia ni siapa!

"Ianya terpulang pada Diane sama ada dia mahu menetap di sini atau tidak. Dan kamu tiada hak untuk paksa dia lakukan sesuatu." ujarnya dengan tegas.

Kaiser berdengus mahu ketawa. Namun dia hanya tarik sengih sinis. "Jangan risau. Tanpa saya paksa..dia sendiri akan akur dengan keputusan saya." lafaznya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now