Bab 6

1.5K 63 123
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke restoran,fikiran Safira jauh melayang mengenangkan peristiwa di rumah Asyraf tadi.Ditambah pula dengan hal di restoran,otaknya benar-benar pusing dan jiwanya benar-benar kacau.

Safuan yang membonceng di belakang kakaknya itu diam sambil tangannya memeluk kemas pinggang Safira.Dia betul-betul takut kali ini,motosikal yang dinaikinya itu terasa seperti mahu melayang..

Menyedari yang adiknya ketakutan,Safura mula membuka mulut..

"Adik!"...panggilnya.

Tiada jawapan.

"Adikkk........."

"Ya kak?"....sahut Safuan dengan kuat.

"Akak nak adik janji dengan akak"..

"Aaaa?............".Safuan tidak dapat mendengar dengan jelas percakapan kakaknya disebabkan deruan angin yang kuat.

"Akak nak adik janji ngan akakkk"..ulang Safira dengan suara yang lebih kuat.

"Janji apa kak?"...Safuan kehairanan.

"Janji jangan citer kat sapa-sapa apa yang adik tengok dekat rumah Abang Asyraf tadi"..terang Safira.

"Owhhhh...ok kak...tapi kenapa?"...Safuan masih keliru.

"Ishhh budak ni,banyak pulak tanya dia.Akak suruh tu,ikut aje la,jangan banyak songeh boleh tak?"..tengking Safira.

"Ye lah kak"..ada nada tidak puashati pada jawapan Safuan.

Kasihan pulak Safira pada adiknya tu,tak pasal-pasal kena tengking.

Lalu dia pun menyambung kata-katanya..

"Macam ni dik...kalau makin ramai yang tau rahsia Abang Asyraf,nanti keselamatannya akan terancam.Kang kalau ada yang berdendam ngan dia..habis laa"
"Lagi satu...macam-macam boleh jadi dik.Silap haribulan,citer tu sampai kat reporter ke apa ke,mana la tau kan dalam ramai-ramai tu ada yang menyampaikan.Nanti tak pasal-pasal Abang Asyraf tu jadi bahan ujikaji.Adik nak ke Abang Asyraf susah?".

Safuan menggeleng-gelengkan kepala walau dia tahu kakaknya tu tidak melihatnya.

"Adik suka Abang Asyraf,dia baik sangat ngan adik.Adik janji adik tak akan bagi tau sapa-sapa.Akak jangan risau ya...promise"..tutur Safuan penuh ikhlas.

Safira tersenyum mendengar pengakuan adiknya itu.

Motosikal honda itu terus dipecut laju kerana Safira mahu segera sampai ke restoran.Hatinya tidak putus-putus berdoa agar tiada  perkara buruk yang berlaku.

........................................................

"Kenapa lengang je ni?..macam takde apa-apa pun"..Safira mula bermonolog sendirian.

Dipandangnya kawasan sekitar restoran,tidak ada yang ganjil.

"Pelik"...getusnya lagi.

Tanpa menunggu adiknya,Safira terus berlari masuk ke dalam restoran sambil menjerit memanggil ibunya.

Mak Munah keluar dari dapur bila mendengar Safira terjerit-jerit.

"Ni apa ke halnya ni terpekik terlolong macam nampak hantu?"..Mak Munah menegur anaknya.

"Nasib baik restoran tutup hari ni,kalau tak...orang akan tanya,anak dara sapa la tu ya"..leter Mak Munah lagi.Dia kalau bab berleter,perghhh....excellent.

"Mak tak apa-apa ke?"..tanya Safira kebingungan sambil memeluk ibunya dan menangis.

"Laa....pasal apa pulak menangis ni,pakai peluk-peluk bagai?.Rimas la mak Ira oiii..Ishhh...budak ni.Kenapa dengan kamu ni,dah buang tebiat nak mampus ke apa?"

"Takde la mak..tadi masa dekat rumah Abang Asyraf,Abang Man telefon.Dia cakap kawan-kawan orang jahat itu hari datang buat kacau.Itu yang Ira risau tadi tu"...terang Safira.

"Astaghfirullahal azim budak Man ni,nak kena ngan aku ni."
"Benda-benda macam ni pun ko buat jadi bahan lawak bodoh kau ye?.Dah la dari tadi asyik dok pekena orang je,bila ditanya...April Fool katanya.Kepala hotak dia,apa yang fool pun aku tak tau"...Mak Munah terus membebel.

"Mak...ada nampak Abang Asyraf tak?"...Safira mula bertanya bila tangisannya beransur reda.

Pappp....Mak Munah menepuk dahi.

"Masyaallah Ira....mak lupa,kamu la terjerit-jerit tadi..langsung mak tak ingat lagi dah kat budak Asyraf tu.Ishhh...."

"Kenapa dengan Abang Asyraf mak?..mana dia?"..tanya Safira bertalu-talu.

"Dia ada dekat belakang dengan Aman,tak tau la apa sakit budak tu.Dia muncul-muncul je tadi,terus pengsan...agaknya sakit dia yang itu hari tu belum betul-betul baik kot.Tadi masa kamu panggil mak,dia dah sedar dah."

Tanpa menunggu maknya habis bercakap,Safira terus berlari ke belakang restoran untuk melihat keadaan Asyraf.Mak Munah cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

"Sayang betul anak aku kat budak Asyraf tu.Takpa...kasi can,orang muda.Kikiki"....Mak Munah bercakap dan ketawa kecil sendirian.

Apabila terpandang Safuan yang berada di pintu restoran,Mak Munah tersipu-sipu sendiri.

"Ha....Safuan...yang kamu tu dok tercegat lagi dekat situ tu kenapa?..nak jadi JAGA ke?."....lantang je suara Mak Munah,nak tutup kemaluan sebenarnya tu.Opsss.....hehehe...

Safuan cuma tersengih dan berjalan mengikuti kakaknya ke belakang restoran.

"Safuan...lepas kamu tinjau Abang Asyraf kamu tu,tolong pegi rumah Pak Ngah ya.Cakap kat dia yang mak suruh dia hantar sayur malam karang.Kalau takde aral,mak ingat besok dah mula nak meniaga balik.".

"Baik mak"...jawab Safuan akur.

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now