Episode 51

1.6K 144 3
                                    

Sejak hari itu Diane berkelakuan seperti seorang pencuri, ke mana sahaja dia hendak pergi dia perlu menyelinap agar tiada sesiapa yang menyedari kehadirannya. Terutamanya lelaki menakutkan itu. Sejak kejadian itu berlaku dia betul-betul trauma.

Naik mental Diane dibuatnya.

Yalah, mana dia pergi apa dia buat. Semuanya kena difikirkan dua kali.

Sampai ke mimpi dia terbawak-bawak akan Frost. Kalau indah tak apa jugak.

Ini tidak. Yang macam-macam yang menyeramkan jugak dia mimpikan.

Dan kerana itu, dia sentiasa berkepit dengan Kaiser tak kira apa dia buat. Mana lelaki tu pergi dia ikut, apa Kaiser buat dia pun ikut buat.

Walaupun Kaiser kasar orang dia, dia lebih sanggup hadap kepala angina dan kuat sentap Kaiser dari terus menerus di ekori atau di temui dengan Frost si psiko tu.

"Sekarang Hafalkan baris pertama terlebih dahulu. Lima minit kemudian saya akan panggil secara rambang untuk lafazkan mantera itu:maklum Master Vena kepada kelasnya

Buatkan Diane tersentak dari lamunannya yang sejak tadi tak focus langsung apa yang di ajar oleh Master Vena. Memang la biasanya dia tak focus, tapi kebiasaannya dia dengar. Bukan macam ni!

Mereka yang ada di dalam kelas itu tunduk mengulang mantera itu berkali-kali. Diane yang tidak dapat fokus kerana terganggu bergerak ke orang di kirinya.

"Ini mantera untuk apa?"bisiknya.

Kaiser yang sedang terkumat kamit itu menolak Diane jauh darinya. Malas nak pedulikan Diane. Sebab fikiran serabut perempuan ini buatkan fikiran dia ikut serabut. Banyak sungguh yang difikirkan oleh Diane ni. Tahu tak dia boleh rasa dan dengar semuanya! Urgh!

"Untuk panggil orang mati ke?"tanya Diane lagi sambil mencuri pandang ke arah Master Vena. Dia tak dengar. Nanti kan salah sebut jadi lain pulak mantera ni.

Keluhan kasar dilepaskan. Kaiser menutup buku, lalu palingkan kepala ke sebelah. Sambil buat muka tak suka, dia pandang Diane dengan renungan marahnya.

Diane pandang tak berkedip ke mata Kaiser masa lelaki tu memandang dia. "Apa?"tanya dia.

"Hei kepala dungu logik la sikit. Mana ada mantera panggil orang mati. Kau ingat ini sihir ilmu hitam apa."getusnya dengan perlahan. Ikutkan hati mahu saja dia tinggikan suara. "Sebab itu, lain kali ada telinga dengar, ada mata pandang jangan harap jer muka lawa tapi otak tak boleh pakai. Apa kau buat dari tadi hah?Kau dengar ke tak apa Master Vena sampaikan?"deram Kaiser yang rimas kerana setiap kali dia membaca atau cuba fokus orang di sebelahnya pasti akan menganggu.

Diane mencebik bibir. Dia menyilang tangan ke dada lalu duduk bersandar di kerusi. Pandangnnya mencerun ke arah Master Vena. Sentap dengan kata-kata Kaiser yang langsung tidak pernah hendak menyenangkan perasaan dia. Selalu sahaja berkata kasar! Entah apa salah dia dah buat pada lelaki ini pun dia sendiri tidak tahu. Orang tanya elok-elok kan. Nak kutuk dia macam tu kenapa.

Pergi lantak situ. Tak nak bercakap dengan Kaiser!

Kaiser berpaling. Memandang Diane yang sedang merajuk itu. Dasar perempuan. Kuat sangat merajuk. Menyampah!

"Mantera untuk buatkan orang yang tengah merajuk jadi penyangkut baju.."bisik Kaiser dengan perlahan. Cukup kuat hanya untuk Diane seorang sahaja yang dengar.

Telinga Diane bergerak-gerak saat mendengar suara itu berbisik. Dia buat muka lepas sedar akan sesuatu. Apa?Penyangkut baju?Excuse you!

Lalu satu pukulan hinggap pada lengan lelaki itu.

"Hei...kau ni kan suka sangat tau sakitkan hati aku...malas betul bercakap dengan kau ni.."sungutnya dengan muka tak puas hati. Kurang asam betul! Ada ke patut perli dia macam tu. Diane menjarakkan kerusinya dari Kaiser lalu menegakkan buku untuk membuat dinding di antara meja mereka berdua. "Belajar situ dasar orang kedekut ilmu.."cebiknya dengan jengkel.

Kaiser berdengus kecil setelah Diane buat tak endah dengannya selepas itu. Ingat dia kisah ke. Lagi elok macam ni. Tak adalah dia rimas! Semua ni gara-gara Frost. Sebab lelaki tu Diane asyik berkepit dengan dia 24/7 macam tak ada life!

"Baik...lima minit telah tamat. Sekarang saya akan panggil seorang demi seorang. Untuk cuba lihat bagaimana dia gunakan mantera pemanggil ni...dan kamu kena ingat. Lafaz mantera ni kamu kena tahu apa yang kamu nak...yang betul-betul kamu hendakkan. Kalau tidak ia tidak akan menjadi."jelas Master Vena lagi.

Diane pandang Master Vena dengan muka terkejut dia. La! Mantera Memanggil ke. Ingat kan apa! Hish! Dia palingkan kepala ke Kaiser pula dengan kening mencerun. Grrr! Saja tahu tak nak mengenakan dia!

Kaiser perasan, tapi dia buat tak tahu, fokusnya hanya terarah pada Master Vena. Dalam hati dah nak tergelak dah. Tapi dia control macho dekat situ.

Setengah jam berlalu, beberapa orang pelajar di panggil. Hanya seorang dua sahaja yang Berjaya membuat mantera pemanggil kerana memanggil sesuatu yang mudah seperti pen dan pensel. Manakala yang lain berfikir yang bukan-bukan hingga mengundang tawa sekelas dan bebelan dari Master Vena sendiri.

"Baik seterusnya"Master Vena terpandang Kaiser, lama dah dia nak tengok potensi pelajarnya ini. "Kaiser giliran kamu pula..."ajunya.

Diane mengangkat kepala dari balik buku yang dia tegakkan lepas dengar nama Kaiser di panggil. Mengintai lihat dari balik buku, Keningnya terangkat apabila melihat Kaiser sudahpun berdiri di depan kelas sambil memandang ke arahnya. Hah! Apa pulak yang si nerd menjengkelkan ni nak cuba lakukan!

"Kamu boleh mulakan."arah Master Vena sambil bersilang tangan di dada sewaktu berdiri di tepi kelas menghadap depan kelas.

Kaiser angguk kepala patuh akan arahan sejurus itu. Sambil menumpukan tenaga dalam badannya, Mulutnya terkumat kamit membaca mantera sebelum bunyi kerusi ditolak ke belakang kedengaran tak lama kemudian.

Disebabkan kelas itu senyap dan tenang, bunyi itu buatkan semua yang ada di situ palingkan kepala dan mahu lihat siapa yang bangun. Sekali tu mereka terpandang Diane sedang berdiri dekat belakang kelas tu sambil memandang Kaiser.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now