Episode 52

1.6K 152 2
                                    

"Kenapa dengan kamu Diane?"tanya Master Vena.

Diane mengangkat kening terkejut dia. Dia pun nak tahu kenapa dengan dirinya ni. Tiba-tiba je. "Ahh?Saya-"sahut gadis itu kebingungan. Dia perlahan-lahan berjalan keluar dari belakang meja lalu gerak ke depan kelas. Ibarat seperti di kawal, kakinya jalan selangkah demi selangkah dengan perlahan-lahan ke arah Kaiser.

Master Vena yang pandang bersuara. "Tunggu giliran kamu kalau kamu nak tunjuk demostrasi.."  katanya bila Diane semakin hampir ke depan.

Diane menggeleng kepala sambil buat muka cuak. Sumpah! Dia bergerak bukan di atas kerelaan dia!"Bukan Master...ianya"Diane pandang kaki dia kemudian sebelum pandang ke Kaiser semula. Dan lepas dia tatap mata tu, baru la realiti menghentaknya.

Hell no!

Kaiser berdiri dekat situ dengan postur berlagak dan yakinnya sehingga la Diane berdiri dekat depan dia.

Dengan sendiri tangan Diane naik memeluk lengan Kaiser. Diane yang perhatikan pun pandang tak percaya. What the hell! Boleh pulak dia tak dapat nak melawan. Kaiser ni siapa sebenarnya! Macam mana lelaki ni boleh kawal dia macam tu je!

"Ini yang saya panggil."kata Kaiser semasa memandang Master Vena.

Diane palingkan kepala memandang tepi muka Kaiser dengan kening mencerun tak percaya. Lelaki ni kan! Mujur ada sihir yang dikenakan pada dirinya, kalau tidak sudah lama kaki dan tangan dia naik memukul badan ni! Hish!

Master Vena buat muka, dia pandang tak percaya dan kelihatan bingung sendiri. "Tapi mantera ini khas untuk objek sahaja. Bukan manusia. Saya tunjuk kamu akan mantera ini bukan...adakah kamu cuba mengenakan saya?"soalnya pada Kaiser dengan kening berkerut tak faham.

"Tak. Ianya bukan gurauan. Saya memang panggil Diane. Kalau Master tak percaya saya boleh lakukannya terhadap orang master sendiri.." ujarnya dengan nada mendatar dingin tiada emosi.

Mereka yang ada di dalam kelas itu tergamam. Silih ganti memandang Diane, Kaiser dan Master Vena sendiri. Drama apakah yang sedang mereka saksikan ini!

Seorang pelajar lelaki yang duduk tak jauh dari situ gerak mengumpal kertas, lalu membalingnya ke arah Diane sambil berkata. "Nak bercinta bukan dekat sini la!!!"baling lelaki itu.

Tanpa menoleh, Kaiser menyambut kertas tersebut saat ia hampir mengenai wajah Diane dan melenyapkan gumpalan itu menjadi debu dalam gengaman tangannya. Fokusnya masih terarah pada Master Vena.

Sementara Diane dan mereka dalam kelas tu pandang tak berkedip ke Kaiser lepas nampak apa yang lelaki tu lakukan. Selamba sungguh!

"Kamu tukar mantera tu ke Kaiser?"soal Master Vena dengan curiga.

Kaiser tarik sengih meleretnya lantas menggeleng kepala. "Tidak. Master boleh periksa dalam buku teks tu.."ajunya sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar dengan yakin. Percaya atau tidak, kuasa dia boleh lakukan lebih dari ni. Dan sihir memanggil ini adalah sihir paling mudah untuk dia.

Master Vena mendapatkan buku teks lalu membacanya berulang-ulang untuk memastikannya. Setelah dia baca dia pandang ke Diane pula. "Beritahu saya Diane, kamu dating di suruh atau tubuh kamu gerak dengan sendiri"soalnya.

Diane yang masih kebingungan itu kedipkan mata beberapa kali. dia pandang Master Vena dengan bulat."Kaki saya gerak dengan sendiri."

Tidak tahu hendak balahkan apa lagi, Master Vena pun mengangguk kepala mengalah. Lalu menyuruh mereka duduk dengan melalu-lalukan tangan agar pergi."Ya sudah...kamu boleh duduk."

Mereka berdua pun gerak ke meja belakang kelas dan ambil tempat di kerusi masing-masing setelah itu.

Beberapa kepala masih terarah pada Diane dan Kaiser.

Sementara Kaiser dengan poker face dia tunduk selak buku teks lalu acah-acah melihat butiran dalam buku tersebut.

"Seriuosly?Perlu ke kau gunakan kuasa dekat aku jugak!"tepi lengan Kaiser di pukul Diane sekali lagi. Jengkel betul dia.

Kaiser palingkan kepala. "Mana ada.."tipunya.

Diane buat muka. "Apa?"

"Kau yang datang sendiri sebab tertarik dengan aku kan?"seloroh Kaiser mahu menyakat Diane.

Berdengus tak percaya Diane mendengarnya. "Memang tak la..."

Kaiser tarik sengih menyakat dia. "Kau tahu banyak menafikan itu bermakna kau mengiyakan kenyataan tu..."

Menyampah dengan sikap perasan bagus Kaiser, Diane menjuling mata lalu menyandar ke belakang kerusinya semula. Urgh! Buat sakit hati je la bercakap dengan Kaiser ni!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now