Bab 68

2.4K 95 99
                                    

Apabila melihat Asyraf dapat menjejakkan kaki dengan selamat,lagi sekali Pak Mahat mengacungkan tangannya.Sasarannya kali ini ialah pokok besar di belakang Asyraf..demi terkena sahaja kuasa dari Pak Mahat,tidak semena-mena pokok itu menjadi hidup.Akarnya tiba-tiba menerobos keluar dari tanah lalu membelit badan Asyraf dengan kuat..Asyraf kini terperangkap!

"Mintaklah doa pada Tuhan kamu,kita lihat sama ada Dia boleh selamatkan kamu atau tidak..hahaha"...serentak dengan itu,Pak Mahat mengembangkan sayapnya dan melayang ke udara.Setelah meningkatkan tenaganya,ia menjunam ke arah Asyraf..

"Tok...takkan kita nak tengok saja?.saya tak pikir Asyraf boleh terlepas kali ni"..Pak Jenal memandang ke arah Pak Syeikh,harapannya besar agar Pak Syeikh dapat membantu Asyraf pada saat genting itu.

"Nal..maaf!..Titah Tengku adalah perintah,aku tak boleh nak ingkar"..sayu suara Pak Syeikh membalas.Dia pun berpendapat sama seperti Pak Jenal,namun apakan daya.Kalau sudah Asyraf sendiri yang tidak mahu ditolong,dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Inspektor Rizal,Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh cuma mendengar sepintas lalu sahaja perbualan itu.Tumpuan mereka lebih terarah pada pertempuran hebat yang tidak terjangkau oleh akal mereka.Biar pun ketika itu Asyraf berada dalam keadaan yang amat kritikal,tetapi mereka tidak merasa sebarang perasaan cemas.Kerana mereka pasti,Asyraf bukan calang-calang orang yang akan tewas dengan begitu mudah.Dengan lain perkataan,mereka yakin Asyraf mampu menewaskan Pak Mahat.

Di saat cakaran Pak Mahat hampir mengenainya,dengan tiba-tiba Asyraf menghentakkan kakinya ke bumi.Mendadak Pak Mahat terhenti di udara,matanya membulat menunjukkan seolah-olah dia tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Pasung Angin?..hahaha,kenapa aku tak terfikir tadi?"..benar seperti tekaan Pak Jenal itu,Asyraf telah mengenakan Jurus Pasung Angin pada Pak Mahat menyebabkannya terkunci di udara.

Tanpa menunggu Pak Mahat membebaskan diri,Asyraf meningkatkan sisa-sisa tenaga yang masih ada ke tahap yang paling tinggi.Dari kedua belah tapak tangannya muncul pedang yang berkilat-kilat...airmuka Pak Mahat sudah berubah.Ia menyalak kuat..

Lebai Dolah meraup muka,manakala Inspektor Rizal,Inspektor Daniel dan Sarjan Jusoh terduduk.

Dengan sekali cantas sahaja,akar-akar pokok yang membelitnya putus.Asyraf langsung menyerbu Pak Mahat seperti harimau yang terlepas dari kandang sambil menghayunkan kedua pedangnya tinggi-tinggi...

Zasss....kepala Pak Mahat dipenggal dan jatuh tergolek,kemudian diikuti dengan badannya...terpotong dua pada bahagian pinggang.Dan yang anehnya...tidak ada setitis darah pun yang mengalir keluar!!!...

Kepala dan pinggang yang terpotong itu mengeluarkan kabus nipis berwarna hitam,ia berkumpul dan membentuk lembaga manusia berupa Pak Mahat.

"Jangan ingat bahawa kamu telah menang anak sial..kamu hanya membinasakan jasadku sahaja,aku pasti akan kembali dengan jasad yang baru...aku pasti akan membalas dendam!...aku akan kembali,aku akan kembali!...hahaha"..sebaik sahaja suara itu berhenti,bayangan Pak Mahat beransur hilang ditiup angin.

Kewujudan mayatnya yang berupa serigala jadian itu juga perlahan-lahan berubah ke bentuk asal dan terbakar dengan sendiri.Dan dari kejauhan..anjing-anjing hutan menyalak bersahut-sahutan,mendayu-dayu seperti menangisi pemergian seseorang.

