Episode 6

2.5K 194 0
                                    

Malam itu, seperti yang dirancangkan, Diane Bersama Casia keluar dari akademi tanpa kebenaran. Sepatutnya outing hanya dijalankan setiap hujung minggu sahaja. Tidak pada hari biasa. Sekiranya ada yang lakukannya juga akan dikenakan tindakan.

Jadi selepas makan malam tu, Diane dan Casia telah menyelinap keluar melalui lubang rahsia di tembok akademi yang terletak tak jauh dari asrama pelajar perempuan. Laluan rahsia itu tersembunyi di balik semak. Dan mereka yang biasa keluar dari akademi saja tahu mengenainya.

Sesampai di kawasan pekan itu, suasana meriah dan bau haruman makanan serta asap dapat di hidu serta merta. Pemandangan hangat yang sibuk dengan orang lalu Lalang membuatkan sesiapa yang pandang berasa begitu senang hati.

Disitu, dapat di lihat lampu tanglung, cahaya terapung, kepulan asap di Udara, suara hiruk pikuk orang bercakap dan ketawa di selangi dengan dentingan tukang besi membuat pedang kedengaran serta suara bising dari kedai kecil di sepanjang laluan pekan itu membuatkan kawasan perkampungan itu begitu meriah dan berwarna warni.

Suara orang tawar menawar harga, suara kanak-kanak ketawa dan orang berborak kedengaran di merata tempat. Barang jualan dan dagangan tersusun kemas di kiri kanan laluan kecil yang ada di setiap Lorong deretan bangunan di situ. Bermacam-macam ragam orang turut dapat di lihat. Dari goblis, fairies, mahkluk ajaib, semuanya ada di situ. Mereka turut singgah untuk membeli belah di situ.

Di celah orang ramai itu, kelihatan Diane dan Casia yang memakai dress labuh warna merah jambu dan hitam cekak leher lengan pendek jalan beriringan masuk ke dalam sebuah bar.

Bunyi kerincing loceng kedengaran sewaktu pintu bar itu terbuka. Dan dua pelanggan baru yang masuk di sambut baik dengan peniaga di situ.Ya...selamat datang. Mari adik manisberapa orang?" tanya pelayan bar yang berpakaian serba biru itu kepada mereka berdua.

Casia berdiri rapat di sisi Diane pandang ke pelayan bar itu tak berkedip. Pelayan bar itu mempunyai tubuh yang gempal. Pakaian lelaki itu kelihatan lusuh seakan telah di pakai dan dicuci berkali-kali. Misai menutupi sebahagian wajah itu. "Dua orang."balas Diane dengan menunjukkan dua jari.

Pelayan bar itu tarik senyuman lebar lepas dengar. "Ya ikut siniada meja kosong. Nasib baik adik manis berdua datang cepat. Kalau tak, tak dapat la nak duduk..seloroh lelaki itu semasa membawa mereka ke sebuah meja berdekatan dengan meja panjang di mana sekumpulan lelaki sedang bermain terup. Biasa?tanya pelayan itu lagi semasa Diane dan Casia ambil tempat.

"Bagi yang paling power."ujar Diane sambil menunjukkan dua jari.

Casia menjegil mata saat menurunkan tangan Luisa ke bawah."Kau nijangan nak lebih-lebih ya." marah Casia. Dia kemudiannya pandang ke pelayan semula dengan kening berkerut serius.

"Jangan dengar dia. Bagi saja kami yang biasaarahnya.

"Okayapa sahaja untuk adik manis"sambut pelayan itu yang membuatkan Diane ketawa kecil.

"Kau ni spoilt la..."cebik Diane lepas pelayan tadi tinggalkan mereka.

Casia menjuling mata menyampah dengan komen itu. Spoilt la apa la...nanti yang susahnya siapa?Mereka berdua ni bukannya pandai sangat minum. Nanti silap masa mahunya dua-dua berakhir dekat dalam kubur!

Sedang semua orang di situ sibuk berbual, pintu bar itu tiba-tiba di rempuh dengan kasar. Membuatkan mereka yang ada di situ menoleh terkejut ke arah pintu masuk tersebut. Termasuk la Casia dan Diane sendiri.

"Hoi..mari!!!teriak lelaki tegap dan sasa yang merempuh masuk dalam keadaan terhuyung hayang itu. Saiznya seperti orang gergasi, tapi tak ada lah besar mana, hanya setinggi 7 meter dan besar meja bulat yang ada di situ. Kalau kena hempuk ni mahu tertanggal rahang!Arghhh!!!teriak lelaki itu sebelum rebah di atas sebuah meja di mana ada pelanggan sedang main terup.

Mereka yang terkejut dengan kejadian itu berdiri. Terutama sekali pelanggan yang main terup tadi. Dah apahal pulak ni!Mereka buat muka berang sewaktu perhatikan lelaki mabuk yang jatuh atas meja mereka.

Casia pandang penuh kengerian kerana gusar sekiranya lelaki gergasi tu naik angin dan lontarkan tantrum kepada mereka. Sementara Diane dekat situ hanya perhatikan saja situasi itu.

"Heikau dah kenapa! Kalau dah mabuk balik lah rumah sana! Menyemak dekat sini kenapaujar seorang dari mereka. Kolar lelaki itu ditarik kasar supaya bangun dari situ oleh mereka.

Tindakan itu buatkan beberapa orang di situ menahan nafas terkejut kerana kagum dengan keberanian lelaki itu untuk berhadapan dengan orang mabuk berbadan besar berkenaan. Kalau mereka memang tak la nak cari pasal. Itu namanya gali kubur sendiri.

Dalam keadaan mamai dan tak tentu arah, lelaki mabuk itu pun berkata. "Kau tu yang apahal! Ada masalah ke! Aku pun bayar jugak la!"ujar lelaki itu sambil memegang kolar baju orang di depannya.

"Haish.tak guna betullah!"renggus lelaki itu sebelum menghayunkan penumbuk ke muka lelaki mabuk sehingga membuatkan lelaki nabuk itu terhumban ke arah meja di mana Casia dan Diane sedang duduk.

Rempuhan itu mengakibatkan Casia tercampak ke tepi apabila tubuh sasa lelaki mabuk itu melanggarnya. Sementara Diane yang lihat segera mendapatkan Casia.

"Argh."jerit Casia sewaktu dia jatuh terduduk di lantai dengan kuat yang mengejutkan dia.

Tanpa berlengah, Diane ikut melutut di situ, dia mendapatkan Casia dekat lantai dengan cemas.Kau tak apa-apa ke?"tanya Diane sebelum palingkan kepala ke arah dua lelaki yang sedang bertelagah itu. Keningnya mencerun tak puas hati."Kacau betullah"sungutnya.

Memangnya tak ada masa lain apa nak bergaduh. Dia baru je nak hilangkan stress ni hah!

Tapak tangannya ditekup atas lantai sebelum satu cahaya halus keluar dari hujung jari dan menjalar di permukaan lantai dan mendekati dua susuk tubuh gergasi tersebut.

Casia yang lihat hanya mendiamkan diri apabila cahaya itu mendaki naik dan melilit kedua-dua tubuh itu sebelum menumbangkan ke lantai. Dan masa itu la beberapa orang lelaki yang ada di situ muncul dan kekang mereka berdua dari terus menerus bercakaran antara satu sama lain dan di bawa keluar dari situ.

18. The KingdomTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang