Episode 89

1.5K 136 0
                                    

Diane dumbfounded.

Serius.

Dia tak jangka semua ni.

Malah dia tak tahu pulak yang orang yang mahukan kematian dia kini berada di depan mata dia.

Lelaki yang bertanggungjawab memporak perandakan hidup dia. Orang yang telah menyebabkan hidup orang yang tak bersalah menjadi mangsanya!

Datuknya sendiri.

Lelaki yang sepatutnya berikan dia perasaan selamat dan kekeluargaan.

Lelaki yang sepatutnya jadi tunggak dalam sebuah keluarga!

Bukan pemusnah atau pemisah!

Orang yang terbaring di atas katil di pandang lama saat dia berdiri di sisi katil. Melihat wajah pucat dengan mata terpejam itu tanpa ada apa-apa perasaan yang terlintas dalam hatinya. Dia terlalu kebal dengan perasaan sedih dan kecewa lepas apa yang berlaku selama ni.

"Kamu dah datang?"tegur orang itu dengan tiba-tiba.

Diane yang dengar tersentak sikit, tapi dia hanya mendiamkan diri, tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Tempat asing dan orang asing di depannya betul-betul membuat dia berasa takut.

"Duduk la...."minta datuk Diane dengan suara berbisik orang sakit. Orang tua itu berusaha membuka mata untuk memandang wajah Diane. dan bila ia terbuka, mata kuyu mintak tertutup itu pandang ke Diane dengan renungan berkaca. "Tak perlu takut.tiada sesiapa akan cederakan kamu.."tangan itu menepuk tempat kosong di atas katil dengan lemah. "Mari la cu..."

Diane mengambil tempat di atas katil sebelah kanan yang di tepuk tanpa berkata apa-apa. Sebaik dia duduk, Diane tunduk memandang orang itu dengan pandangan kosong.

Datuk Diane tarik senyuman nipis semasa menatap wajah Diane. "Akhirnya...dapat juga beta bertemu dengan kamu." ujar Syler yang hendak bangun dari baring namun Diane menghalang. DIa menolak dada itu perlahan lantas menggeleng kepala. Membuatkan Syler melepaskan keluhan berat. Deru nafas lelaki berusia 85 tahun itu tersekat-sekat.

"Tak perlu bangun, tuanku baring saja pun tak apa."kata Diane dengan nada mendatar. Dia nak teruja pun tak ada feeling. Apa lagi nak rasa gembira. Kasihan lagi la. Pendek ceritanya dia tak ada rasa apa-apa sekarang ni.

Syler pun mencapai tangan Diane. DIletakkan ke dadanya. Maafkan datuk kamu ini.walaupun nama kamu datuk tidak tahu, namun kamu sentiasa atuk ingat."beritahu Syler dengan suara serak orang sakit. "Kalau atuk tak paksa bonda kamu buang kamu dan tinggalkan ayahanda kamu, hidup atuk takkan rasa menyesal sampai sekarang macam ni."

Diane teringat akan kata-kata Luisa yang mana datuknya meminta dirinya di bunuh. Kalau menyesal kenapa tidak menemui dia dan jelaskan semua ni pada semua orang termasuk dirinya sendiri. Kalau menyesal, datuknya ini tidak akan menghantar adik bongsu tirinya sendiri untuk bunuh dia. "Saya dah ada dekat sini...jadi tuanku tak perlu fikir terlalu banyak. Benda dah lepas. Tiada apa-apa lagi yang tuanku perlu sesalkan. Ayah saya dah tiada,ibu saya dah ada kehidupan sendiri, semuanya akan baik-baik sahaja"balasnya sambil tenung ke mata itu.

Syler menggeleng kepala dengan kening berkerut sedih. "Tidak...semuanya tak baik-baik. Bagaimana dengan kamu?Hidup kamu?Apa yang datuk perlu lakukan untuk tebus semua kesilapan datuk kepada kamu?"soalnya dengan terdesak.

Diane tarik senyuman nipis lepas dengar. Dia telah relakan semuanya. Malah dia telah maafkan semuanya. "Tak apa-apa. Tuanku tak perlu risau akan saya. Saya tak penting. Dan saya tak kisah tentang perkara lain. Apa yang tuanku telah lakukan, apa yang ibu saya dah lakukan...mahupun Luisa sendiri...saya dah lupakannya"sakit tu ada, tapi sakit lagi kalau dia tidak lepaskan semua ini. Eloknya dia lepas semua ini supaya di masa depan dia tidak akan rasa sengsara memikirkan hal ni.

Air mata mengalir turun dari mata tua Syler, wajah yang sedia berkedut semakin berkedut teruk bila Syler berkerut-kerut ketika menangis tanpa suara.

Diane yang lihat menjadi sayu sendiri. Pasti susah buat lelaki tua seperti datuknya ini tanggung semuanya sendirian. "Shh...it okay. Everything gonna be fine."pujuknya sambil tepuk dada tu dengan perlahan.

"Atuk terlalu pentingkan diri...terlalu memikirkan maruah sampaikan sanggup susahkan hidup cucu sendiri...atuk menyesal...Kalau la atuk biarkan kamu di sini, hidup atuk takkan rasa serba salah sehingga ke hari ini."lafaz Syler dengan susah payah.

Sambil tersenyum, Diane kesat air mata yang turun dari tepi mata itu dengan ibu jarinya perlahan-lahan. Tak mengapa...kalau bukan disebabkan datuknya ini, dia mungkin tidak jadi seseorang yang kuat dan tabah sehingga kini.

"Maafkan atuk...maafkan orang tua tak guna ni...hanya itu saja yang atuk dapatkan katakan selepas 21 tahun ini"sedu Syler dengan teruk.

Bersama renungan redup ke mata itu, Diane pun berkata. "Ya..."kepalanya di angguk perlahan. "Saya telah maafkan tuanku...Jadi tenang la...sebab saya sekali pun tidak berdendam."kalau ayahnya masih hidup mungkin ayahnya akan lakukan hal sama seperti dia lakukan.

Syler yang dengar senyum lega, dia memejamkan mata untuk menarik nafas. Akhirnya, terlaksana juga permintaan terakhirnya. Dan kini dapatlah dia pergi dengan hati yang tenang.

Diane perhatikan dada yang tadi naik turun perlahan-lahan berhenti dari bergerak. Lalu diikuti cengkaman pada tangannya mulai longgar sebelum tangan itu terkulai jatuh ke sisi tidak berdaya.

"Tidur la dengan tenang situ...semoga roh mu tenteram.."lafaznya sambil menepuk dada itu, mendodoi orang tua di sisinya dengan senyuman nipis di pipi. "Terima kasih sebab sudi jumpa dengan Diane buat kali terakhir-" tunduk Diane memandang ke bawah."atuk.." sebut dia sambil memejam mata.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now