Segalanya telah berakhir..Asyraf bersujud,menadah tangan ke hadrat Tuhan Pencipta Alam di atas kejayaannya menumpaskan manusia iblis yang merupakan bapa saudaranya sendiri.Airmatanya bercucuran mengenangkan dendamnya yang selama beratus tahun itu akhirnya dapat dilangsaikan.

....................................................

"Ini bukan trick ke Inspektor?"

"Bukan Tuan..macam yang saya ceritakan dengan Tuan tadi..saya,Sarjan Jusoh dan Inspektor Daniel ada dekat sana.Rakaman ni saya ambil secara curi-curi guna telefon bimbit saya"..balas Inspektor Rizal pantas.

"Tuan pernah tengok rakaman yang sebelum ni kan?..rasanya ia adalah orang yang sama dengan yang berpakaian ninja tu."

"Hmmm..kalau saya tak pernah tengok rakaman yang dulu tu,mati hidup balik pun saya tak akan percaya.Ini..ini...ntah,susah saya nak cakap"..ASP Guna menggeleng-gelengkan kepala.Sudah tiga kali ia menonton rakaman video pertempuran itu,namun..hatinya masih tidak puas.

"Tapi..Inspektor kenal ke sapa lelaki ninja tu?"

"Maaf Tuan..kami tak kenal.Saya dah bertanya pada Pak Imam,dia pun tak kenal.Nasib kami baik agaknya sebab terserempak masa diaorang tu berlawan.Itu pun dengan bantuan Imam"..Inspektor Rizal memandang Sarjan Jusoh sambil mengenyitkan mata.Sarjan Jusoh mengulum senyum.

Biarlah rahsia tentang siapa 'ninja misteri' itu cuma mereka sahaja yang mengetahui,lagi pun itu janji mereka pada Pak Jenal,Pak Syeikh,Lebai Dolah dan juga 'ninja misteri' itu sendiri.

...................................................

Malam itu sekali lagi surau Kampung Mengkudu meriah..warga penduduk setempat dan dari Kampung Nuri bertali-arus datang membanjiri.

"Bilal Muda kita ni,bila lagi?..calun dah ada dah tu.Saya tengok,macam pinang dibelah lapan belas dah...sesuai sangat"..usik Pawang Nuh,disambut gelak ketawa para jemaah lain.

"Ke tak cukup kuat lagi Bilal?..jangan risau pasal tu,ayah angkat Bilal tu ha..Pawang Nuh,mintak je.Dia kan pawang buaya,mesti ada simpan 'cula buaya' punya.Saya tengok orang rumah dia tiap pagi Jumaat,mesti termenung dekat tangga...hahaha"..getus Jusoh menggamatkan suasana.

Safira yang bersama jemaah wanita,tersipu-sipu malu mendengar usikan-usikan itu.Jauh di dalam hatinya,ia berharap agar suasana damai dan ceria ini akan menghiasi hari-harinya bersama Asyraf.

....................................................

Di hujung Kampung Nuri,seorang lelaki tua sedang terkumat-kamit membaca mentera sambil mengadap dupa berisi kemenyan.Sesekali asap kemenyan meliuk lintuk apabila ditiup angin malam,umpama sang bidadari sedang menari..begitu lemah gemalai.

"Atas nama Syaitan..aku menyeru roh-roh sesat yang berterbangan,datanglah kepada aku..bersatulah dengan aku"

Sekonyong-konyong..tingkap rumahnya yang roboh itu terbuka ditolak angin.Kabus-kabus hitam berupa lembaga-lembaga yang seakan manusia berlumba-lumba masuk.

Guntur Geni tersenyum kemenangan.

Tamat

Nota author :
T/kasih tidak trhingga pd pembaca yg telah khatam citer ni.Dijemput semua utk membaca Pahlawan Silam 2 - Aku Berus Lee.Sy tidak menjanjikan apa² slain dari jalan citer yg lbih mrapu dan tk msuk akal...smoga trhibur hendakmya.
Kaaasyih...kasyih.

Du har nått slutet av publicerade delar.

⏰ Senast uppdaterad: Apr 22, 2021 ⏰

Lägg till den här berättelsen i ditt bibliotek för att få aviseringar om nya delar!

Pahlawan Silam [Tamat]Där berättelser lever. Upptäck nu