Bab 33

1.1K 56 19
                                    

"Mak Long..Pak Long mana?"..tanya Asyraf sebaik sahaja tiba di rumah.

Mak Long Indah yang sedang menyidai kain di halaman rumah berpaling.

"Tadi ada polis datang,nak mintak tolong katanya.Jadi Pak Long kamu ikut diaorang la.Ada apa Asyraf?"

"Takde apa-apa,tengok Pak Long takde..itu yang tanya tu"..Asyraf tersengih.

"Polis nak mintak tolong apa?"

"Entah..Mak Long dekat belakang,jadi tak dengar la sangat"

"Owhhh...tapi diaorang tu pegi mana Mak Long?"

"Kamu ni,dah jadi macam polis pulak dah..hahaha"..balas Mak Long Indah sambil ketawa kecil.

"Tak salah Mak Long,ke Bukit Rotan..sebelah kampung kita ni"..ujarnya lagi.Tangannya menunjuk ke arah sebelah kanan Asyraf.

....................................................

Di saat pokok besar itu sudah hampir pada Pak Jenal dan kumpulan anggota-anggota polis itu,tiba-tiba dalam satu dentuman yang memekakkan,ia meletup menjadi serpihan-serpihan kayu yang kecil.Kesemua mereka terpaku..

Di hadapan mereka berdiri gagah seorang lelaki sasa yang berpakaian serba hitam..mukanya berbungkus seperti ninja yang boleh dilihat di dalam filem.

Pak Jenal cepat mengenali lelaki itu...

"Asyraf?"...bisiknya sedikit terkejut.

Asyraf berdiri tegak menghadap Pak Mahat sambil tangannya digenggam kuat.

"Pakcik...bawa mereka semua pergi dari sini"..Asyraf bersuara tanpa menoleh.

"Baik...baik"

"Tuan....jom..kita berlindung"..Pak Jenal bersyukur kerana Asyraf tiba tepat pada masanya,jika terlambat sikit..ia tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.

Mereka cepat-cepat beredar menuju ke bukit kecil di belakang tadi.

Pak Mahat hampir tidak mempercayai apa yang ada di depannya sekarang.Musuh yang selama ini dijejakinya telah muncul.Biarpun dengan mukanya yang bertutup,Pak Mahat masih dapat mengenal aura yang terpancar dari tubuh pemuda itu.

"Anak saudara beta,Tengku Arjuna Aduka.....hahaha!!"

"Aku senang melihat kamu di sini..apakah kamu maumenyambung pertarungan kita yang beratus tahun dulu tu?"..ujar Pak Mahat sinis.

Asyraf tidak menjawab,matanya memerhati dan mengawasi tindak-tanduk Pak Mahat.

"Orang tu kenal Asyraf?..mustahil..entah-entah itu yang nama Guntur Geni!..yaa...itu Guntur Geni,dia sendiri yang cakap Asyraf anak sedara dia.Patut pun tenaga dalamannya kuat,nasib baik tak berlawan dengan aku tadi"..Pak Jenal mengurut-urut dadanya.

Inspektor Rizal,Inspektor Daniel,Sarjan Jusoh serta anggota-anggota polis yang lain cuma memerhati dari tempat mereka berlindung,tanpa ada yang berani membuka mulut untuk bertanya apa-apa pada Pak Jenal yang ada bersama-sama mereka.

"Budak..serahkan Cincin Zamrud Biru sekarang,kalau tidak mau nyawamu melayang"..ugut Pak Mahat bila tidak mendapat apa reaksi dari Asyraf.

"Datang dan ambil sendiri jika kamu mau"..ringkas sahaja jawapan dari Asyraf,tapi sudah cukup membuatkan hati Pak Mahat menggelegak.

"Kurang ajar,mampus kamu anak sial...hiahhhhh!!!"..Pak Mahat meningkatkan kuasa dalamannya.Bumi seakan bergegar.Tiba-tiba dari dalam tanah,keluar makhluk-makhluk yang mengerikan dengan jumlah yang tidak terkira.Mereka bergerak menuju ke arah Asyraf.

