Episode 43

1.6K 149 2
                                    

Semua mata kini terarah pada Diane dan Kaiser yang sedang berdiri dekat tengah-tengah kelas tu. Menanti apa la yang bakal terjadi selepas ini.

"Baik, sekarang situasinya begini. Kaiser memerlukan tenaga alih sementara untuk kelangsungan hidup di setelah kuasa menta dalam badannya ini berkurangan. Terlebih dahulu apa yang kamu perlu lakukan sebagai langkah pertama?"tanya Master Oddyn.

Diane pandang Kaiser dengan renungan tidak pastinya. Takut kalau dia lakukan kesilapan tak semena Kaiser jadi mangsanya. "Kau nak berdiri tegak atau baring?"soal dia pada Kaiser dengan perlahan.

"Berdiri saja la."jawab Kaiser dengan nada malasnya.

Diane menoleh ke Master Oddyn. "Mulakan sekarang ke?"tanya dia.

"Sudah tentu. Sekiranya kamu berdua telah bersedia."aju Master Oddyn.

Diane kembali menghadap Kaiser semula dengan perasaan gemuruh yang amat. Dia takut kalau dia buat silap saja ni. "Sekarang kau baring.."dia menepuk dada Kaiser supaya baring ke lantai.

Kaiser yang dengar pandang tak percaya. Tadi tanya dia nak berdiri ke baring. Dia jawab berdiri kan. Di suruh baring jugak kenapa! Baik tak payah tanya! Dasar perempuan!Kaiser menjuling mata kejengkelan. Dengan keluhan dia pun berbaring di atas lantai.

Sebaik lelaki itu baring dengan selesa Diane melutut di sisi kiri Kaiser. "Mula-mula pastikan deru nafas dia stabil atau tidak dapat di kesan"jelas Diane sambil tunduk mendekatkan telinganya ke hidung dan mulut Kaiser.

Dekat saja telinga tu deru angin seperti ditiup menyapa dia membuatkan Diane tersentak kegelian. Dia mengangkat kepala. Memegang telinganya menahan diri dari ketawa sewaktu pandang Kaiser dengan mata menjegil bulat. Sengaja apa!

Mereka yang ada di sekeliling hanya memerhati dengan penuh minat. Melihat tangan Diane menyentuh Kaiser.

"Selepas kamu pastikan deru nafas dia dan deru nafas dia tidak dapat di kesan. Apa yang kamu akan lakukan?"tanya Master Oddyn.

Diane pandang ke Master Oddyn dengan kening terangkat tinggi. "Kalau begitu kita periksa degupan jantung dia pula. Sebab nak pastikan berapa banyak kuasa tenaga yang kita perlu salurkan pada dia sehingga deru nafas dia kembali normal. Kita kena pastikan hal ni dulu."jawabnya sambil menyelak rambut panjang hitamnya ke sebelah bahu kiri. Setelah itu dia tunduk menekup telinga ke dada Kaiser pula.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Degupan jantung yang kencang itu membuatkan mata Diane terbuka luas. Wow! Nampaknya bukan dia seorang je yang gelabah sekarang ni.

Master Oddyn memerhatikan reaksi Diane. "Bagaimana?"tanya lelaki itu.

Diane mengangkat kepala. Lalu memandang Master Oddyn dengan sengih hendak ketawa. Serius?Di tanya?Kaiser ni orang sihat. Ya tak perlukan apa-apa. Tapi di sebabkan ini adalah simulasi terpaksa la dia jawab jugak. "Untuk tahap degupan jantung macam ni saya rasa tenaga alih kuasa tidak di perlukan.. tapi Udara untuk tenangkan dia..."senyum Diane kerana berasa lucu sendiri kerana mendengar betapa kencangnya degupan jantung Kaiser. Malu agaknya!

PAP!

Satu tamparan hinggap dekat peha Diane diberi oleh Kaiser. "Apa kau cakap!"

"Auw!"tunduk Diane sambil tunduk menggosok kesan tamparan tu. "Sakit la!"

Master Oddyn geleng kepala dengan sikap tak serius DIane. Bertuah betul pelajar dia yang seorang ini.

Sementara pelajar lain dalam kelas hanya diam perhatikan muka DIane sewaktu gadis itu tersenyum dan kemesraan di antara Diane dan Kaiser. Bukan jelous, tapi hanya terasa. Yalah selama ni mereka kan bencikan Diane malah tak peduli pun untuk berkawan dengan gadis ini. Dan bila tengok Kaiser yang sikit pun tak kisah siapa DIane, buatkan mereka terfikir untuk berada dekat dengan Diane jugak.

"Memanglah sebab dia sihat,kalau dia tak sihat berapa banyak yang akan kamu berikan sekiranya kes dia degupan jantung dia sangat lemah?"soal Master Oddyn dengan nada kesal.

Diane kemudiannya berjeda. "Hmm.."Tangan gadis itu berada di dada Kaiser. "Kalau ikutkan keadaan badan dan juga saiz dia, hampir separuh teras saya. Sebab nak stabilkan degupan jantung dia sampai bantuan tiba"jawabnya setelah itu sambil pandang Master Oddyn.

"Kalau begitu tunjukkan kepada rakan-rakan kamu yang berfikir kamu yang berpengalaman menyelamatkan orang ni boleh membunuh orang..."ujar Master Oddyn yang membuatkan kesemua yang ada di situ terasa.

Diane mengangkat kening apabila mendengar kata-kata Master Oddyn. Sentap hati dia lepas dengar kata-kata itu. Sebab ini ke Master Oddyn pilih dia?Nak jadikan dia bahan gurauan semua orang?

"Baik.." lantas dia tersenyum dengan terpaksa. Diane tunduk memandang Kaiser.

"Kalau begitu saya akan salurkan sedikit tenaga saya kepada Kaiser. Diane menyinsing sedikit lengan bajunya sebelum melekap tapak tangannya pada tempat jantung lelaki itu berada. Perlahan-lahan Cahaya biru muncul dari bawah tapak tangannya dan masuk ke dalam badan tu.

Semua orang dekat situ boleh Nampak jalur-jalur biru menjalar di setiap urat badan Kaiser setelah itu.

Kaiser memandang Diane saat tenaga gadis itu menjalar halus di dalam badan. Terasa tenaga itu membuatkan tubuhnya bergetar.

Senyap sunyi kelas tu masa mereka dalam kelas tu pandang Kaiser. Nak pastikan lelaki tu tak apa-apa.

Beberapa saat selepas itu, Diane pun alihkan tangan dari dadanya lalu memandang dia dengan mata kemerahan seperti mahu menangis.

Kaiser pula bangun dari baringnya sambil pandang Diane dengan muka terkejutnya.

Clap!

Clap!

"Bagus...begitu la pelajar-pelajar. Contoh yang saya mahu kamu lakukan sekiranya berlakunya situasi yang sama.."ucap Master Oddyn sambil menepuk tangan.

Kelas itu kemudiannya berakhir setengah jam kemudian dengan syarahan Master Odynn yang ringkas.

Sebaik saja semua pelajar keluar, Master Oddyn turut melangkah hendak keluar. Namun tak lama dia berjalan, lelaki itu berhenti seketika sebelum tertunduk.

Tubuh itu menggigil sedikit sebelum dengan mengejut, Lelaki itu mengangkat kepala, memandang sekeliling dengan pandangan orang bingung baru sedar dari sesuatu. Dia melihat dirinya seakan ada yang tertinggal dalam dirinya.

"Apa yang baru saja berlaku?"tanya Master Oddyn yang sebenarnya baru sedar dari dipukau.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now