Episode 17

1.8K 170 3
                                    

"Okay. Terima kasih sebab hantar saya. Jumpa lagi nanti."ucap Casia kepada Sky lepas tiba dekat koridor dimana lokar pelajar perempuan berada.

Sky cepat-cepat pegang lengan Casia masa gadis itu hendak bergerak pergi meninggalkan dia. "Tunggu sekejap."mintanya.

Sambil tersenyum, Casia pun pandang Sky. "Ya?"tanya dia.

"Mm...lepas kelas nanti. Awak ada rancangan lain ke?"tanya Sky.

Casia terdiam sekejap, dia pandang siling atasnya buat seketika sebelum memandang Sky. "Tak ada. Tapi saya nak lepak dengan Diane lepas habis waktu akademi. Kenapa?"

Air muka ceria Sky menjadi mendung lepas dia dengan jawapan Casia. Habis tu dia ni siapa buat Casia. Asyik Diane...Diane...Diane. Hargai la sikit teman lelaki sendiri. "Oh ya ke...saya baru nak ajak awak keluar piknik dengan saya dekat tepi tasik belakang akademi kita nanti"ajaknya.

"Ya ke...ala macam mana ni. Saya dah janji dengan Diane petang ni yang kami berdua nak lepak sama. Kalau awak tak kisah, marilah ikut kami sekali?"ajak Casia dengan teruja. "Lagi ramai lagi bagus kan."

Sky ketap gigi senyap-senyap menahan sabar lantas tersenyum. "Tak apa la kalau macam tu. Maybe lain kali."katanya dengan hati yang jengkel. Pelik dia. Apa la yang di pandangkan sangat Casia terhadap anak pembunuh tu. Ramai lagi perempuan yang boleh di buat kawan.

"Okay...kalau macam tu saya pergi dulubye!"pamit Casia yang tak sabar nak dapatkan Diane. Tapi tak sempat nak gerak selangkah, tiba-tiba tangan dia kena tarik lagi sekali lalu badan dia berpusing menghadap Sky semula.

"Saya belum habis lagi bercakap dengan awak ni Casia.."keluh Sky sejurus itu.

Casia berkerut kening tak faham. "Ya...ada apa lagi?"sambutnya dengan perlahan.

"Tak boleh ke kalau awak jarakkan diri dari Diane?Dia tu berbahaya awak tahu tak. Bila-bila masa dia boleh cederakan awak. Kalau bukan dia, musuh dia!"beritahu Sky dengan kening mencerlung. "Jadi kurang-kurang kan la bergaul dengan dia. Saya pesan ni sebab saya kisah pasal awak."

Casia yang dengar berkerut kening tak suka dengan kata-kata Sky. "Kenapa awak cakap macam tu. Diane tu kawan saya. Tak mungkin la dia nak sakiti saya."teman lelaki ke tak. Kawan baik dia jangan sentuh eh!

"Saya tahu dia kawan awak, tapi saya tak suka tengok awak bergaul dengan dia. Awak tak tahu musuh-musuh dia akan lakukan apa. Mungkin mereka akan sasarkan awak untuk sakiti Diane jke apa ke...siapa tahu"Sky memegang lengan Casia. Menghalang gadis itu pergi.

Tangan tu kemudiannya di tolak Casia ke bawah. Haih...susah betul la kalau ada teman lelaki overprotective macam ni. "Jangan risau la. Awak hanya fikir yang bukan-bukan je. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Okay."Casia menepuk perlahan lengan Sky setelah itu. "Kita bincang nanti, saya pergi dulu. Diane dah tunggu tu."pamit Casia yang kemudianya berlari mendapatkan Diane yang berada tidak jauh dari situ.

Sky berpaling, dia memandang belakang Casia yang sedang berlari itu dengan kening berkerut. Susah hati betul la dia macam ni! Kenapa la Casia ni tak boleh nak Nampak apa yang Diane akan letakkan padannya suatu hari nanti kalau Casia bersama dengan Diane lama-lama. Dan setelah Casia mendapatkan Diane yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri Sky kemudiannya beredar dari situ dengan muka tak puas hati.

Diane yang sejak tadi tunggu dekat depan lokar tu nampak Casia menghampiri terus tersenyum girang. Mendapatkan rakannya itu sebelum merangkul lengan Casia. Datang jugak penyelamatnya!

"Ada apa tadi tu?Macam serius je?"tanya Diane pada Casia.

"Apa?"tanya Casia dengan kening terangkat sebelah.

"Tadi tu...kau dengan Sky?Kau orang berdua bergaduh ke?"tanya Diane lagi sewaktu mereka berdua gerak hendak turun ke tangga yang membawa mereka ke belakang bangunan.

Casia tarik senyuman nipis lalu menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Dia memang selalu serius macam tu.."dalihnya yang tak nak Diane tahu bahawa Sky tak pernah gemar dia berkawan dengan Diane selama ni. Oleh kerana dia hargai Diane, dia lebih suka rahsiakannya dari Diane tahu mengenainya. Cukup la dengan apa yang Diane dah rasakan selama ni.

"Kau sure?"tanya DIane yang berasa risau kalau Sky marah atau gaduh dengan Casia. Kalau lelaki tu cuba sakiti hati Casia, tahu la dia nak apakan dengan si Sky tu nanti. "Kau beritahu aku okay kalau dia lakukan something tak baik dekat kau..."pesannya setelah itu.

"Hahaha...ya. Jangan risau la Sky lelaki yang baik. Dah la jom. Kau kata kena kemas bangsal kan?"ajak Casia yang melarikan topik perbualannya itu serta merta. Tak nak terus menerus pertikaikan apa yang Sky baru beritahu dia tadi.

Diane ketawa kecil, dia tunduk memandang anak tangga yang di jejak untuk menghampiri bangsal rumah hijau yang mana pelajar dari puak tanah akan datang dan membuat praktikal seperti tumbuhkan tanaman, gunakan unsur tanah dan sebagainya. Diane kemudiannya menolak pintu bangsal itu ke dalam. Sebaik saja daun pintu itu ternganga luas, matanya terbutang saat melihat betapa bersepahnya keadaan bangsal itu.

Segalanya tungang langang.

Casia dekat sebelah dah ternganga macam apa. Tergamam teruk!

"Oh my goodness..."lafaznya dari balik nafas tak percaya. "Diane..."panggilnya dengan nada tergamam. "....kau pasti ke kau boleh buat semua ni seorang diri?"tanya Casia yang turut terkejut melihat keadaan bangsal itu. Ini bukan penalti dah. Ini dikira sebagai hukuman terus ni!

Diane mencekak pingang. Memandang ke sekeliling bangsal itu dengan keluhan berat. "Entahlah."jawabnya yang berasa letih sebaik sahaja melihat keadaan huru hara di depan matanya itu. Nak tak nak kena la dia buat kalau tidak makin berat la penalti yang dia kena tanggung nanti.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now