"Bunuh anak sial tu....bunuhhhh..hahaha!!!"..

Asyraf perlahan-lahan menjulang naik,dan mendepangkan tangannya.Ternyata dia ingin menyedut tenaga dari alam sekeliling dengan hikmat Naga Melebarkan Kuasa.

Beliau terapung-apung di udara,bagaikan ada tali-tali halus yang menggantungkan dirinya.Dengan mata terpejam dan nafas yang ditarik sedalam-dalamnya,Asyraf mengaktifkan jurus Naga Melebarkan Kuasa.Pokok-pokok di sekitar bergoyang dan kemudian menjadi layu...

"Dahsyat kuasa Naga Melebar Kuasa,tidak sampai seminit,tenaga-tenaga dari pokok-pokok ini telah dapat disedutnya"..Pak Jenal memerhati dengan tidak berkedip.

Bila dirasakan kuasanya telah mantap..Asyraf menjerit lalu melepaskan kuasa itu ke arah makhluk-makhluk ganjil tadi.Hancur lebur badan mereka tanpa sisa...

Kemudiannya Asyraf turun ke bawah dengan kedua tangannya dikilas ke belakang...lagaknya bagaikan dewa yang turun dari kayangan,membuatkan yang hadir bertambah kagum.

"Jadilah jantan sejati..jangan buang masa dengan silap mata murahan seperti itu"..Asyraf menempelak Pak Mahat.

"Binatang!!!"...pekik Pak Mahat lalu meluncur laju ke arah Asyraf,kakinya seolah-olah tidak berjejak pada tanah.Daun-daun berterbangan kerana angin yang terhasil dari pergerakan itu.

Asyraf menunggu dengan sabar..apabila mendekat,beliau membuat satu balik kuang di udara dan melepaskan satu tendangan pada belakang Pak Mahat.Pak Mahat yang hilang pertimbangan badannya telah tercampak jauh hingga mematahkan beberapa batang pokok.Darah kelihatan meleleh keluar dari mulutnya..rupa-rupanya ia hanya kebal pada senjata,tapi tidak pada pukulan Asyraf yang telah diperkuatkan dengan bacaan suci Al-Quran.

Bersusah payah Pak Mahat bangun..namun apabila ia berjaya berdiri tegak,tiba-tiba Asyraf telah muncul di depannya.Belum pun sempat ia mengatur langkah,satu tamparan hinggap di dadanya menyebabkan ia sekali lagi terpelanting.Pak Mahat mengerang kesakitan.

"Puihhhh.....hebat pulak anak sial ni,keparat"..ia menyumpah-nyumpah di dalam hati sambil meludah ke tanah.

"Aku tak sangka kamu semakin hebat anak sial..kamu jangan ingat kemampuan aku cuma setakat ini sahaja"..Pak Mahat merenung tajam.

Tiba-tiba sahaja ia hilang dari pandangan.

Asyraf tidak sempat menangkis serangan dari Pak Mahat bila ia mendadak muncul di belakangnya.Satu tendangan hinggap di belakangnya itu menyebabkan ia terhumban jauh ke depan.Pak Mahat masih tidak berpuashati..dengan kecepatan luarbiasa,ia berjaya memintas tubuh Asyraf yang terlontar tadi lalu mengenakan tendangannya ke perut Asyraf.

Asyraf terjerit kesakitan,tubuhnya terlambung ke atas melepasi pokok-pokok yang ada di situ lalu jatuh ke tanah.Ia berusaha bangun,namun jatuh kembali.Kesakitan yang dialaminya tidak dapat digambarkan lagi.

"Ada lagi hadiah untuk kamu budak sial...hiahhhh"...jerit Pak Mahat lalu melepaskan satu pukulan jarak jauh.Kuasa pukulan itu bergerak pantas menuju ke arah Asyraf,menghancurkan pokok-pokok yang menjadi penghalang dan akhirnya mengenai Asyraf.

Asyraf menjerit kesakitan..

Pahlawan Silam [Tamat]Where stories live. Discover now