1

88.6K 2.3K 171
                                    

Kedua belah tangan meraba-raba duit kertas yang berada di dalam bakul kecil biru yang berada diatas meja berhadapan dengannya. Satu persatu duit kertas diambil dan di hidu baunya ingin mengenal pasti nilai mata wang tersebut. Haura adalah seorang gadis buta, buta akibat kemalangan yang menimpanya dalam kemalangan di lebuh raya. Namun bukan itu alasannya untuk dia terus jatuh dalam kehidupannya.

"Haura, hari dah petang ni. Jom lah kita balik." pinta suraya, yang baru saja tiba di situ.

Haura hanya tersenyum dan mengangguk kepala. Dia mencapai tongkat yang tidak jauh darinya.Suraya mengemas barang-barang yang berada di situ dan memasukkan ke dalam bonet kereta. Haura berdiri tercegat menanti suraya untuk memimpinnya ke kereta.

Suraya membuka pintu penumpang lalu memberi laluan untuk haura masuk ke dalam kereta. Setelah itu, barulah dia masuk ke dalam kereta.

"Haura, akak dah kata duduk aje dekat rumah. Kenapa masih lagi nak jual tisu? Haura tak malu ke jual tisu dekat tempat2 macam tu? Tepi jalan, panas terik pulak tu."

"haura tak naklah menyusahkan akak. Haura ni menumpang aje dekat rumah akak.Jadi,haura kena cari duit makan sendiri. Bukan nak mengharapkan duit orang aje." balas haura.

"Haura.. Event kita ni bukan darah daging yang sama. Akak dah anggap adik ni macam adik akak. Janganlah susahkan diri."

Ujar suraya, haura tidak membalas apa. Suraya memberhentikan kereta apabila terlihat sebuah kedai aiskrim yang tidak jauh daripada jaraknya. Terlintas di fikirannya untuk membeli aiskrim,elok juga kalau makan aiskrim pada cuaca panas begini.

"haura nak aiskrim tak? Ada kedai aiskrim dekat depan tu."

"takpa lah kak, haura dah kenyang sangat."

"okaylah. Tunggu sini kejab ek."

Pinta suraya,lalu membuka pintu dan melangkah keluar daripada keretanya. Sementara menunggu suraya, dia keluar sebentar menghirup udara segar di luar kereta. Terdengar bunyi tapak kaki berjalan menuju ke arahnya.

"Err.. Haura. Pinjam duit sikit boleh. Akak tak bawak duit lebih lah pulak." pinta suara.

Haura mengangguk kepala. Dia menyelut poketnya dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas bernilai satu ringgit.

"Haura tolong pegang aiskrim ni kejab ek, akak nak bayar." ujar suraya,

Dia menarik tangan suraya untuk memegang aiskrimnya sebentar dan kembali ke kedai untuk membayar duit.

Tiba-tiba, tongkat yang dipegangnya terlepas daripada tangan. Haura menunduk untuk mencari kembali tongkatnya yang terjatuh tadi. Tanpa sedar, aiskrim yang dipegang tadi sudah terlepas daripadanya dan terkena kasut kilat berwarna hitam milik seseorang.

"Woi!! Apa ni?!" bentak suara seorang lelaki. Haura tersentak.

Dia kembali berdiri.

"kenapa encik? Ada masalah ke?" soal haira dengan nada gelisah.

"masalah?! Aiskrim kau dah terkena dekat kasut aku tau tak?! Kau ni buta ke apa?!"bentaknya.

"sa.. Saya memang buta pun encik. Maaf encik saya tak sengaja. Saya tolong lap kan balik ye." ujar haura, dia menyelut poketnya ingin mengambil tisu, setelah menjumpainya dia menunduk ingin mengelap semula kasut itu namun lelaki itu menepis.

"tak payahlah! Kasut aku ni mahal tau tak?! Setakat lap pakai tisu baik tak payahlah."
Bentaknya.

"encik saya tak tahu encik lalu depan saya,saya minta maaf. Saya bukan sengaja nak kotorkan kasut encik."

"heh? Yela tu? Ke kau saja buat2 buta sebab nak mengelak?" sindirnya.

"kenapa ni?" suraya mencelah.

"kak.. Aiskrim akak terjatuh. Saya minta maaf. Lepastu terkena dekat kasut orang ni." ujar haura.

Lelaki itu mencekak pinggang memandang suraya. Dia menggaru kepala. Tidak tahu ingin membuat apa.

"Err.. Lap je lah. Encik nak apa lagi?"

"lap? Kasut ni kasut kulit tahu tak? Aku nak korang ganti."

"encik. Kawan saya ni buta. Dia tak sengaja. Takkan lah encik takda rasa simpati langsung."

"Apa aku kesah? Bagi nombor talefon kau dengan alamat rumah. Kalau korang tak bayar.. Automatik aku pergi rumah korang minta duit."

Ugutnya,suraya mengeluh kecil. Dia membuka dompetnya, lalu mengluarkan sekeping kad yang tertulis nombor talefonnya serta alamat rumah.

Lelaki itu merampas kad itu dengan kasad dan menghulurkan kadnya pula.

"aku beri tempoh 3 hari. Atau tak.. Aku datang. Okay? Dah tahu kawan buta tak payahlah suruh dia pegang aiskrim!"

sinisnya,sebelum melangkah kaki beredar daripada tempat itu. Haura mengangkat tangannya dan mencari suraya berdiri di mana.

Suraya memegang tangan haura menunjukkan bahawa dia berada disebelahnya.

"maaf kak. Haura tak sengaja. Takpa, nanti biar haura yang tolong bayarkan. Akak jangan risau." ujar haura.

"takpa lah. Akak tak kesah. Jom lah kita balik. Biarkan aje mamat tu. Dasar sombong!"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now